Isnin, 13 Jun 2011

Dhal

Minggu ni kena jaga pemakanan sebab tak sempat nak jogging petang-petang, aktiviti swim pun dah lama pending gara-gara cuaca yang tak menentu. Hari ni makan capati dengan dhal tapi entry kali ni nak tunjuk buat dhal je. Dhal ni bagus gak untuk makanan orang diet sebab dia tak berlemak dan banyak rempah-ratus sekali gus merangkap sebagai agen membantu meningkatkan metabolisma dalam badan. Semakin tinggi metabolisma, maka makanan makin cepat dicerna dan membakar. Aiceh macam pakar pemakanan pulak dah...hehehe takla....ini cuma general knowledge je. Semua orang pun tau kan?


Resepi ni tak kena sikit dengan tajuk blog ni sebab dhal ni sangat mudah didapati tambah-tambah lagi kat kedai mamak tapi takpala nak selit jugak.

Mula-mula sekali kita kena sediakan bahan tumisan, mayang bawang merah, bawang putih dan halia. Daun kari pun kena goreng dengan tumisan jugak tapi tak sempat nak snap daun kari tadi.

Daging cincang ni saya pakai dalam 1/2 kilo


Saya guna potato dan carrot saja, lupa nak beli terung sekali sebab selalunya dalam dhal ni ada terung kan


Kacang Dhal ni saya beli sepeket kat TESCO, berapa gram tah....agak-agakla kan tak kisah berapa banyak. Saya masak senang je main agak-agak je takdak sukatan specific


Kacang dhal ni kalau nak masak hari ni kena rendamkan semalaman dulu bagi kacang ni betul-betul kembang barula lembut dan creamy kuahnya nanti

Rebuskan carrot, potato dan kacang dhal dengan air yang secukupnya, air ni jangan banyak sangat nanti kuah cair pulak...agak-agak bahan terendam sudahla. Agak-agak lagi huhuhu....

Sementara nak tunggu carrot, ubi dan kacang dhal tu empuk, dalam kuali yang lain tumisla bahan tumisan awal-awal tadi punya cita iaitu bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sampai bahan-bahan ni naik bau. Ramai cakap saya suka guna bawang banyak, saya memang suka makan bawang sebab bawang ni anti cancer. Kalau orang kata makan banyak bawang nanti bau badan kuat, sebab tula kita kena sediakan perfume dalam handbag hehehe

Daging cincang tadi tu saya perapkan dengan rempah kari daging dulu biar dalam 5-10minit, kemudian baru saya masukkan dalam bahan tumisan. Masa ni bau tumisan wangi sangat...dan dan la perut pun berkeroncong


Bila daging dah mula nak keluar air dia tu, baru tutup api dan terus sebatikan dengan air rebusan ubi. Bila dah mendidih baru perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak cair lagi leh tambah air sikit, kalau nak pekat lagi leh tunggu dia merenih sampai pekat lagi.

Siap untuk dimakan, saya suka kuah yang pekat senang nak cicah dengan capati atau roti bangali.
Selamat mencuba.....



2 ulasan:

ibu syafiq berkata...

klu kuah dhal nih mkn ngn roti canai ja aku suka.klu ngn nsi aku kureng.tp dh tgk hg wt cm best plak nk wt.x pnah try lg nih...

Hafirdaus berkata...

Aku dulu pun ingat susah sebab dalam pala hotak ni dah set makanan mamak mesti susah nak masak tapi bila dah tau macam mana nak buat senang la