Kalau terlepas entry, boleh klik di sini
- Recap AzamFirdauswinterwonderland
- Istanbul, Turki Part 1 Day 1
- Istanbul, Turki Part 1 Day 2
- London, United Kingdom Day 1
- London, United Kingdom Day 2
- London, United Kingdom Day 3
Gunaydin atau selamat pagi. Pagi ni azan subuh kedengaran segenap alam. Buka ja tingkap bilik nampak 2 masjid di depan ni iaitu Firuz Aga Camii dan The Blue Mosque. Cantiknya permandangan ni rasa macam nak tengok hari2 setiap kali azan subuh berkumandang di udara.
Semalam kami dah solat maghrib dan isya' di masjid Blue Mosque. Pagi ni kami taknak ketinggalan juga untuk solat di sana lagi. Ambik wuduk siap2 ya kat dalam bilik sebab kat sana susah nak ambik wuduk terutamanya perempuan.
Masa nak keluar hotel, orang hotel terkejut tengok kami nak keluar sebab katanya sejuk gila kot kat luar, freezing cold. Kami cakap nak solat kat Blue Mosque, dia pun tak kata apala.
Memang best solat bersama-sama makmum yang bukan sebangsa kita saja. Ini pengalaman 1st time saya solat berjemaah dengan warga tempatan di luar negara. Bangga saya sebab walaupun saya bangsa melayu dan mereka bangsa Turki, we are same brothers and sisters.
Apa yang pelik sikit ialah depa tunggu nak dekat masuk waktu syuruk baru nak solat subuh dan dalam solat takdak bacaan doa qunut.
Gembiranya kami kembali semula ke Istanbul untuk kali ke-2. Perasaan ketika berada di Istanbul ni memang takleh dihuraikan dengan kata-kata. Saya rasa damai dan tenang di sini dan sanggup datang lagi berulang kali kalau diizinkan Allah.
Selepas balik dari solat subuh di Blue Mosque atau Masjid Sultan Ahmet, kami pun bersiap2 nak memulakan penggembaraan yang tertangguh sebelum ni. Eksaited sangat ni.
Kami kena naik ke tingkat atas untuk breakfast. Dan kami macam wahh....kagumnya view dari dining hall nampak ni!!!
Saya ada masalah muka kembang pada waktu pagi terutamanya kat tempat sejuk. Nanti jalan-jalan nanti muka akan menguncup balik hahaha.... |
Selesai makan, kami pun macam "ok kita nak start pi mana dulu?"
Nampak sign ni, so mestilah kena menuju ke situ juga. Ke manakah?
Walaupun kami ada museum pass tapi nak masuk dalam ni kena bayar lain. Yerebatan ni rupanya tak termasuk dalam museum pass. Kena bayar 20 lira sorang. Kalau perasan kan diorang sebut 'Tarikh' juga tapi dengan ejaan 'Tarihi' dalam tiket tu. Macam biasa masa nak masuk ada pemeriksaan lagi dari hujung kepala sampai hujung kaki.
Nak masuk ni kena menuruni 55 anak tangga batu yang licin tapi jangan risau sebab ada getah kat tangga ni.
Ok ni cacatan yang saya tulis dalam instagram saya yang telah dicopy dan paste semula di sini.
The Basilica Cistern of Istanbul.
Bertempat di Sultanahmet sekitar Hagia Sofia dan Blue Mosque, 55 tangga batu di bawah tanah terdapat tempat yang cantik ni. Kalau tengok cita James Bond, From Russia with Love dan terbaru movie Inferno, mesti familiar dengan kawasan sekitar ni dan seolah2 macam dejavu bila sampai sini.
Bila berada di sini, akan dengar siulan bunyi yang unik hasil daripada bunyi air dan udara yang bergema dengan tiang2 batu di sini. Tempat ni dikenali sebagai Yerebatan Sarayi atau Sunken Palace of Istanbul. Ahli sejarah kata tahun 527, 7 ribu hamba diperlukan untuk membina tangki air Basilica ni yang meliputi 9800 meter persegi dengan 336 tiang. Tempat ni berupaya untuk menampung 100,000 tan air untuk keperluan rakyat Constantiople. Sebelum kerajaan Uthmaniyyah di Turki, kerajaan Constantinople yang memerintah Turki. Kota Constantinople ni menjadi jambatan penghubung Islam dan Barat, Asia dan Eropah. Kota ni yang paling kaya dan makmur di dunia dan jadi rebutan semua kuasa2 besar dunia. Selepas 1000 tahun, Constantinople jatuh ditangan kerajaan Islam yang diketuai oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
Bertempat di Sultanahmet sekitar Hagia Sofia dan Blue Mosque, 55 tangga batu di bawah tanah terdapat tempat yang cantik ni. Kalau tengok cita James Bond, From Russia with Love dan terbaru movie Inferno, mesti familiar dengan kawasan sekitar ni dan seolah2 macam dejavu bila sampai sini.
Bila berada di sini, akan dengar siulan bunyi yang unik hasil daripada bunyi air dan udara yang bergema dengan tiang2 batu di sini. Tempat ni dikenali sebagai Yerebatan Sarayi atau Sunken Palace of Istanbul. Ahli sejarah kata tahun 527, 7 ribu hamba diperlukan untuk membina tangki air Basilica ni yang meliputi 9800 meter persegi dengan 336 tiang. Tempat ni berupaya untuk menampung 100,000 tan air untuk keperluan rakyat Constantiople. Sebelum kerajaan Uthmaniyyah di Turki, kerajaan Constantinople yang memerintah Turki. Kota Constantinople ni menjadi jambatan penghubung Islam dan Barat, Asia dan Eropah. Kota ni yang paling kaya dan makmur di dunia dan jadi rebutan semua kuasa2 besar dunia. Selepas 1000 tahun, Constantinople jatuh ditangan kerajaan Islam yang diketuai oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
Panjang lagi citanya ni, best sangat kalau dengar cerita Kerajaan Uthmaniyyah. Lagipun Turki ni terlalu banyak kisah2 nabi dan sejarah Islam contohnya kisah nabi Ibrahim as dengan raja Namrud.
Ini pula kisah serba sedikit mengenai Madusa. Saya snap picture terus sebab kalau nak cerita balik takut tertolok tambah. kalau nak baca lagi boleh klik di sini.
Kepala upside down Madusa ni memang macam ni sejak2 orang jumpa dan takdak sapa tau pasaipa terbalik. So kami rumuskan mungkin depa guna kepala Madusa ni sebagai foundation untuk column tu je.
Ini pula tiang yang digelar Crying Hen's Eye. Tiang ni macam mengingati hundreds of slaves yang mati dalam proses pembinaan tangki air di sini.
Yang bestnya kami baca tulisan turki dulu dah faham perkataan2 kat sini. Bukan sebab ada translate ke apa tapi perkataan macam 'bahaya', 'berhenti', 'toilet' banyak jumpa di merata-rata. Kalau tengok 'Dikkat' ja dah tau tu maksudnya 'bahaya'. Bila baca 'kaygan zemin' baru nak tengok translate nya 'jalan licin'.
Kami tinggalkan jejak juga di sini dan kami request agar kerajaan turki masukkan tempat ni sekali dalam museum pass dan nak lebih banyak maklumat bacaan di sini untuk tourist di sini. Sebab kami dapatkan maklumat kawasan ni melalui google sendiri je dan tak banyak diorang ceritakan history melalui templet or signboard.
Memandangkan underground tu besar juga tempatnya, kami keluar melalui jalan lain dan tetiba macam sesat pula sebab pintu masuk kat jalan lain.
Keluar je dari Basilica Cistern, kami ditahan polis sebab depa nak selongkar apa ada dalam bag. Sejak krisis bom2 kat turki, polis aktif jaga keselamatan terutamanya di kawasan tumpuan pelancong. Kejadian bom baru2 ni pun berlaku di Sultanahmet. Sebagai pelancong, kita faham itu memang tugas depa dan bagilah kerjasama. Masa polis tu minta bag, saya bagitau mr.soulmate boleh tak dia tunjukka apa2 membuktikan dia polis ke apa sebab dia pakai baju biasa saja. Kita semua maklum Istanbul ni salah satu scam city juga dan sasaran selalunya tourist. Sebagai tourist memang saya selalu berjaga-jaga. Kami fokus perhatikan tangan dia yang geledah bag kami, takut2 dia ambik passport ke duit ke. Bila bag kami selamat takdak barang bahaya, kami dilepaskan. Alhamdulillah barang-barang kami dalam bag pun selamat tak hilang apa-apa.
Kami meneruskan jalan kaki ke Grand Bazaar pula.
Kami melalui Masjid Nuru Osmaniye atau Nuruosmaniye Camii. Kagum betul saya kat Istanbul ni bukan saja banyak masjid selang beberapa meter saja tapi memang besar dan cantik2 belaka.
Kami di pintu masuk Grand Bazaar dan tetapkan hati jangan beli apa-apa walaupun berkenan sangat sebab kami takdak luggage nak bawa balik dan takdak duit pun nak shopping. Kesiankan kami.
Video kat atas tu suasana di Grand Bazaar yang sangat meriah dan hampir 90% greet kami dengan bahasa melayu. Diorang memang kenal sangat muka orang Malaysia. Bila diorang kata "Selamat Pagi Malaysia", kami balas "we are from Thailand", boleh gitu tipu sunat. Malangnya kami bukan orang-orang kaya Malaysia yang suka shopping. Kami ni orang sederhana yang shopping seadanya untuk hidup je.
Dari Grand Bazaar kami ke Spice Bazaar pula. Peniaga kat luar ni pun tak kurang meriah juga ni. Tu pun jenuh masing2 berebut bagi name kad suruh beli abaya la jubah la kat kami.
Memang sepanjang jalan peniaga2 akan bagi kita rasa makanan2 yang diorang jual. Nak rasa boleh tapi banyak kami menolak sebab takut terjebak pula. Tapi satu kedai ni, mamat ni memang sungguh2 tarik mr.soulmate mai rasa juga2 halwa dan teh turki perisa delima dan epal kat kedai dia. Kami pun okla rasala lepas rasa semua, dia tanya macam mana sedap tak, belila itu ini. Kami pun kata sedap tapi thanks jela kami tak beli kot. Hati kena kering ok. Kalau ikut hati tisu saya ni, bankrapla saya kat sini juga.
Ok lega sikit keluar dari grand dan spice bazaar sebab tak larat nak senyum dan menolak permintaan peniaga-peniaga di sini.
Jauh tak jauh ni ha kami jalan kaki sampai ke Eminonu. Sila google map tengok jauh mana kami berjalan tapi memang jauh la bagi kami yang tak berapa nak ada stamina ni.
Semalam kawan game candy crush saya mesej nak jumpa di Eminomu dan dia bagi no fon semua. Janji nak jumpa pukul 1pm di sini tapi tak nampak kelibat pun. Memandangkan saya takdak internet dan tak jumpa tempat ada free wifi jadi kami buat hal kami jela. Kalau jumpa ka tak jumpa ka tak pa la. Jangan tanya level berapa ok tapi nak bagitau juga dah level 2700, beginner je pun.
Nampak tak boat di depan saya yang terumbang ambing dilambung ombak, itu la kedai Balik Ekmek. Hari tu Istanbul Part 1 dah datang makan kat kedai tu malam, so tak nampakla boat tu. Hari ni siang baru nampak, sakan sungguh boat tu boleh masak ikan walaupun boat bergerak2 macam tu.
Kat Istanbul ni banyak kedai jual air fresh fruit. Segelas air saya ni, dia perah sampai 5 biji oren. Sedap dan manis sangat sebab dia tak campur air kosong. Air buah delima dah rasa so kali ni nak rasa oren pula. Dua-dua sedap sangat, manis masam dan sedikit kelat. Memang sedapla segelas 1.5lira=RM2. Kalo kat Malaysia boleh dapat ka segelas 2hinggit ni dengan 5 biji oren. Ok la kalau orang kata kat sana depa tanam pokok oren takpa la tapi kenapa kat sini tanam pokok pelam, harga air pelam mustahil juga nak dapat harga rm2 segelas.
Orang Istanbul ni memang suka kucing dan rata-ratanya akan bagi makan kucing kalau jumpa kucing jalanan. Memandangkan sekarang ni salji masih turun, saya takleh nak bayangkan macam mana kucing kat ini survived. Sebab tu kucing sana lapar walaupun nampak gemuk. Lemak mesti kena tebal sebab nak bagi ada haba terutamanya time winter.
Feri ni pula nak bawa penumpang ke Turki di benua asia. Kami tak pi pun sebab rasa yang belah eropah pun tak habis cover lagi ni.
So walaupun tadi breakfast merangkap lunch, balik ekmek ni macam memanggil2 kami untuk makan lagi.
Kali ni kami memilih makan balik ekmek dalam restoren pula sebab makan kat luar sejuk beku kot, dah buka sarung tangan pula. Seketul ni harganya 7lira. jus lemon dan garam disediakan kat atas meja sebab ikan ni bakar kosong ja.
Satu je saya tak suka balik ekmek ni, nak kena periksa isi dia betul2 sebab banyak tulang besau2 lak tu.
Satu lagi kami memilih nak makan dalam restoren sebab harganya walaupun sama macam kat luar tu, dia ada toilet. Free jela kalau masuk toilet, kat luar kena bayar 1lira untuk masuk toilet.
Lepas makan balik ekmek, kami meneruskan perjalanan ke Taksim. Sebenarnya boleh je jalan kaki sampai ke Taksim tapi kami tak tau arah mana, jadi lebih mudah kalau naik tram jela. Masa balik baru kami jalan kaki balik semula ke Eminonu sebab dah tau jalan kat mana dan jalan kaki sampai ke hotel, 7km ya (google map macam tak caya kami boleh jalan sejauh tu)
Fizah ni ada hantu lompat tiong2 rasuk dia, tu yang sikit2 nak lompat tiong2 je tu....hahaha jangan marah na, kalau marah taknak ajak jalan dah.
Kat Taksim Square ni saya tak mampu nak bernafas dengan elok sebab angin sejuk beku yang kuat tiba-tiba menerpa. Kalau cuaca sejuk sangat saya risau hidung saya akan berdarah lagi. Hidung saya selalu berdarah kat tempat yang cuaca ekstrem sejuk.
Kami meneruskan perjalanan kami di sekitar kawasan Taksim yang sangat meriah dengan kedai2 dan manusia segenap alam. Barang2 pun murah2 gila, saya pun hampir2 nak beli baju winter yang berharga rm300 kat Malaysia jual dengan harga RM70 di sini. Tapi bila mengenangkan baju bundle gunung Keriang pun ada, napsu nak membeli terus ilang begitu saja. Bila kita rambang mata macam ni, saya selalu ingatkan diri sendiri "saya memang memerlukan sangat ke benda ni?" kalau sekadar nafsu saja dan takdak keperluan sangat takyahla beli. Kalau setakat nak travel time winter setahun sekali je nak pakai, beli yang bundle cukupla.
Tengoklah ramai sangat manusia kat sini, tapi sayangnya klasik tram yang famous di Taksim tak jalan pula rini.
Walaupun saya diperdayakan beberapa kali nak dapatkan ice cream, saya tak kisahlah sebab ice cream coklat dan pistachio ni memang sedap gila walaupun cuaca pun sejuk beku.
Kat London kami tengok je bila lalu kat Madame Tussauds, so kat sini mehla belanja sekeping gambar walaupun kat pintu masuk saja.
Satu lagi makanan yang saya cari di sini ialah Kumpir. Sedap gila Kumpir, bisa termimpi2. Kumpir ni ialah potato yang letak pelbagai isi kat dalamnya. Bila makan panas2 dalam cuaca sejuk ni heaven sangat.
Senjata api jual terang-terangan je di sini. Pistol cicak kot.
Kami pun patah balik jalan ke jambatan Galata Korupsu. Kat sini ramai pemancing dan sekali jenguk nah hai ikan pun demok2. Ikan2 ni kot yang kami makan balik ekmek tu.
Kami sampai sekali lagi di Spice Bazaar dan kali ni kami singgah minum teh o panas pula. Kat sini penjual teh bawa cerek teh dan jalan merata2 so minumlah teh di mana saja. Nikmat sangat minum teh panas dalam cuaca sejuk gedi ni.
Masuk semula ke Spice Bazaar
Kami pun melalui Masjid Nuruosmaniye sekali lagi tapi kali ni kami nak menunaikan solat jamak di sini. Air nak ambik wuduk sejuk gila, takdak air panas ya. Rasa kebas seluruh tangan kaki semua bila berwuduk dengan air ais. Timela baru saya guna konsep satu sapuan untuk berwuduk.
Kami sempat shopping tudung turki buang 2,3 lai yang berharga sehelai 15lira. Harini pun saya pakai tudung Turki yang beli di sini. Setiap kali pakai tudung Turki ni mula fefeling suasana kami berada di sana. Tetiba senyum sorang2, orang tengok gila ka apa minah ni.
Kami melalui jalan yang sama polis tahan kami tadi. Kali ni kami singgah beli souvenir kat salah sebuah kedai di sini.
Saya beli Simit nutela tapi harganya 2 kali ganda lebih mahal daripada harga simit kosong. Kami lepak2 dulu kat garden depan The Blue Mosque.
Tetiba datang idea nak ambik gambar Blue Mosque dok dalam tengah2 simit macam ni lak. Masa tengah dok snap picture ni datang 2 jejaka Istanbul tanya saya, "you want to give your simit to me?" saya pun sambil tergelak2 "oh...no..no". Dia pun angkat tangan tanda dia gurau je. Orang Istanbul memang peramah dan tadi masa sesat2 jalan pun ada ja ramai nak tolong tunjukkan jalan. Kadang2 kita tak tanya pun, tapi diorang datang tolong bila tengok kita macam blur2 cari arah.
Kawasan tumpuan pelancong memang ramai polis akan meronda dengan siap jaket kalis peluru, pistol kecik kat pinggang, senapang kat sebelah lengan, pisau kat kaki, cukup lengkapla. Mr.soulmate pun siap menyapa polis2 ni. Diorang pun peramah je senyum je memanjang dekat kami. Saya ni tengok...wooo takutnya, memang kalau jadi apa2 kat sini diorang orang pertama terus bersiap sedia ke tempat kejadian. Ni yang jalan beramai2, ada lagi jip polis di serata tempat. Kiranya kalau pelancong sesat memang akan pi tanya jalan kat polis2 ni la macam kami 1st time sampai tanya jalan nak pi hotel kat polis ni. Kerja diorang bukan saja menjaga keselamatan pelancong tapi jadi penunjuk arah kat pelancong juga hehehe....
Saya lak asyik dok suruh kawan saya ni pi sembang minta no fon ka kat polis2 ni hahaha...hensem kot....mana tau kot2 kami mai Istanbul sekali lagi makan nasi minyak pula.
Kat sebelah hotel kami ni ada sauna. Ni harga untuk bath soap and massage cara Turki. Mahal juga dan saya tak selesanya bila dia kata dia sediakan perempuan untuk urut dan mandikan lelaki!!! terus rasa macam rumah pelacuran je.
Azam maghrib pun berkumandang dan kami sekali lagi tak nak lepaskan peluang untuk solat di masjid ni. Guard blue mosque pun macam kenai dah muka kami, dia senyum je kat kami. Blue Mosque ni akan tutup 30minit selepas azan untuk bagi jemaah menunaikan solat kat dalam ni. So pelancong takleh masuk melainkan untuk orang2 yang nak solat saja dibenarkan masuk. Ni baru kat Turki dah rasa teruja seronok gila solat kat dalam masjid diorang, kalau kat mekah pula macam mana pula perasaannya. Kepada semua pembaca blog saya, doakan agar kami dapat menunaikan solat di masjid2 di Mekah pula.
Habis solat, wajibla kena ambil gambar Blue Mosque lagi maklumla pelancong takleh masuk time ni kan so, tak ramai orang sangat nak jadi photobomb.
Akhirnya kami berjaya dapat gambar masjid penuh macam ni tanpa ada manusia lalu lalang kat belakang.
Memandangkan esok kami dah nak meninggalkan Turki, saya nak cari beberapa souvenir yang ringan2 untuk bawa balik. Kedai2 sekitar masjid ni, habis solat baru diorang buka balik kedai2 diorang. Masa masuk waktu solat, semua pakat tutup kedai memasing.
Kat Turki ni terlalu banyak wakaf air. Kat belakang saya ni pun salah satu wakaf air untuk diminum dan berwuduk. Saya suka sangat dengan projek wakaf ni. Mai kita baca bersama apa tu wakaf yang saya telah copy dari beberapa sumber di sini.
Tamadun Islam sangat agung berbanding dengan tamadun lain. Tamadun itu telah mengasaskan corak kebajikan sebagai rukun hidup manusia. Islam menggalakkan umatnya supaya menyumbang samada berbentuk material atau kerohanian kepada orang lain. Ia membuka peluang kepada umatnya agar dapat menyumbang kepada orang lain. Umat Islam juga digalakkan untuk melakukan sedekah jariah yang bermaksud wakaf.
Wakaf adalah satu-satunya konsep yang diperkenalkan oleh Islam dalam bentuk amal kebajikan.
Ibadat Wakaf sangat unik kerana ia tidak terhad di atas muka bumi sahaja, malah ia berterusan sehingga hari akhirat kelak sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W. “Apabila anak adam itu mati, maka terputuslah segala ibadatnya kecuali tiga perkara sahaja iaitu; sedekah jariah, ilmunya yang dicurahkan semasa hidupnya dan anak yang soleh mendoakannya”.
Mengikut pendapat beberapa orang ulama’ terkenal bahawa ibadat wakaf itu kekal berpanjangan sehingga akhirat tidak seperti bentuk derma yang lain.
Aktiviti yang berasaskan wakaf adalah:
i) ada barangan atau aset atau sesuatu yang di wakafkan
ii) barangan itu dimanfaatkan secara berterusan.
i) ada barangan atau aset atau sesuatu yang di wakafkan
ii) barangan itu dimanfaatkan secara berterusan.
Antara contoh aktiviti wakaf adalah:
1. Pembangunan Masjid dan juga tempat beribadat
2. Projek saliran air sungai
3. Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan aktiviti pembacaan
4. Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
5. Pembangunan pertanian
6. Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan
7. Progam pembangunan keluarga bahagia teladan
2. Projek saliran air sungai
3. Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan aktiviti pembacaan
4. Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
5. Pembangunan pertanian
6. Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan
7. Progam pembangunan keluarga bahagia teladan
Selesai solat, kami jadi food hunter pula kat area Sultanahmet ni. Tu pun lepas tanya beberapa orang local di sini, kedai mana yang sedap.
Hidangan di atas adalah kebab, nasi, salad chickpea dan lentil soup. Roti memang akan dihidangkan secara percuma dan akan automatik refill kalau kita makan habis roti tu tanpa bayaran tambahan. Nama kedai tak ingat tapi kedai ni nampak biasa je tapi bila masuk penuh manusia kat dalam. Harga pun paling murah antara kedai2 yang lain. Kemudian masuk restoren lain pula dan cuba makanan lain...festival ghost(hantu raya
Walaupun kenyang gila, kami masih rasa nak cari tempat lepak2 dulu sebab nak menikmati setiap saat di Istanbul sebelum kami meneruskan perjalanan ke bandar lain.
Kami pun jumpa kedai makan kat sebelah hotel juga. Dia offer kami siap bawa menu tunjuk makanan kat kedai dia tapi kami dah tak mampu nak makan sebab kenyang gila sudah. Kami cakap kami nak minum kopi Turki ja. Pastu dia kata kedai dia ada jual kopi turki. Lega juga sebab dalam restoren dia ada free wifi juga.
Walaupun harga kopi dia lagi mahal dari kopi starbuck, kami tak kisah sebab kopi dia memang sedap. Kopi dia pahit sebab air kopi semata tanpa gula or sirap. Bagi penggemar kopi macam saya, kopi o kosong pun dah cukup heaven dah.
Malam ni kami tidur lewat sebab nak kemaskan bag, esok kami akan bergerak ke bandar Tehran, Iran pula.
................to be continued.
3 ulasan:
style macam di mekah madinah , tutup kedai bila masuk waktu solat
ya macam tu best kan.
Salam. Mohon untuk share iti & budget. Terima kasih.
adzlyzansiti@gmail.com
Catat Ulasan