Selasa, 16 Ogos 2011

Apam Belang Yogurt Strawberry

Inilah rupanya apam yang buat julung kalinya menjadi. Kata mr.soulmate rupanya tak cantik tupun tengok dalam fb je, tak rasa lagi  tapi saya tetap berpuas hati sebab teksturnya tersangatla moist dan lembut. Sebelum ni saya buat apam belang dalam loyang tapi mampat, tak gebu macam ni. Agak kecewa jugak masa tu tapi mr.soulmate bagi semangat suruh cuba lagi dan akhirnya jadi jugak.

Sebelum saya buat apam belang pun saya ada cuba buat apam yogurt, tengok orang lain buat bukan main cantik lagi bermekar-mekar tapi saya buat tak jugak mekar. Dah ikut dah segala petua tapi entahla di mana kurangnya tak menjadi lak.

Satu lagi nasihat saya kat kawan-kawan yang tak pernah buat apam lagi, jangan ikut macam saya letak bekas kertas je dalam pengukus sebab alamatnya bekas kertas ni dah tak nampak rupa dah bila dah masak. Kenapala saya tak terfikir dalam periuk kukus tu dah tentula wap air akan naik memenuhi periuk dan dah tentula kalau bekas yang lembut akan bertukar bentuknya...alahai pandai sangat

Satu lagi bila dah masuk dalam bekas apam ni, kalau boleh kena letak minyak atau pakai kertas muffin ke dalam bekas pink tu supaya bila dah masak senangla nak keluarkan, kalau tidak apam ni melekatla kat bekas dia. Tengok tu kecewa tak bila apam ni tak mekar pun.....nasib naik walaupun rupanya mengecewakan rasanya leh cover balik.

Tengokla saya terus masuk bekas kertas tu macam tu je dan lihatla hasilnya macam kat bawah ni

Sedih sungguh tengok rupanya kembang semangkuk tu, rasa fedup nak buat apam pun ada gak masa tu

Ini pun silap jugak sebab tak sapu minyak dulu bekas dia, terus apam ni melekat. Ok stopla cita tak puas hati pasal bentuk fizikalnya, nak cita pasal adunan apam lak.

Memandangkan saya dah kecewa 2kali buat apam sebelum ni jadi, kali ni saya buat 2in1 apamla. Apam ni diadaptasikan daripada apam belang plus apam yogurt tapi pasal apa nama dia ada stoberi lak?sebab saya letak strawberry emolca . Rasanya ada masam yogurt sikit dan wangi strawberry dan chocolate sikit kat atasnya.
Meh ikut resepi ni...
2 cups sugar (saya guna 1 cawan je tapi tu pun manis sangat dah, next time kena letak 1/2 cup je)
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick) (1 cup bersamaan 250ml, saya guna 2bekas kecil yogurt , setiap satu 150ml...maksudnya saya lebihkan 50ml yogurt dalam adunan ni )
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder 
1tsp Strawberry emolca
1tsp chocolate emolca
1 tsp esen vanila 

Method
Semua bahan dicampur dan dipukul sehingga kembang.
Bahagikan batter kepada 3 bahagian untuk diletakkan strawberry emolca, chocolate emolca dan plain je
Gunakan 3 piping beg dan pipe dalam bekas apam berselang seli
Kukus selama 20 minit (cover penutup pengukus dengan kain sebab taknak air kukusan menitik dalam apam, kang jadi macam apam belang saya sebelum ni air kukusan masuk dalam apam, dia jadi mampat)
Selamat mencuba...........

6 ulasan:

ibu syafiq berkata...

cm best n sdp!!!!nk wt lah weekend nih...tq resipi...

Hafirdaus berkata...

hehehe sedap...sedap...tapi kena kurangkan gula sikit

ibu syafiq berkata...

ok2.nnti aku try aku update kt blog k...
hg agak2 leh tahan lama x apam ni weh?

Hafirdaus berkata...

kalau simpan dalam peti ais leh sampai seminggu kot sebab aku buat ni simpan seminggu nak bagi laki aku balik rasa gak hehehe

ibu syafiq berkata...

ya ka...?tp klu kluaq dr peti ais keras ckit kn?kna panaskn br sdp kot...?
ok2.aku dh bli bhn2.nk wt semlm x larat.tgk lah klu mlm ni rajin

Hafirdaus berkata...

memang keras sikit tapi panaskan dalam 1:50 minit dalam microwave nanti dia lembut balik