Selasa, 29 November 2016

Royal Brunei Backpackers Part 2

Bersambung dari part 1

Sampai di Brunei kami dijemput oleh host M Aslam Ibrahim jumpa di laman web couchsurfing. Tiket ke Brunei beli melalui Air Asia Go Holiday iaitu RM500 seorang termasuk tiket flight return dan 3 malam di Hotel Gina Suite Jalan Gadong.

Couchsurfing adalah platform yang mudah untuk pengembara yang ingin berkenalan dengan penduduk tempatan. Di samping itu juga, ia dapat menjimatkan wang dari segi transportation dan penginapan. Oleh itu, janganlah dengki kalau orang lain kata pi Jepun dok seminggu kos RM500, melancong ke Perth 2 minggu dengan kos seribu ringgit. Dah tempat tido free, transport free, silap2 host jamu makan 3 kali sehari lagi free. Bagi saya tak salah pun kalau travel dan ber-couchsurfing bersama host. Selain explore negara yang kita teroka tu, kita tambah kenalan dengan host, family host dan kawan-kawan host lagi. Itu tak cerita program wwoof lagi di mana para explorer dan traveller melancong selama berbulan-bulan lamanya secara percuma. Sila google apa itu program wwoof. Saya pun mengecam juga orang yang berfikiran sempit dengan menyatakan nak travel kena ada duit banyak. Bak kata idola saya SN, dia kata dah travel ke negara orang, jangan memalukan negara dan bangsa dengan merempat macam pengemis kat negara orang. Orang yang travel dengan khidmat pakej-pakej pelancongan ini tak boleh buka minda dengan cara couchsurfing ni. Apa pun bagi saya biarla macam mana cara nak travel. Kita setuju A tak setuju B, tapi orang lain kata B lagi bagus dari A. Macam-macam kan. Bila saya cakap kos saya ke Brunei ni harga RM500 selama 4hari 3 malam termasuk kos flight return, makan, hostel dan pengangkutan, janganlah kecam saya pula ya sebab saya dah cut kos pengangkutan sebab couchsurfing saya bawa kami jalan-jalan guna kereta dan minyak kereta dia, dia tak minta sesen pun.

Host kami di Brunei dapat menyediakan transportation saja dan kami dah cukup bersyukur jumpa dengan dia. Ya mula-mula berdebar la juga takut kang penjenayah ka jadi host kami. Yala risiko kot sebab kita tak kenal host kita pun, sekadar berhubung melalui website couchsurfing je. Tapi alhamdulillah host kami baik sangat. Masa dia jemput kami di airport, barulah kami tau dia ni pilot Royal Brunei Airline. Lepas kami berkenalan dan bercerita background pekerjaan masing-masing, bukan kami je macam lega, muka dia pun lega sikit. 

Selepas kami sama-sama menunaikan kewajipan solat di masjid airport, kami pun bergerak meninggalkan airport. Dari airport, host kami singgah jap kat ofis dia berdekatan airport la sebab company dia Royal Brunei. Lepas tu kami bersama-sama misi menyesatkan diri mencari hotel. Host kami pun tak pernah dengar nama hotel yang kami bakal nak duduk ni. 

Ini pakej air asia go holiday yang ketiga saya beli. Saya selalunya beli pakej yang paling murah sekali dan hotel pun faham-faham jela. Air asia go holiday yang pertama saya beli ke Jepun dan keduanya ke Busan. Saya sangat bertuah dapat harga yang murah. Kadang-kadang bila beli pakej sekali tiket flight dan hotel ni, harganya jauh lebih murah berbanding harga yang kita beli berasingan. Tapi yang tak bestnya kita akan menetap hotel yang sama jela xleh nak merasa dok hotel lain-lain dan senang kata, kita xlehla explore jauh sangat dalam trip kali ni. Tapi masa saya ke Jepun tu, disebabkan saya nak ke Gunung Tatayame, saya kena booking 1 bilik asing kat bandar Toyama sebab jauh dari hotel yang saya tempah melalui air asia go holiday. Rugila kan sebab 1 malam tu saya bayar untuk 2 bilik. Begitula ada pros and cons bila beli tiket AirAsia Go Holiday ni.

Bersambung kisah Brunei kita, saya kagum dengan papan tanda tulisan jawi di sini. Saya tanya host saya kenapa semuanya kena tulisan jawi. Katanya papan tanda jawi ni berdaftar atau yang ada lesen. Kalau tulisan rumi tu tak dak lesen la tu. Terus jatuh cinta pandang pertama kat Brunei. Mesti aman damai je kalau menetap di Brunei ni.


Saya pun mulala merangkak balik nak baca tulisan jawi ni. Yala kita kat Malaysia ni tak praktis untuk baca tulisan jawi dalam kehidupan harian kita. Rugi sangat kita tak dak surat khabar tulisan jawi dah. Tak payah nak salahkan mana-mana pihak, kita sendiri yang tak pertahankan penggunaan tulisan jawi seperti mana bangsa cina dan india pertahankan tulisan cina dan india masing-masing.

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel dah bagi pengajaran dan tamparan kepada saya betapa sayangnya tulisan jawi pupus di Malaysia. Betulla bila kita dok kat tempat kita ni, kita tak nampak benda yang sikit-sikit berubah sehingga benda tu hilang terus pun kita tak perasan. Bila kita mengembara, barula kita tersentak dengan perubahan yang berubah di sekeliling kita sehingga identiti kita sebagai bangsa melayu kian hilang pun kita tak sedar pun. 


Yang paling tak tahannya bila tengok harga minyak kat shell ni nanges...... 
Kat Brunei ni saya tak jumpa lagi petrol ron 95, semuanya nampak macam ron97. Harga ron97 seliter 53sen ok kalau diconvert duit RM jadi lebih kurang RM1.50 seliter. Harga diesel pula seliter 31sen. Kereta di Brunei pula semuanya jenis kereta mewah2. Jarang sangatla nak jumpa kereta proton kat sini.

Ok rupa-rupanya lorong sebelah Shell nilah lorong di mana hotel yang bakal kami nak stay untuk malam ni dan malam-malam seterusnya. Sangatla susah dan tersoroknya hotel ni. Terima kasih Aslam sanggup bersesat bersusah payah berusaha mencari hotel kami dan menghantar kami sehingga kami selesai check in dan dapat kunci bilik, barula dia meninggalkan kami pula. Dia minta maaf kat kami, malam ni dia takleh nak bawa kami jalan-jalan sebab dia keluar dinner dengan family dia. Tapi dia janji dia akan jemput kami kat hotel keesokkan harinya pula. Kami ni segan ya amat dah, jumpa orang yang sangat baik hati tolong kami ni tapi host kami cakap memang itula cara couchsurfing. Kami ni baru first time terjebak dengan couchsurfing tapi host kami ni dah terjebak bertahun-tahun lamanya dengan couchsurfing. Caranya mudah saja, orang luar datang tempat kita, kita layan orang tu. Bila kita ke tempat orang, orang local tu pula akan layan kita.


.......to be continued

Tiada ulasan: