Isnin, 20 Jun 2011

Salad

Semalam cita pasal spaghetti pesto dan side dishes nya ialah healthy, lovely and colorful salad. Apatah lagi ni 1st time saya masukkan sweet crunchy dan red radish dalam salad. Saya memang suka veggie, dan salad selalunya pembangkit selera. Kalau kat kampung makan nasi takdak ulam-ulaman atau kerabu pun memang tak puas macam tak lengkap je hidangan. Pernah jugak orang gelarkan saya kambing sebab dalam satu pinggan, saya letak nasi + lauk = 1/4 dan ulam-ulaman = 3/4. Lagi satu saya rasa bila banyak makan sayur sistem penghadaman kita lancar, senang nak membuang dan jarang sembelit la hehehee

Walaupun masa saya tengah mengarang blog ni, dah tentu salad ni pun dah habis selamat dalam perut....tap...tap... jugak air liur tengok gambar ni, mouthwatering...............koma sekejap

Ini antara bahan-bahannya, tomato ceri, red radish, sweet crunchy, capsicum, mint, english parsley, basil, celery, carrot, epal, onion dan jus lemon (dressing = olive oil+salt+black pepper+sos sotong+sos plum+brown sugar+jus lemon)

Ada kawan saya tanya macam mana rupa red radish ni, takkan nak cakap 'ko gogo je kat images, hah jumpala' hehehe dengan senang hatinya saya close-up sikit gambar red radish ni

 Samala jugak kesnya dengan sweet crunchy ni, tapi saya pun tak paham sebab apa namanya sweet crunchy sedangkan rupanya macam cabai biasa je tapi rasanya manis, pelik kan....cabai yang manis. Bolehla klik kat sini kalau nak tau nama-nama veggie

Rendam air garam, basuh bersih-bersih,jangan lupa berselawat, toskan kejap bagi kering

Semua veggie ni saya gaulkan dan simpan dalam peti ais dulu sementara nak buat dressing nya

Dalam mangkuk kecik (dressing = olive oil+salt+black pepper+sos sotong+sos plum+brown sugar+jus lemon), kemudian saya tuang atas veggie ni dan gaulkan

Bila salad dah siap, saya makan bersama spaghetti pesto

Selamat mencuba

Tiada ulasan: