Ahad, 7 Mei 2017

London, United Kingdom Day 3 #azamfirdauswinterwonderland

Kisah semalam di sini

Al-kisah semalam masa kami semua nyenyak dibuai mimpi kira-kira pukul 3pagi macam tu, dengar orang masuk bilik kami. Terkejut juga sebab kami semua 4 orang tengah sedap lena dalam bilik ni, sapa yang memandai nak ganggu tidur kami semua ni. 

Macam biasalah mr.soulmate terus menyapa orang yang masuk tadi ni tanya kenapa dia masuk sedangkan katil semua full dalam bilik ni. Si mamat ni pun blur2 kata sorila then dia turun balik. Tak lama kemudian dengar bunyi kaki berlari mai terjah bilik kami siap buka lampu dan nak selak semua curtain katil, biadap kan staf hostel ni. Sekali dia nak selak curtain katil saya, mr.soulmate terus marah la kan mana boleh lelaki lain tengok aurat bini dia tengah lena ni, sah2 la kami tidur tak pakai tudung semua. Mr. soulmate minta staf hostel ni explain kenapa dia buat macam tu. 

Then mr.soulmate tunjuk segala bukti pembelian katil kami 3 sekawan ni. Pastu, si mamat staf ni dia terus terpa roomate kami sorang lagi yang tengah lena ni. Terus dia soal minah ni yang tengah lena ni "why you are here?". Minah ni pun blur juga la tetiba orang tanya soalan macam tu kan. Pastu si mamat tu kata dalam sistem diorang, bilik ni ada nama kami bertiga except minah ni sebab minah ni tak bayar security payment kejadah apatah. Duit security tu memang akan dipulangkan balik masa kita check out nanti. 

Saya memang dah bengang masa nak check-in tu diminta bayar security payment tu sebab kami kan orang miskin, so kalau diorang dah ambil dulu duit pound kami, kami nak belanja apa lagi sebab kami dah habis duit pound. Ya kami memang akan dapat balik masa check-out tapi kalau dah check-out, kami terus nak ke airport takdak guna dah duit pound yang kami dapat balik tu. So, memang geram sebab dalam website dia takdak cerita langsung pasal duit security tu dan kami memang miskin gila sebab kami dah budget duit pound cukup2. Harapan nak membeli belah kat harods pun berkubur sajalah sebab hostel dah tahan duit security kejadah ni (aih...hangin aku bila terkenangkan balik).

So minah ni pun turun katil dari tingkat atas tu, buka bag dan cari kertas dia dah bayar katil ni semua kat staf tu. Pastu staf ni kata sori pastu blah. 

Urusan kelam kabut tadi pun dah buat kami bertiga segar mata dah pun, nak tido balik pun takdak feel. Kemudian tengok jam lagi sejam nak subuh, kami pun pakat2 nak mandi manda kemas bag la. Minah tu sambung tido balik la sebab dia memang balik lewat pun semalam tak macam kami ni pukul 8 malam dah tarik selimut, maklumla dah pukul 4ptg dah masuk maghrib kan.

Mr.soulmate minta maaf kat minah tu sebab kami akan buka lampu sebab nak kemas bag sebab kami nak check-out pagi ni. Dia pun pun kata ok ja sebab dia memang mengantuk la kot. Kami ni punya jaga takut terganggu minah ni, nak cakap sesama kami pun berbisik2.

So, semalam saya dah ronda bilik air mana lebih besar dan selesa dan pagi ni saya mandi kat tingkat 1. Gigih ni bilik kat tingkat 4 pi mandi kat tingkat 1. Bilik air tingkat 1 ni lebih besar sebab toilet dan shower dok dalam 1 bilik dan sebelah dengan dorm yang ada 16 katil. Nasib baik tak sapa nak guna bilik air dari 16 orang yang dok dalam dorm sebelah ni. 

Dah lepas mandi solat semua, kami pun turun la nak breakfast awal la konon.  Tapi masih sunyi, breakfast tak disediakan lagi. Kami pun okla memasing main henpon upload gambar dalam ig semua dan wa family sebab kat bawah ni tenet laju gila.

Tak lama kemudian dalam 7.15am gitu, masuk staf kitchen sediakan breakfast. Diorang susun2 roti, jem, nutela, pinggan, cawan, air dll kat atas meja. Kami perati jela sebab kami memang kalau boleh nak makan dan terus keluar malas nak dok lama2 kat sini. Dalam pukul 7.27am macam tu, saya pun nak ambil roti nak bakar tapi mai staf kitchen ni marahkan saya kata breakfast start pukul 7.30am. Taktaula kalau jam dia lambat sejam ke apa tapi lagi 3minit kot nak 7.30am kan. Okla saya pun ambil roti tak jadi nak bakar, sapu nutela jela. Dah hangin kisah tidur kami kena ganggu, ini kes staf kitchen pula memang teruk gila hostel ni. Staf semua bukan orang brit. Staf kitchen orang Spain dan staf gangster terjah bilik kami tu orang Afganistan.

Cadangnya kami nak lepak2 dulu kat Hyde Park sebelum nak ke airport tapi kami tak percaya dengan kelancaran perjalanan bas dari Central London ke Stansted Airport. Trafik kat London ni pun boleh tahan gila juga sesak dan jem semua. So, kami rasa cukupla setakat sini dulu dan kami bye2 jela kat London, kalau umur panjang boleh jumpa lagi hehehe. Kami meneruskan perjalanan ke airport je.


Tube pun dah sampai, saya panggil mr.soulmate snap sekeping jap kat signboard ni sementara dia tutup pintu lagi. Ni je yang mampu kenangan dari Bayswater London hehehe


Lebih kurang 2 jam juga perjalanan dalam bas, kami sampai di airport. Kat sini pun ada prayer room, meh nak cek jap apa yang ada.


Tempat berwuduk
Sejadah
Buku-buku agama

Nak keluar dari airport ni pun strict juga, ni 1st time saya kena x-ray 1 badan kat airport ni sebab mesin asyik dok berbunyi. Kena berdiri dengan gaya X, bukaan kaki kena seluasnya dan depa tangan seluasnya juga. Sampai saya tanya kat pegawai airport tu, mungkin sebab rantai, spek, gelang yang saya pakai ni la kot yang berbunyi kan. Lepas dah x-ray 1 badan baru lepas. Tak cukup dengan x-ray lagi, dia bawa benda yang detect besi tu kat celah2 telinga tapi sebelum tu dia minta izin dulu kat kita boleh tak dia nak letak mesin tu sekitar tudung kita sebab tudung kan sensitip kan bagi sesetangah orang. Saya kata ok je no problem asalkan aurat saya tak terdedah cukupla kan. Bila kita bagi kerjasama, depa pun tak dak masalah nak cek apa lagi. Depa pun percaya kalau kita bagi kerjasama kat depa.

Selesai semua pemeriksaan baru lah rasa lega sikit. Cuma kami kena cari port nak lepak2 sebelum nak berlepas kan.


Kami longgok bag setempat dan sorang jaga bag gilir-gilir masuk toilet lak. Pi toilet siap2 kat airport lebih selesa berbanding nak masuk toilet dlm flight. Oh ya toilet hostel tu lebih kecil dari toilet dalam flight ya FYI.


Kami kena naik lrt ni dulu sebelum ke balai berlepas. Pastikan kita tau kita akan berlepas di gate mana sebab lebih mudah. So sebelum naik lrt, kena pastikan kita naik lrt mengikut laluan ke gate kita. 

Sebenarnya masa ni kami masih belum booking mana2 penginapan kat Istanbul lagi ni. Kami pulun google cari penginapan sementara kat airport ada wifi. Orang dok announced untuk naik dalam perut pesawat pun kami masih dalam proses nak membuat bayaran bilik malam ni kat agoda. Akhirnya selesai juga pembayaran bilik kami untuk malam ni. Dalam hati berdoa banyak2 agar kami dapat bilik yang selesa sebab bilik kami kat London ni macam nightmare dah.



Makan tengahari kami ni dapat free dari Atlas global. Boleh tahan kenyang juga la buat kami siap ada dessert lagi tu. Air pun boleh ulang tambah. Memula minta air epal, air oren, air teh, air kopi, last2 minta air kosong saja. Kalau dah nama pree tu kan....
Perjalanan dari London ke Istanbul disajikan dengan pemandangan salji dan sesekali nampak lampu2 jalan dan rumah di bawah tapi tetap salji tebal menutupi kawasan tu.


Trip kami kali ni memang banyak kali kena solat atas flight sebab tadi kat airport, tak masuk zohor lagi dan nak landing nanti dah nak masuk maghrib pula kan. Sebab time winter, siang pendek. Masa antara zohor sampai maghrib tu memang singkat je. Tadi kat airport kami dah ambik wuduk siap2 so okla asalkan tak terkentut kan. Dah winter semua berbungkus 1 badan sampai kena pakai sarung tangan, so tak dak masalah nak terbatal wuduk dengan orang bukan muhrim.

Sampai di Istanbul airport, saya ada masalah lagi dengan nama bapa. Pegawai imi soal lagi nama bapa saya dan suruh saya tulis atas kertas nama bapa. Ya bapa saya nama 'Ahmad' dan namanya sama dengan Sultan Ahmet di Istanbul cuma ejaan 'A' dan 'E' yang beza tu. Orang lain tak sampai 3minit je kat kaunter imi tapi saya hampir 30minit kat situ saja sebab pegawai imi ni kena buat panggilan untuk mengesahkan nama bapa saya dan lain-lain lagi.

Sekali lagi kami nak topup Istanbul Kart tapi mesin topup tu tak terima wang besar. Kami lak takdak wang kecil, so kena tanya orang2 kat sekeliling untuk pecahkan duit. Kedai2 pun dah tutup xleh nak pecah duit. Ramai yang takdak duit kecil juga. Ada juga yang taknak tukarkan duit dengan kami, yela biasalah tu orang asing kan takut duit kami palsu ke apa. Last2 ada mamat omputih ni bukan orang Istanbul, dia tanya apa masalah kami kan sebab semua macam takleh nak selesaikan masalah kami. Bila dia tau kami nak tukar duit, dia pun macam 'la tukar duit je pun apasal semua orang macam susah sangat nak tolong kami'. Kami cakap 'masalah bahasa sama orang tak faham kami nak tukar duit'. Selesaila masalah kami. Lepas tukar duit, kami masuk metro, jumpa sorang mamat melayu. Dia student dari Jordan dan datang ke Istanbul winter holiday dengan kawan2 tapi semua kawan dia dah ke Greece malam ni. Dia ni kira hantar kawan kat airport dan nak balik hostel, esok baru dia fly ke Greece lak. Kami tak tanya lak kenapa dia tak fly sama2 dengan kawan2 dia. Apa lagi sepanjang perjalanan dia sembang dengan mr.soulmate la. Kami pun macam dah cekap sikit jalan2 kat Istanbul ni, maklumla dah kali ke-2 sampai di Istanbul ni. Kebetulan kami sama-sama turun di stesen Sultanahmet.

Hotel kami kali ni berada betul2 kat depan st ni. Ni view dari tingkap bilik ni. View lawa sangat sebab boleh nampak Blue Mosque dan laut. Ada pros and cons dia la dan cons dia, kita akan dengar bunyi tram lalu sepanjang masa. Tapi okla bunyi tak kuat mana pun.

Lepas check-in, kami keluar cari makan kat kedai makan sebelah ni. Cari tanda harga tak nampak, kami redah makan jela sebab lapar sangat, last makan tadi atas flight je pastu bila bayar baru nak menyesal tak tanya dulu harga makanan tu. Takpa sekali sekala makan mewah. Esok kita jangan makan kat kedai tu dah.

Ingat nak ronda2 lagi malam ni tapi suasana di Sultanahmet ni sunyi betul. Kebetulan ada pengemis kat sini pula siap tarik2 tangan mr.soulmate lagi minta duit. So, kami pun berehat la dulu dalam bilik, tunggu esok jela kita explore.
Masa saya dok ambil gambar ni tetiba nampak van kat bawah ni langgar kucing. Ajaibnya kucing tu masih berlari dan elok je badan dia. Orang2 sekitar situ pi kat kucing tu tengok kot2 teruk tak tapi kucing tu elok je. Dia cuma dok jilat badan sebab sakit kot kena langgar dengan van. 

Pastu saya takmau dah tengok, tido jela takut satgi nampak kucing kena gilis dengan tram pula terus fobia.

.............to be continued


Tiada ulasan: