Makan malam ni nak masak makanan orang perancis pulak. Orang melayu kan suka mencuba pelbagai masakan dunia. Kalau tanya orang perancis pun depa boleh ka makan sambal belacan atau paling koman pun makan buah durian?tu tak cerita bab tompoyak, cencalok, budu dan banyak lagi la kan. Bos saya keja dulu lain pulak sebab dia mat saleh yang suka gila dengan durian, namanya Dennis M. Allen tetiba teringat keja dulu lari sana sini ikut awan sebab nak dapatkan pencahayaan yang baik masa photo shoot.
Berbalik pada menu ni, resepi asalnya saya ambik dari buku resepi 'chef wan mengelilingi dunia'. Suka sangat dengan buku ni sebab chef wan tunjuk resepi-resepi dari serata dunia, kebanyakannya masakan eropah, middle east, US, Mexico dan tak kurang masakan asia jugak.
Menu ni lebih kurang macam kentang lapis bakar sebab bahan asasnya menggunakan kentang.
First of all, ketuk 3 ulas garlic atau cincang kemudian taburkan dalam stoneware baking.
Saya susun pula kentang mengikut susunan sisik ikan. Lapisan atas kentang, saya taburkan cheese.
Ulang susunan sampai selesai
Saya letak butter sikit atas kentang
Dalam bowl lain, saya campurkan susu+krim+lada hitam+salt dan saya tuangkan atas kentang ni
Saya bakar selama 40 minit dengan suhu 190C
Dah siap untuk dihidangkan
Makan bersama chicken cordon bleu...yum....jemput makan
3 ulasan:
senang'y!!!nk wt lah sbb syafiq suka mkn kentang ngn cheese
krim yg hg cmpur dgn ssu 2 cmna krim 2 hah?
krim tu ada jual kat tempat2 cheese jugak, sama ada heavy krim atau whipped krim tapi kalau setakat susu pun ok je
krim banyak jual kat bahagian cheese. Sama ada nak pakai heavy cream or whipped cream pun ok. Kalau nk letak susu saja pun ok jugak ikut citarasa, takla creamy sangat mcm ada krim
Catat Ulasan