Selasa, 14 Disember 2021

Day 1 Umrah

 

Part 3
 


Masa dapat tau naik Oman Air, saya check harga tiket flight kalau beli sendiri. Saya dapat lebih kurang RM3,500/return seorang untuk ke Jeddah. Mahalnya. Mungkin Andalusia dapat lebih murah dari tu kot sebab beli banyak. Huhu.. Masuk dalam flight kami cari seat mengikut tiket flight masing-masing dulu dan tunggu sampai semua jemaah masuk.
 
Alhamdulillah kami dapat duduk seat couple dan saya dan mr.soulmate tak berpisah. Sebenarnya saya pun dah ready kalau kami terpisah sekali pun sebab memang nak tido je, tak kisahlah sapa pun dok sebelah. Selalu kalau backpackers ni, dalam flight kami akan dok seat jauh-jauh, tapi rasanya sebab ni pakej umrah, pihak Andalusia bagi dok sekali untuk mahram. Seat selesa dan ruang kaki pun agak luas. Walaupun kelas ekonomi kami dapat bantal tidur, selimut, eye mask, towel kecil, berus gigi n ubat gigi dan ear phone untuk tengok movie atau dengar lagu kat skrin setiap seat ni. Yang tu amat selesa….layan movie sat pastu hayut selama 7 jam untuk sampai ke Muscat. Selalu naik Air Asia seat ekonomi saja, apa sangatla nak diharapkan kalau harga pun mur mur je.
 
Kami diberikan roti dan air mineral je. Mungkin untuk alas perut dulu. Flight 7 jam, mesti ada makanan berat punya. Saya sambung tidur semula dan sedar sejam kemudiannya bila makanan berat dihidangkan. Ada dua pilihan makanan dan saya dan mr.soulmate pilih makanan berbeza supaya boleh rasa sorang sikit. Alhamdulillah, sedap juga makanan dalam flight Oman Air ni. Lepas makan ada lagi troli jamu air, saya minum air mango pekat dan sedap gila. Kemudian mai lagi troli minum air epal pula. Rasa macam dok dalam akurium ikan, orang dok mai jamu makan saja. Alhamdulillah semua sedap dalam Oman Air ni.
 
Waktu di Oman adalah GMT+4, bermakna lewat 4 jam dari waktu di Malaysia. Cuaca di sepanjang perjalanan sentiasa gelap sebab melawan arus masa. Jam kat tangan dah kena set siap-siap waktu Oman. Takut terlepas flight untuk ke Jeddah pulak sebab waktu transit cuma 2 jam je di Muscat. Nak keluar tengok keadaan di luar airport Muscat pun tak sempat. Tolak dengan waktu nak keluar dari flight dan berurusan di kaunter transit, tinggal sejam je lagi. Harap urusan transit di Muscat International Airport berjalan dengan lancar, insyaAllah..
 
Flight captain announce flight WY 0822 akan mendarat di Muscat International Airport sebentar lagi. Cuaca semasa di Muscat lebih kurang sama macam di Malaysia. 
 

Tiada pemandangan lain di sekitar airport melainkan hanya bukit padang pasir, teruja sebentar tengok view padang pasir. Seronok bila berada pada view mata burung ni, boleh nampak dari atas suasana dan view di bawah sana. Flight berhenti sepenuhnya dan kami mula beratur untuk keluar dan masuk ke dalam terminal. Rupanya terminal masih jauh lagi. Turun je dari flight, kami kena naik shuttle bus pulak untuk ke terminal. Negara kaya, dah tentu airport pun besar. Sampai di dalam terminal, kami berurusan di kaunter transit. Tak perlu nak keluar dan masuk semula dalam terminal. Beg troli besar pun tak perlu amik sebab terus transfer ke flight lain. Harap jangan masuk salah flight sudah la. Tinggal lagi sejam setengah untuk naik flight berikutnya. Tour leader beri kami tiket flight baru. Masa ni saya nampak ahli group kami terkejar-kejar nak menunaikan solat maghrib dan isya sebab mereka belum solat. Kami yang dah ready ni ambil masa tidur lagi di airport. Kebanyakan penumpang ke Jeddah semuanya bersiap pakai ihram tapi disebabkan kami akan turun ke Madinah dulu, kami tak perlu pakai ihram.

 Flight kami ke Jeddah menaiki Oman Air Flight WY 0675. Kami dikehendaki berkumpul di Gate 3. Tengok orang ramai yang menunggu flight rasa macam bukan rakyat Oman je. Nampak muka macam orang dari India dan Bangladesh yang ramai kat sini. Moga dipermudahkan semuanya. Wallahualam..

 

End Day 1

Tiada ulasan: