Nak pi Perancis gayat nak naik kapal terbang, pi yang dekat-dekat ni udah ler. Bukan apa setakat budget ciput dan nak melarikan diri dari kesibukan kota plus stress di tempat kerja, bagus gak bercuti bersama orang tersayang kat Bukit Tinggi Pahang.
Inilah pemandangan waktu malam, kalau nak dibandingkan dengan Genting Highlands, Bukit Tinggi takla sejuk sangat tapi lebih privasi memang sesuaila untuk orang bercinta sebab tak banyak hiburan.Sebenarnya nak cita pasal tempat makan kat atas ni, kang cita pasal pelancongan jadi blog trip pulak hehehee
Sesapa saja yang naik ke Bukit Tinggi wajibla masuk taman jepun kan. So, dalam taman jepun ni adalah restoran ala-ala Jepun gitu. Harga boleh tahan standard makan kat hotel walaupun sebenarnya makan dalam hutan hahaha
Memandangkan kami dah pun lunch kat tanah rendah tadi, naik kat tanah tinggi ni makan dessert cukupla.
Ini namanya green tea ice-cream topped with red beans
Untuk soul-mate saya, dia minum green tea je
Kalau nak cek harga tengokla menu dia ni, terpampang kat depan pintu nak masuk....agak-agak macam tak releven harga dia takyah la masuk, bukan apa....ingat senang ka nak tanggung tong gas dari bawah, nak daki bukit kat atas ni.
Tetiba ada orang senyap-senyap snap picture kami tengah berdating, kacau daun sungguh
Dinner malam tu kami makan mussel pizza, rasa dia pelik sikit sebab saya tak pernah makan pizza bertoppingkan mussel dan cheese sebelum ni tapi okla sedap jugak
Sambil makan kami disajikan dengan street show. Pakcik ni gigih dok mengusik orang dengan bola-bola apinya dan sesambil cuci mata tengok dancer Russian Roulette
Breakfast makan buffet, kata buffet je makan tak hinggat dunia sungguh...agak 3jam jugakla dok melepak kat cafe dia.
Kalau menginap kat sini, harga bilik memang included harga breakfast sekali. Kalau bangun pagi jangan risaula nak cari tempat makan
Lepas breakfast kami pun turun balik, menempuh jem karak arrrggghhh.....lain kali jangan lalu highway masa hari terakhir cuti sekolah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan