Khamis, 1 Disember 2016

Royal Brunei Backpackers Part 3

Bersambung part 1 dan part 2.

Seperti dijanjikan, host kami datang menjemput kami pukul 8pagi tu. Awal-awal pagi dia sanggup datang padahal rumah dia dan hotel ni jauh kot. Hari ke-3, dia tunjuk rumah dia kat mana barulah kami tau betapa dia dok drive jauh dari rumah ke hotel ni. Saya ada juga rasa bersalah macam susahkan orang asing kan. Tapi Aslam berkali-kali cakap itulah cara couchsurfing. Couchsurfing ni mencari kenalan luar dengan membantu memudahkan urusan orang. Saya pun banyak doa semoga Allah permudahkan urusan host kami seperti dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "barang siapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari akhirat".


Dari hotel, host bawa kami breakfast makanan yang kami tak pernah makan sebelum ni. Inilah Norbi  yang merupakan roti canai yang dipotong secara memanjang dan digoreng seperti mi goreng. Kalau Nobi daging, roti canai ni digoreng bersama daging pula. Kami cuma try norbi kosong je. 


Masa kami tengah makan tu, datang 2 orang kawan host. Seperti saya cakap sebelum ni. Kita bila couchsurfing ni, bukan kita kenal host saja tapi kawan-kawan host pun kita buat kawan juga. Kagum saya bila masing-masing ceritakan background masing-masing, terasa macam kedil je depan diorang ni. Umur muda belia 20-an tapi pekerjaan wow....jangan pula tanya berapa gaji ok. 

Depa semua peramah dan sangat mengalu-alukan kedatangan kami di bumi Brunei ni. Kami pun tak rasa kekok dan borak macam dah lama kenal pula. Kawan host di belakang kanan banyak ceritakan sejarah Brunei kepada kami masa di Royal Regalia Museum. Rupa-rupanya kecilnya dunia, dia ni kawan kepada suami class mate saya di UiTM Arau dulu. Kawan host di belakang kiri pula yang tolong hantarkan kami dari hotel ke airport disebabkan host kami (belakang tengah) kena fly ke Hong Kong awal pagi tu. Jadi makna kata, kami sangat beruntung sebab dapat 3 host sekali gus.


Selepas breakfast, host bawa kami jalan-jalan di Brunei. Hari ni hari explore Brunei. Tak sabar saya nak kenal negara Brunei yang makmur ni. 


Destinasi pertama yang kami tuju ialah Masjid berkubah emas di sana. Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah...here we come.



Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah : 
Masjid ni dibina pada tahun 1992 sebagi meraikan pemerintahan ke-25 Sultan Brunei. Masjid ni adalah terbesar di Brunei dengan 4 menara berjubinkan terazzo dan berkubahkan 29 kubah emas. Kubah masjid ni akan kelihatan seperti api di waktu malam.


Sementara nak tunggu masuknya waktu zohor, kami bergambar berposing sakan di sini dulu bersama host. 













Sejujurnya saya rasa aman damai je kat kawasan masjid ni. Rasa boleh lepak berjam-jam lamanya kat sini saja. Tetiba rasa tempat ni cantik sekali kalau nak buat wedding photoshoot.
Seterusnya kita ke Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque pula....dari jauh bling bling kubah emas tu.


Kagum dan terpegun saya dengan kecantikan senibina masjid ni. Kedamaian dan keindahannya masyallah....




Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei. Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.

Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.


Walaupun saya ni dikira musafir dan boleh solat jamak tapi saya tak buat jamak sebab saya nak merasa solat di setiap masjid ni. Memandangkan tadi zohor di Masjid Jame'Asr Hassanil Bolkiah, asar di masjid Sultan Omar Ali Saifuddin pula.



Tempat wuduk perempuan di bawah tanah ni.

Destinasi seterusnya ialah Royal Regalia Museum



Royal Regalia Museum: 
Bangunan Alat–Alat Kebesaran Diraja merupakan sebuah muzium yang terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan. Ia berada berdekatan dengan Pusat Sejarah Brunei. Muzium ini mempamerkan barangan berkaitan alat-alat kebesaran diraja dan acara peringatan sempena 25 tahun pemerintahan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah









Dari museum, kita bergerak ke Kampung Ayer pula




Kampong Ayer: 
Sebuah perkampungan air yang didiami penduduk. Terletak di Bandar Seri Begawan dan merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara. Gagasan 42 kampung yang dibina di atas kaki bajang dan laluan pejalan kaki dari kayu diduduki lebih kurang 30,000 orang penduduk dan merupakan kampung air terbesar di dalam dunia. Ia juga digelar "Venice Timur". Kampung air sebenarnya terdiri daripada perkampungan kecil yang dihubungkan oleh lebih dari 29,140 meter jambatan kaki, dan merangkumi 4,200 binaan termasuk rumah kediaman, masjid, restoran, kedai, sekolah dan sebuah hospital. Laluan pejalan kaki yang panjang tuntas 36 kilometer menghubungkan bangunan-bangunan kampung ini. Pengangkutan utama di kampung ini ialah sampan yang kebiasaannya dilengkapi dengan enjin bot; teksi air persendirian, ataupun swasta, yang kebanyakannya menyerupai bot laju panjang, menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang pantas.




Dari jauh, kampung ini kelihatan seakan-akan kampung setinggan tetapi sebenarnya penduduk kampung ini menikmati kemudahan moden seperti bekalan elektrik, penyaman udara, televisyen satelit, Internet, dan sistem saliran. Beberapa orang kampung juga membela ayam dan bercucuk tanam dalam pasu. Rumah-rumah kediaman daerah ini mempunyai ciri seni bina unik dan penuh hiasan yang rapi.






Dalam usaha mengekalkan Kampong Ayer sebagai tapak warisan penting negara, kerajaan Brunei menyediakan beberapa kemudahan seperti jambatan kaki, jeti simen, air paip, bekalan elektrik, sekolah, masjid, klinik, balai polis, dan balai bomba marin. Kesemua enam mukim dikenali sebagai Kampong Ayer.


Lepas ronda-ronda di Kampung Ayer, host bawa kami makan di restoren ni pula. Kami nak mencuba makanan tempatan di sini iaitu Ambuyat.

Makanan Tempatan:
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.

Lepas makan, kami pun balik ke hotel. Kami plan esok pagi nak ke Labuan pula. End day 2.


.................to be continued

1 ulasan:

Yanyon berkata...

assalam,sy ada send email dekat pn tapi failed,nk bincang trip backpack ke europe klu berminat, wassap sy khairul 017-2010721