Alahai lambatnya kemunculan part 2 ni kan, sebab kebanyakan gambar-gambar ni besar dan jenuh jugak nak edit la crop la nak muatkan dalam entry ni.
Masa part 1 tu saya stop kat Stesen Padang Besar, Perlis kan...so, part 2 sambung kat sini juga la.
Padang Besar ni tempatnya kontena dari negara utara di bawa masuk ke negara arah selatan ni termasukla Malaysia dan Singapura dan sebaliknya. Lebih kurang port import eksport la, so Padang Besar ni memang busy dengan pertukaran kontena-kontena samada melalui lori dan keretapi. Masa kat Padang Besar ni kami berenti agak lama juga sebab proses cop mengecop passport dan sebagainya. Satu lagi pilot ketapi Malaysia akan bertukar tangan dengan pilot Siam untuk bawak ketapi ni masuk ke Thailand. Kat sini lepas proses mengecop passport, penumpang akan rilex-rilex dulu, samada ke toilet membuang hajat atau breakfast kat cafe. Kami berdua apalagi sessi bergambarla hehehehe....
12.00pm
20minit kemudian dari Padang Besar, keretapi dah melalui pekan-pekan kecik di selatan Thailand. Yang peliknya masuk je Thai, jalan raya dan landasan keretapi tak selari atau bersilang 90 darjah, semuanya senget dan tak ada palang pun sepanjang landasan keretapi....cuma letak kon je kalau keretapi lalu. Maksudnya semua kenderaan termasuk manusia dan binatang kenala alert setiap kali keretapi lalu dan keretapi pula sepanjang perjalan asyik bunyi hon je. Masa dalam Malaysia train ni diam je, masuk je Thai hon tak berenti-henti.
Dah sampai sudah stesen Hat Yai....turun je dari train dok pikir nak jalan ke mana ni. Signboard pun tak reti nak baca semuanya tulisan Thai. So, kami ambik keputusan ikut je kaki nak pi mana. Memandangkan kami sampai pun dah tengahari, maka perut harusla diisi terlebih dahulu.
Ini merupakan pertama kali saya dan mr.soulmate ke negara asing ni, ditambah dengan penduduk yang sangat tak pandai langsung cakap omputih lagila seksa. Akhirnya kami dua berkomunikasi dengan orang tempatan guna bahasa insyarat badan je lebih mudah rupanya.
Akhirnya driver tut tut paham jugak setelah berpenat berisyarat nak pergi makan. Kami minta dia bawak restoran muslim kat Hat Yai ni sebab kami dah tentula nak cari tempat makan orang Islam. Harga tut tut dari stesen train ke restoren sebanyak 40baht iaitu bersamaan RM4. Saya dah tukar duit Siam ni awal-awal lagi dan rate dia adalah RM10 bersamaan dengan 100baht. So senangla nak kira harga balik sebab sama je dengan RM.
Inilah pemandangan sekitar bandar Hat Yai dalam tut tut. Tut tut ni laju kemain lagi driver ni bawak, sekali kona macam nak terbalik je. Kat bandar Hat Yai ni banyakla kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia terutamanya plat Kedah la. Rasanya lebih banyak plat Malaysia dari Thai kot sebab jalan mana ja akan jumpa orang Malaysia. Kalau bawak kenderaan sendiri masuk Thailand pun ok selamat je.
Akhirnya driver tut tut bawak kami sampai ke restoran Hamid walaupun berkomunikasi dengan bahasa badan, sampai jugak kami kat sini. Masuk je restoran ni memang penuh dengan orang Malaysia ja dan waiter pun fasih cakap bahasa melayu, no wonder la driver tut tut ni macam tau-tau je orang Malaysia mesti nak makan kat sini.
Dahaga la sangat-sangat sebab penat nak cakap dengan orang sini ditambah cuaca yang super panas dan kering, memangla Thailand kan cuaca tropika tak sama dengan Malaysia yang lembap dan panas sebab cuaca khatulistiwa. Kat sini saya minum air mango, memang sedap airnya sangat menyamankan tekak. Tapi bila mula-mula buka menu terkejut jugak sebab harga dia mahal 3 kali ganda berbanding restoran Patanni kat Kedah. Agaknya sebab waiter kat sini semua pandai cakap melayu dan target marketing pun pelancong muslim, sebab tu harganya mahal.
Kami makan tomyam siakap, sotong masak cili stim dan kerabu manga. Menu wajibla kan sebab mai makan restoran siam.
Sotong ni sedap, fresh dan tak liat. Kuah dia memang sedap sebab ada rasa masam limau, pedas cili padi, manis gula kabung dan masin sos ikan atau sos sotong. Cara dia masak dia tak ambik masa lama pun masak, stim sekejap je dan mungkin jugak sotong ni diperap terlebih dulu sebelum masak sebab rasa rencah sebati dengan sotong.
Ini tom yam siakap. Pelik juga sebab tak pernah lagi jumpa tomyam siakap ni. Siakap ni rasanya fresh juga cuma kuah dia kurang sikit rasa dan agak cair. Walaupun harga dia mahal ingatkan sedapla kan tapi hampa sikit sebab tak sedap. Nampaknya tomyam Pattani jugak the best tomyam ever hehehehe
Ini kerabu manga, rasa dia sama ja macam kerabu manga kat Kedah cuma lainnya dia tak letak ikan bilis dan udang kering tapi dia letak sotong kering.
Kesimpulannya rasa makanan kat restoran ni takla sesedap makanan restoran Pattani kat Kedah. Harga pun mahal 3kali ganda dari restoran Pattani. Memandangkan kedai ni bersih dan servis pun elok maka takla nak kondem sangat restoran ni. Mungkin restoran ni yang terbaik di Hat Yai. Sedap ka tak sedap ka kalau lapar tu licin jugak kan hehehehe
Moto cantik
Next destination, kami ke Hat Yai Plaza...saja nak jalan-jalan dan nak beli t-shirt Hat Yai sebagai bukti sampai dah ke Hat Yai, poyo dak?
Memandangkan kami berdua ni berlenggang kangkong tanpa bawa baju ala-ala nak menginap kat sini, maka kaki kami harusla gerak pantas sebab nak kejar last train balik ke Malaysia pula. Maka saya sambungkan trip ni ke part 3 pula sebab penat nak mengedit gambar dan upload gambar ni, maklumla ala-ala buta IT jugak ni
Hat Yai Train Trip Part 1
Hat Yai Train Trip Part 3
Hat Yai Train Trip Part 1
Hat Yai Train Trip Part 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan