Day 3
Macam
biasa kami akan bangun pukul 4 pagi. Kami akan berada di masjid sejam lebih
awal sebelum masuk waktu Subuh supaya boleh buat solat-solat sunat da mengaji
dulu sebelum masuk Subuh. Kami akan ke masjid bersama-sama dengan makcik-makcik
roommate, mr. soulmate dan anak bujang makcik ni. Yang mahram makcik 2 beradik
iaitu anak lelaki dan suami dia ni tak tau ke mana menghilang. Dengar kata
suami makcik ni dok ikut ustaz manakala anak lelaki dia pula dok jumpa
kawan-kawan yang menetap di madinah, sebab tu depa ikut kami je ke masjid
setiap waktu.
Sejak-sejak sampai lagi depa bawa haluan sendiri tinggalkan makcik 2 beradik ni yang ikut kami ke mana saja. Kat bumi Haramain ni kalau boleh mahram kena sentiasa bersama supaya mudah urusan pergerakan semua, nak cakap lebih-lebih pun takut tersalah cakap tapi kami yang ada mahram ni agak stress juga sebab asyik nak kena jaga depa dan tunggu depa untuk urusan depa. Kat sini stress ka apa anggap jela ujian dan bersabar jela. Ujian kat depa, mahram depa tinggalkan depa dan ujian kat kami juga nak membantu depa.
Kasut sama tapi tak serupa
Selepas solat subuh, kami jalan kaki pulang dan terus ke tingkat M untuk makan. Pukul 7.30 pagi semua Jemaah dikehendaki turun ke lobi. Kami akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan wanita. Kumpulan wanita akan ikut ustazah. Sebelum turun ke lobi, kami ambil wuduk siap-siap sebab kumpulan wanita akan dibawa oleh ustazah masuk ke Raudah. Maknanya ni kali ke-2 kami nak masuk Raudah.
Di lobi, ustazah bagi tazkirah serba sedikit dan penerangan mengenai Masjid An-Nabawi dan Raudah. Rasa sayu dan mendalam sekali ustazah ni bercerita sampai ke lubuk hati punya mendalam hehehe over lak nak habaq tu. Ustazah ni lemah lembut je tutur katanya, terpegun saya seketika walaupun dengan usia yang lanjut. Wajah pun berseri-seri walaupun kedutan kat muka, tak jemu mata memandangla muka orang berseri ni walaupun dah tua.
Selepas taklimat di lobi, kami kemudian jalan beramai-ramai menuju ke Raudah yang juga dikenali sebagai Taman Syurga
Selepas taklimat di lobi, kami kemudian jalan beramai-ramai menuju ke Raudah yang juga dikenali sebagai Taman Syurga yang kekal abadi, mimbar Rasulullah dan makam Rasulullah serta 2 sahabat karibnya iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab. Rasa sayu apabila mendengar cerita tentang kesetiaan isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang begitu taat kepada Rasulullah dan mengizinkan 2 sahabat dikuburkan bersebelahan makam Rasulullah. Abu Bakar adalah ayah kepada Siti Aisyah. Makam Siti Aisyah terletak di Perkuburan Baqi'. Perkuburan Baqi’ hanya boleh lelaki je masuk, muslimat tak boleh masuk kawasan kubur. Laluan masuk ke Raudhah sentiasa penuh dan sesak. Kawasan Raudhah tak luas dan ditandakan dengan karpet hijau untuk membezakan dengan karpet merah bagi seluruh masjid.
Kumpulan kami antara kumpulan terakhir yang masuk Raudah. Kali ni kami masuk bersama-sama kumpulan dari Jemaah Indonesia dan Malaysia. Masa pintu di buka Jemaah Indonesia berlari-lari tapi ustazah tetap nasihatkan kami agar duduk dulu jangan berebut. Memang nafsu ni kalau nampak orang bangun berlari, kita pun rasa nak berlari sama tapi dalam hati tetap kena sabar….sabar….insyallah ada peluang kita nanti. Ustazah bagi tips2 doa di Raudah dan buat solat sunat. Kalau ada peluang boleh mangaji tapi tak boleh lama-lama sebab kena bagi peluang kat orang lain sama untuk masuk kawasan Raudah. Kawasan Raudah ni sebenarnya tak besar mana cuma kat bahagian tiang paling hadapan tu ja. Belakang dari tu bukan kawasan Raudah dah.
Masa ustazah cerita tu rasa macam nak menangis sekali lagi sebab semalam kami memang dah masuk kawasan Raudah la ya. Sekarang tibala group kami masuk pula, ustazah larang kami menolak sesama sendiri dan cuma jalan perlahan-lahan je ke hadapan. Kami sekali lagi paling belakang. Dok tunggu je kat belakang tu dan pegawal arab wanita tu suruh kami masuk ke depan lagi, kami kata eh pengawal ni nak kami tolak orang depan ke dok suruh masuk…masuk….semalam tengok semua pakat dok tolak menolak dan kali ni semua tak tolak, rileks pula…sekejap ja kami pun sampai ke hadapan.
Masa lalu kat group Andalusia, depa suruh kami solat, depa dok buat kepungan, Alhamdulillah sempat la solat kat kawasan kepungan Andalusia. Jalan sikit lagi kat kawasan group Indonesia, group leader panggil saya untuk solat dalam kepungan depa pula. Saya solat lagi dalam kepungan group Indonesia. Masa saya kat tiang paling hadapan, saya solat lagi tanpa kepungan. Alhamdulillah syukur….boleh solat banyak kali pula dalam kawasan Raudah ni. Kali ni saya dok lama sikit berdoa kat barisan paling hadapan.
Nampak makan Rasulullah warna emas tu, rasa damai sangat, bagi salam kat Rasulullah s.a.w direct tanpa ada perantaraan dengan malaikat Jibrail. Ustaz kata kalau kita kat bumi Haramain ni, bila kita kirim salam kat Rasulullah, Allah masukkan roh ke dalam jasad Rasulullah untuk menjawab salam kita terus tanpa ada perantaraan dengan Malaikat Jibrail. Kalau kita kat Malaysia nak bagi salam kat Rasulullah, Malaikat Jibrail yang sampaikan salam tu kepada nabi. Tu bezanya bagi salam kat Rasulullah di Madinah dan di Malaysia. Sebab tu banyak orang sampaikan salam pada Rasulullah bila kita berada di sana sebab Rasulullah terus jawab salam kita.
Keluar je dari Raudah, kumpulan wanita akan dibawa ke perkuburan Baqi, Muslimat tak boleh masuk cuma tengok dari luar saja. Semua Muslimat group Andalusia berkumpul di hadapan pintu 25 dan akan gerak bersama-sama ke Perkuburan Baqi. Masa tu saya dan makcik tak dapat nak join group muslimat yang lain kerana nak temankan makcik 2 beradik nak pi toilet sangat-sangat dan nak kami dua temankan juga-juga, nak 4 orang terus pi toilet.
Akhirnya kami semua berempat tak dapat join group yang
lain dah, rasa rugi juga sebab dok kalut nak temankan orang sampai kita pun terlepas
tour tapi sabar jela mungkin dugaan tu. Saya pun cakap kat makcik-makcik
roommate saya nak stay je kat masjid sampai masuk waktu zohor. Depa dok pujuk
saya ajak balik dulu hotel untuk makan tengahari tapi saya time tu rasa malas
nak berdunia dengan manusia, rasa nak stay je kat masjid. Bebai sebab terpaksa ikut orang sampai terlepas group tour kan.
Akhirnya saya sorang je tinggal kat masjid manakala yang
lain-lain semua balik makan dulu di hotel termasukkan la mr.soulmate dok call
saya tanya di mana saya sebab dia hairan saya takdak kat dewan makan
bersama-sama makcik yang lain. Lepas zohor baru saya balik ke hotel dan
saya lebih mendiamkan diri saja. Time ni saya tekad kena perbetulkan niat untuk
tumpu dan focus pada ibadah saja dan tak nak mana-mana manusia ganggu aktiviti
saya dah.Tujuan saya ke sini untuk melakukan sebanyak mana ibadah dan bukan jadi peneman kat roomate yang ditinggalkan mahram depa. Ish tetiba rasa tersentak lak sebab mungkin Allah tengah uji saya kot lani.
Kalau boleh saya nak pi cari mahram makcik 2 beradik ni
nak bincang dengan depa sebab saya bukan penjaga makcik 2 beradik tu. Tindakan
saya ditentang oleh mr.soulmate sebab dia takut saya emosi dan dia yang slow
talk dengan roommate dia sendiri pasal kena jaga wanita masing-masing. Masa asar tu makcik 2 beradik dah tak ikut
kami ke masjid dan ikut suami makcik tu. Anak lelaki dia lak tah ke mana
menghilang. Tu sebab mate dah slow talk dah dengan suami makcik tu kot. Suami makcik ni macam nak lepas tangan dan biar je bini dia ikut kaum hawa nak ke mana saja, nak shopping ka, nak pi masjid ka, nak pi makan ka...gituuu
Malam tu makcik 2 beradik tu sedih sampai menitiskan air
mata kesal dengan sikap anak lelaki dia yang sepatutnya jaga depa kat sini tapi
bila sampai sini terus menghilangkan diri jumpa kawan-kawan. Saya pun turut
bersedih sebab yala mak sendiri sampai keluar air mata dekat anak sendiri dekat tanah
haram ni……ish….sesuatu yang luar biasa tu, takut…takut pula terjadi apa-apa kat
si anak tu nanti. Air mata ibu sangat berharga, dah tu tumpah kat sini pula. Saya rasa simpati sangat.
Keesokkannya si anak ni demam panas tak bangun-bangun, dan seharian berada dalam bilik saja. Kemudian masa dia tawaf di Mekah, bag dia kena ragut dan hilang seribu riyal dan sakit lagi di Mekah. Bukan la nak kata relate dengan kisah dia buat mak dia ni, tapi sebagai tauladan jela kat sini kena hati-hati jangan dok buat tak ketahuan sangat tambah-tambahan dengan ibu sendiri. Ibu dia keluarkan duit sponsor mai sini untuk jaga ibu tapi sampai sini dok berfoya-foya dengan member2 sampai lupa tanggungjawab yang paling utama jaga ibu kat sini pula. Yang syoknya dalam group, dia paling aktif nak temankan orang ni pi sini la, pi sana la sampai nak teman ahli group pi miqat la (macam dia lebih terer tempat2 kat sini la sb dia biasa kat sini), yang kami ni dok tepuk dahi….yang mak hang kat sini hang tak ambik peduli pulak tapi sibuk pula nak temankan orang lain.
Air delima sedap yaamat, teringat kat Turki tapi buah Turki pasaipa lagi manis n sedap?
Lepas Asar sementara nak tunggu maghrib, saya ajak mr.soulmate jalan-jalan kat Bin Dawood saja cuci mata. Nampaknya hampir kesemua peniaga-peniaga di situ pandai cakap melayu. Bila tanya pernah sampai ke Malaysia ke? kata mereka belum tapi disebabkan pengunjung tak berhenti dari Malaysia dan Indonesia, jadi mereka terpaksa belajar bahasa melayu untuk tarik pelanggan.
Saya sempat beli sejadah Raudah yang asalnya berharga 45 riyal dan tawar jadi 30 riyal. Sejadah ni kualiti yang paling low class la, ada yang lebih mahal mengikut kualitinya. Teringat ada group member nampak sejadah ni, dia pun beli sejadah Raudah tapi yang high kualiti dengan harga 100 riyal. Bila tanya harga yang kami beli berapa, dia ulang cakap berkali-kali dia beli yang high kualiti mestilah mahal, kami punya beli yang low class sebab tu murah. Eh eh…..depa yang tanya berapa harga kita beli, lepas tu emo pula bila tau orang dapat harga rendah. Pelik-pelik pula jumpa manusia ni. Kita tak kata apa pun, dan memang kami pun tau jenis-jenis kualiti ni sebab kat kedai, penjual tu buka semua jenis dan bagitau gred2 dia memang bezala. Yang mahal tu bulu rapat-rapat dan lebih tebal dan lembut.Kami ni beli yang mur mur jela sebab tak banyak duit pun.
Memandangkan pagi tadi dah masuk Raudah, malam ni rasa nak rehat awal la kat bilik. Esok kami ada ziarah luar pula . Semua kena berkumpul di lobi hotel pukul 7.30 pagi untuk melawat masjid dan tempat-tempat bersejarah yang ada di sekitar Madinah dan ke ladang kurma. Ustaz pun dah berkali-kali peringat dalam group whatsapp.
End Day 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan