Kalau terlepas entry, boleh klik di sini
- Recap AzamFirdauswinterwonderland
- Istanbul, Turki Part 1 Day 1
- Istanbul, Turki Part 1 Day 2
- London, United Kingdom Day 1
- London, United Kingdom Day 2
- London, United Kingdom Day 3
- Istanbul, Turki Part 2 Day 1
Gunaydin atau selamat pagi. Pagi ni azan subuh kedengaran segenap alam. Buka ja tingkap bilik nampak 2 masjid di depan ni iaitu Firuz Aga Camii dan The Blue Mosque. Cantiknya permandangan ni rasa macam nak tengok hari2 setiap kali azan subuh berkumandang di udara. Burung seagull sibuk terbang di atas masjid biru. Laut depan tu macam tenang dengan warna kebiruan ja.
Macam semalam, kami nak solat jemaah di masjid biru buat kali terakhir untuk trip ni, mana nak tau next time bila kami datang lagi.
Kerusi kat dalam lobi ni bukan untuk manusia ok sebab memang dah jadi tempat untuk cat nap. Kat luar kan sejuk dan bersalji, maka kebanyakan premis2 perniagaan termasuk mall akan bagi kucing dan anjing masuk tido kat dalam. Yang hairan bin ajaibnya, takdak pula kucing dan anjing ni kencing or berak kat dalam bangunan ni. Salah satu sebab saya suka Istanbul, diorang ni sayang kat kucing dan anjing macam saya hehehe.....
Kucing ni garang walaupun saya buat tak kisah usap dia juga. Sekali dia keluarkan kuku yang tajam sampai bergulung kukunya baru saya taknak usap dia dah. Ni 1st time saya tengok kuku kucing panjang sampai bergulung kalah wolverine. Risau juga tengok kot2 kuku dia tikam isi jari dia ke tak.
Hotel kami menginap ni bukan saja hotel untuk kucing juga tapi siap sedia makanan dan minuman untuk kucing sekali kat luar ni. Tak aci ni, manusia dapat free breakfast ja tapi kucing dapat breakfast, lunch, dinner sekali hahaha.....
Macam semalam juga, subuh berjemaah start lewat. Saya pun mulalah snap sana sini gambar dalam masjid biru ni.
Dah tu tak puas2 bergambar depan masjid biru kami dua ni. Okla bye bye masjid biru, kami nak gerak dah ni sedih...sob sob....
Sebelum kami gerak ke airport, kami naik tingkat atas untuk breakfast dulu. Saya nampak ada sorang perempuan melayu kat sini. Macam mana tau sebab tengok stail tudung dan baju kelawar kak ni.
Kami kemudian berkenalan dengan kak minabel yang setiap bulan akan datang ke Istanbul dan tinggal di hotel ni. Bila tanya kak dah berapa lama kat Istanbul, katanya hampir sebulan dah. Maksudnya balik Malaysia sekejap kemudian akan datang balik sini. Saya pun nak buat macam tu juga tapi saya takdak masa dan duit untuk berbuat macam tu juga.
Kakak berbaju hitam tu pula kakak yang sediakan breakfast untuk semua orang di hotel ni. Cantik gila kakak turki ni, tergamam saya tadi tengok muka jelita dia.
Duit manat Azerbaijan kami ada banyak ni je tukar haritu, cukupla kalau setakat nak minum kopi.
Kami naik Azerbaijan Airline ke Iran transit di Azerbaijan. Jakun kami semua sat, maklumla selama la dok naik Air Asia ja. Bila dapat naik flight yang boleh layan game, movie, lagu semua ni jakun la sat.
Sebenarnya memang puas hati sangat dengan harga RM200 dari Istanbul ke Tehran, kami menikmati servis Azerbaijan Airline ni.
Oh ya tiket RM200 tu bukan setakat tiket dan tax untuk 2 kali penerbangan Istanbul - Azerbaijan - Tehran saja tau, sebab makanan pun dapat free dan free flow drink sepanjang perjalanan nanti. Ini hidangan makanan yang pertama, nanti hidangan ke-2 dari Azerbaijan ke Tehran pula selalunya dapat sandwich. Macam nak minta pakcik Tony buat macam ni juga untuk Air Asia bagi semua penerbangannya.
Masa kami sampai di Baku, Azerbaijan kami nampak salji sedang turun di sini. Saya berdoa banyak2 sebab takut licin masa nak landing dan alhamdulillah pilot ni landing smooth je.
Ni kali ke-2 kami sampai di Baku dan kami tetap takleh keluar sebab kami takdak visa. Kami ditempatkan di transit hall sampai kami naik flight ke Tehran.
Ini tempat wuduk di Baku.
Ini pula batu kerbala yang digunakan oleh puak syiah ketika solat. Kami sebenarnya berdebar jugala sebab kat sini dah nampak orang syiah solat dan kami sebenarnya bakal nak menuju ke negara syiah ni. Semoga Allah permudahkan urusan kami.
Kami solat jamak asar zohor dan tunggu sekejap sebab maghrib pun nak masuk dah. Baik solat siap2 maghrib isya. Kat bahagian perempuan ni baik jaga aurat walaupun tertutup, sebab kalau perhatikan betul2 banyak cctv kiri kanan merata ceruk dalam surau ni. Saya ni bukan apa, tadi ni dah nak buka tudung sekejap sebab rambut kepam je dalam tudung ni tapi sebelum tu kena usha sekeliling dulu, nampak cctv je terus batal niat nak buka tudung.
Sementara nak tunggu flight berlepas, kami main aci sembunyi dulu dalam airport hahaha boleh lagu tu. Macam2 game kami main supaya tak bosan dalam ni. Lepas tu window shopping dari satu kedai ke kedai lain. Buat kajian menu dari satu cafe ke cafe yang lain. Macam2 la
Akhirnya kami dengar pengumuman untuk kami gerak masuk ke dalam pesawat. Apa yang saya tak suka mengenai syarikat Azal ni ialah masa kita check-in dia akan bagi kita dok berasingan jauh dengan kawan2 kita dan kita akan dok kat sebelah lelaki sedangkan seat berlambak lagi kosong. Penumpang dalam pesawat ni cuma 30% je.
Bila wing dah bersih, pilot pun tak buang masa terus announce akan take off. Sebelum tu, kami minta stewardess benarkan mr.soulmate mai duduk kat belakang dengan saya dan kawan saya pula yang duduk di sebelah lelaki dipindahkan duduk sorang. Memandangkan seat banyak kosong, kami duduk conquer sorang 2 seat terus. Boleh lena dulu sementara nak sampai ke Tehran.
Sejam selepas take off, kami dijamu sandwich dan air pula. Kami yang kelaparan ni makan terus la sebab last pun makan atas flight tadi dari Istanbul ke Baku. Makanan kat Baku tadi tak nampak macam menarik perhatian sangat. Duit manat yang kami tukar pun tak belanja apa pun.
Kemudian kami pun sampaila di Tehran airport. Seperti dijanjikan kami akan dijemput oleh Mohamad. Mohamad ni famous sangat di group BBM. Ramai orang kenai dia melalui BBM tapi saya kenal dia dalam couchsurfing di mana dia sent mesej kepada saya offer untuk pick up saya di airport dengan bayaran us dollar $10. Saya pun setuju terusla sebab memang susah nak bergerak dari airport Tehran ke bandar memandangkan metro tak siap lagi dan cuma bergantung pada teksi semata-mata.
Penginapan pula saya dah 3 bulan booking di 7seven hostel di Tehran. Mohamad bagitau kami semalam ada penumpang dia nak menginap di 7hostel juga tapi terpaksa pindah ke hostel lain sebab 7hostel tengah renovate. Saya kata, saya tak dapat apa-apa e-mail pula dari pihak 7hostel. Mohamad pun mungkin dia taknak memandai so dia bawa jugakla kami ke 7hostel. Sampai je kat 7hostel, kawasan tu sunyi sangat dan jauh dari metro station. Kami tekan loceng pun tak berjawap. Dahla time tu dah pukul 1pagi dan kami memang letih gila sangat2 travel non-stop dari Istanbul lagi ni.
Akhirnya Mohamad cakap kami ada tempat lain tak nak pi, dia akan hantarkan. Saya dah letih sangat tak dapat nak fikir kenapa 7hostel buat macam ni sedangkan dalam e-mail dia dah confirm booking kami semua. 7hostel pun tak dak nak e-mail kata booking cancel ke apa. Mohamad akhirnya buat keputusan bagi pihak kami, dia cuba call kawan dia yang ada hostel juga kot2 masih ada katil yang kosong malam ni. Kemudian dia kata syukur alhamdulillah hostel kawan dia masih ada katil kosong untuk kami bertiga.
Dalam kesejukan melampau di Tehran, kami menunggu kat luar hostel ni dengan harapan nak rehat lena. Tekan loceng lama juga sementara owner dia nak buka pintu sebab dah pagi2 buta semua nyenyak lena le. Mohamad pastikan kami dapat check-in dulu hostel ni dan bila settle dia pun balik. Servis Mohamad tak habis lagi sebab nanti kami nak dia jemput kami dari sini pula ke airport pada hari terakhir kami di Tehran pula. Kami pun bayar extra $5 kat Mohamad sebab dia uruskan penginapan kami dan hantar ke sini. Walaupun dia taknak dibayar extra tapi kami tetap berkeras nak bayar juga.
Owner hostel ni pun cakap bisik2 je dengan kami sebab taknak ganggu orang lain yang tengah lena. Dia suruh kami tido dulu, bayaran esok baru bayar lain. Kami pun okla sebab kami memang letih gila nak lena je.
Kiranya saya ni baru je nak lelap mata, dengar bunyi loceng sekali lagi pula kring kring adoila ada lagi orang datang. Takpa janji paksa diri tidur sebab penat sangat. Esok kami akan mulakan penggembaraan kami di bumi Iran.
..............to be continued
Tiada ulasan:
Catat Ulasan