Ahad, 12 Jun 2011

Minestrone Soup....menu untuk cepat menurunkan berat badan

Saya baru dapat request dari kawan-kawan minta saya continue blog masak ni dengan step by step hehehe ok la tu sebab saya pun kadang-kadang malas nak mereka ayat panjang-panjang apatah orang yang nak baca ni lagila boring kan. Tengok gambar lagi senang nak belajar masak dari nak baca ayat satu persatu nak paham. 
Dulu masa saya mula nak terjebak dengan blog masakan ni, saya tengok ramai blogger berebut nak naikkan traffic dan iklan dalam blog masing-masing untuk side income, sampaikan blog tu dah nampak macam blog iklan semata-mata...serabut dengan flash dan macam-macam application la. Tak kurang juga yang mengeluh bila pihak media yang 'terambil' gambar masakan mereka untuk disiarkan dalam majalah-majalah masakan tempatan. Bagi pendapat saya la, dah nama pun blog untuk public...gambar dan isi dalam blog pun untuk tatapan umum so, tak hairanla orang cilok je kandungan dalam blog tu kalau berkenan. Ada gak blogger yang gila glamor hahaha biarla masing-masing punya kretiviti kalau nak cita, panjang berjela lak.

P1030861 
Apa yang saya masak hari ni ialah minestrone soup, selalunya soup ni saya selalu makan kat subway. Soup ni sangat berkhasiat dan direkomenkan untuk sesapa yang plan nak diet sebab soup ni mempercepatkan kita mengurangkan berat badan.  Soup ni saya kira-kira dalam 160 kalori untuk satu hidangan mengikut bahan yang saya masukkan dalam soup ni. Kalau nak kira kalori dalam soup ni boleh tengok dalam web spark people

P1030841

Ini antara bahan asas yang mula-mula nak sediakan

P1030843

Bahannya simple saja, semua orang mesti ada bahan-bahan ni dalam peti ais kan?melainkan orang yang tak suka veggie, takda kot. Kat sini saya guna carrot, tomato ceri, bawang, garlic, capsicum dan batang celery. Sebenarnya lagi banyak sayur lagi bagus lebih-lebih lagi kalau ada cannellini bean, zucchini, kubis, potato dan lain-lain. Oh ya, tak semestinya pakai tomato ceri ya, tomato biasa pun boleh. Saya pakai tomato ceri sebab semalam kat cold storage tak dak la pulak tomato biasa.

P1030845

Wah colorful nya, yang saya tau kalau kita pakai bahan masakan colorful lagi banyak khasiat dalam menu tersebut

P1030846

Capsicum ni kalau pakai color traffic lite lagi bagus, saya pakai color hijau je sebab murah lagipun takut tak terhabis lak, buat pun untuk sorang makan je agak-agak la.

P1030847

Garlic ni ingat nak cincang tapi bila cincang rasa dia lain dan cepat hangit masa nak menumis nanti so, saya ketuk jela biar rasa garlic slow2 sebati dengan soup nanti

P1030849

Saya pakai sebiji bawang kuning, ada orang panggil bawang holland atau bawang kuning atau bawang bombay. Tak kisah sebenarnya janji bawang

P1030850

Tomato ceri ni manis rupanya, ingatkan masam....
manis manis masam or masam masam manis (macam cita p ramlee lak)

P1030851

Ok mulakan masakan dengan menumis bawang dulu sampai bawang ni naik bau kata orang melayu...kata omputih lak saute onion sampai caramelised. Sebab apa depa kata caramelised,tau dak?heheh saja nak bagitau sebab onion ni ada kandungan gula, sebab tula mak-mak pesan kalau nak bagi sedap makanan lebihkan bawang bagi manis bawang tu kuar. Gula bawang tu kuar masa menumis, menyebabkan bawang jadi keperang-perangan. Bila gula dia dah keluar baru sedap nak campurkan dengan bahan-bahan yang lain.

P1030853

Saya potong kecik-kecik ayam ni dan perapkan dengan serbuk paprika dan cajun dan lada hitam sebelum saya gorengkan kejap. Sebab saya gorengkan sekejap ayam ni untuk bagi bahan perapan kat ayam ni lekat kat ayam, kalau saya tak goreng terus masukkan dalam soup saja, bahan perapan kat ayam akan bercampur dalam soup. Nanti soup ni rasa lain pulak sebab ada rasa cajun dengan paprika tu. Lagi satu sebab nak bagi ayam ni keras sikit, saya tak suka kalau masak ayam apa-apa jenis je, ayam tak digorengkan terlebih dulu.

P1030854

Berbalik pada tumisan bawang tadi, bila gula bawang dah keluar baru letakkan tomato puree 

P1030856

Lupa nak tunjuk tadi, ayam yang saya goreng tu, tulang dia saya rebus. Air rebusan tulang ayam tu saya masukkan dalam soup ni untuk dijadikan stok ayam. Bila kuah dah memekat baru saya campurkan ayam yang digoreng tadi. Soup ni saya biarkan merenih sampai 2 jam dengan api yang sangat kecik. Lagi lama renih soup ni lagi sedap bila semua bahan dalam soup ni sebati. Satu lagi bahan yang saya lupa nak masukkan ialah pasta yang dipatah-patahkan kecik. Next time buat kena masukkan pasta barula jadi hidangan diet yang seimbang cukup dengan karbohidrat, protein dari ayam dan zat-zat vitamin dari sayur-sayuran.

P1030857

Kebanyakan resepi dari luar negara minestrone soup ni diorang letak parmesan cheese kat atasnya pastu bila dihidangkan panas-panas cheese ni akan melt dalam soup....wah sedapnya......

Sila salin resepi yang telah ku copy pastekan hehehe

Ingredients

  • 1 - 1 1/2 cups dried Cannellini or Great Northern Beans
  • 10 to 12 cups beef or chicken broth
  • 1 onion, chopped
  • 1 celery stalk, chopped
  • 1 carrot, chopped
  • 2 garlic cloves, chopped
  • 1 cup loosely packed parsley, chopped
  • 1/2 cup extra virgin olive oil
  • 1/2 head savoy or curly cabbage, sliced
  • 1 potato, diced
  • 2 zucchini, diced
  • 2 carrots, diced
  • 2 cups chopped Italian styled peeled plum tomatoes
  • Salt and freshly ground black pepper
  • Parmesan cheese, grated for garnish

Method

1 Soak beans overnight in cold water. Drain beans, rinse, and place them in a large saucepan or stockpot. Add 6 cups of broth. Cover and bring to a boil. Reduce heat and cook gently for about 1 hour.
2 Heat oil in a separate large stockpot. Add chopped vegetables (onion, celery, carrot, garlic, parsley) and sauté gently 5 to 8 minutes or until lightly browned. Add remaining vegetables and tomatoes. Add remaining 5 cups broth. Simmer for 40 to 50 minutes or until vegetables are tender.
3 Remove broth from beans. Dice finely. Transfer half of the beans to a food processor or a blender and blend into a paste. Add mashed beans to the vegetables. Add remaining whole beans, and broth to vegetables.
4 Simmer 5 minutes longer. Season soup with salt and pepper. Serve with a sprinkle of grated Parmesan cheese.
Serves 10-12, easily. (This recipe makes a lot of soup!)
Note
Beans will absorb a great deal of liquid while cooking. Add more broth or water to replace lost liquid if needed, or the beans will stick.

P1030860

Ha apa lagi jomla pakat-pakat kita buat soup yang sihat lagi menyelerakan ni

1 ulasan:

Tommy Fatboy berkata...

Is it google translated from Bahasa Malaysia? Funny