Khamis, 24 November 2016

Royal Brunei Backpackers Part 1

Day 1
Sik - Kuala Lumpur - Putrajaya 

Perjalanan kami ke Brunei dah lama bulan Februari 2016 tapi baru sekarang nak masukkan dalam blog. Nampak dak bias di situ. Sebabnya saya rasa Brunei dan Malaysia sama saja cuma currency dia jauh beza dengan nilai RM. Yala kebanyakan rakyat di sana orang melayu dan beragama Islam seperti di Malaysia juga. Tapi kalau sentuh bab melayu tu, depa memang melayu asli dan saya pula segan rasa macam tak berapa melayu kalau dibandingkan dengan orang Brunei. Bahasa Brunei juga guna Bahasa Melayu Klasik dan kalau menetap di sana memang rasa melayu tulen sangat.

Perjalanan kami dimulai dari Sik, Kedah melalui lebuhraya Plus sampai ke Putrajaya. Kenapa Putrajaya?sebab kat Putrajaya nanti kami akan parking kereta kat rumah adik cantek manis dan naik erl pula ke airport.

Kami bertolak sebaik saja saya habis bertugas di Sik, petang tu juga la drive ke KL.

Keadaan aman tenteram di Sik bertukar jadi ganas bila sampai di KL. Sampai KL pun dah malam.

Sampai je kat Putrajaya, adik kami yang menetap di sana bawa kami jalan-jalan makan angin di sekitar kawasan Putrajaya waktu malam. 

Adik kami macam tourist guide pula bercerita tak henti-henti mengenai tempat-tempat di sini.

Day 2
Putrajaya - Brunei

Hari ni Jumaat, kami bekerja di Kedah cuti hari ni, manakala adik kami bekerja hari ni. 
Lepas dia keluar pi kerja, kami pun samala keluar bertolak ke airport. Dari rumah dia, kami ambil cab saja ke station erl Putrajaya.


Maka terbangla kami ke Brunei dengan riang ria. Pengalaman naik flight Air Asia kali ni sangat menyeronokan sebab sepanjang perjalanan, pilot asyik berpantun jenaka. Kami asyik gelak macam nak pecah perut manakala orang lain yang tak faham pantun pilot ni terpinga-pingat kehairanan apasal kami ni gelak sakan sangat. Rupanya lepas beberapa bulan kami balik, cerita pilot berpantun ni jadi viral pun sebab salah sorang penumpang rakam suara dia. Seriusly memang tak bosan la kalau pilot ni ada sebab selain berpantun, satgi dia suruh kita jenguk kat luar jendela tengok pulau2 atau kapal2 kat bawah nun. Ada ja benda nak borak. Tapi pantun dia juga paling win tu.



Sampai je di bumi Bandar Seri Begawan, masa keluar nak ke masjid airport, kami disapa oleh couchsurfing di Brunei iaitu host kami yang akan bawa kami jalan-jalan di sana.

Sesudah solat, host kami yang merupakan pilot Royal Brunei hantar kami ke hotel. Ini merupakan pengalaman kali pertama kami ber couchsurfing dan alhamdulillah host kami baik sangat dan banyak membantu.

Sebelum sampai hotel ni kami sesat jugak mencari hotel ni. Maklumla pakej air asia go holiday ni hotel dia tersorok banyak macam keadaan kami kat Busan di sini.

Dah selesai check-in semua, host kami pun balik tapi dia janji dia akan jemput kami esok pagi untuk jalan-jalan around Brunei. Kami pun merayap jap kedai-kedai di kawasan hotel ni dan makan malam dulu.

Tiada ulasan: