Kali ni nak cerita makan-makan kat Wong Solo kat pintu belakang UiTM seksyen7. Kedai ni dari jauh nampak dah color hijau, masuk dalam bertambah kehijauan bumi tuhan la.
Setakat ni saya jumpa ayam penyet nilah yang paling sedap sebab saya try makan AP pun takla sesedap Wong Solo. Ayam kat kedai ni semuanya dari ayam kampung sebab tu harganya mahal. Baru-baru ni dia dah bukak cawangan kat Alor Setar tapi pakai ayam daging, harganya lebih murah 2Xganda dari Shah Alam ni.
Macam biasa saya akan makan set ayam bakar dengan minuman jus mango. Jus Mango ni betul-betul pure mango, macam makan isi mango je...airnya kurang
Favorite saya kat Wong Solo semestinya set ayam kampung bakar sedapppp sangat. Set ni ada sekali tauhu, tempe goreng, terung berlada, salad dan air mineral kecik. Harganya RM10.90
Sambal cili dan sambal kicap diberi percuma di setiap meja. Walaupun sedap sambal ni tapi tetap pedas
Mr.soulmate macam biasa gak dia selalu pesan set ayam goreng aka ayam penyet. Harga dia lebih kurang je dengan harga set ayam bakar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan