Khamis, 5 April 2012

Bagaimana untuk memohon cuti separuh gaji bagi belajar sepenuh masa?

Demam ka apa tetiba lama tak menghapdetkan entry masak dalam blog ni tetiba macam tajuk serius pulak. Memang dah lama benar tak masak memasak ni, dapur pun dah lama tak berasap. Dah tak ingat bila kali terakhir masuk dapur nak masak. Apa pun yang pasti entry ni memang tak dak kena mengena dengan makanan. Entry ni sekadar tip dan ilmu yang saya nak kongsikan sikit kepada mana-mana penjawat awam seperti saya yang terlintas di fikiran untuk sambung belajar khususnya kepada kumpulan sokongan. Selepas melalui kekalutan dalam kehidupan dan sekarang barulah boleh tarik nafas lega sikit. Secara rasminya saya sekarang adalah pelajar sepenuh masa dalam bidang Sains Pentadbiran di UiTM kampus tut....(mana leh bagitau satgi ada lak spy hehehe maklumla selebritila katakan hehehehe....)
Dengan bertukarnya status dari 'bekerja sepenuh masa' kepada 'pelajar sepenuh masa' adalah bidang yang sangat berbeza terutamanya dari segi pengurusan masa dan aktiviti harian. Kalau idaknya rutin harian, isnin-jumaat masuk keja punch card pukul 8pagi. Pukul 1-2pm lunch dan punch card balik pukul 5pm. Setiap hari buat kerja-kerja yang hampir sama setiap hari. Memang itulah aktiviti harian setiap hari ditambah dengan kerinduan dan kebosanan melalui detik-detik sukar dalam perkahwinan jarak jauh pulak....alahai sukar nak gambarkan perasaan. Betapa tak lengkapnya kehidupan bila tiada best friend aka mr.soulmate di sisi. Mr.soulmate kalau baca entry ni jangan kembang lebih-lebih lak hehehe
Alhamdullillah syukur, segala susah payah, pahit getir dan pancaroba masa memohon cuti belajar dah berlalu akhirnya dengan selamat. Bukan senang tau nak membuat permohonan ini. Saya hampir-hampir pasrah di tengah jalan untuk memilih dua pilihan samada berenti kerja terus dan sambung belajar ataupun saya tolak tawaran belajar dan bekerja seperti biasa. Semangat untuk belajar dan memajukan diri dalam bidang ni membuatkan saya teguh dengan pendirian bak kata pepatah "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Masa proses permohonan ni saya sentiasa berpesan kat diri sendiri supaya jangan give up dan sentiasa tanamkan diri dengan perkataan sabar dan usaha, bukan selalu peluang datang depan mata macam ni, sementara semangat belajar berapi-api dalam diri. Permohonan untuk mendapatkan peluang di IPT pun bukan main susah benarnya sebab cgpa masa diploma dulu bukanlah berwarna-warni bak pelangi. 
Berbalik kepada objektif asalnya, saya tulis dalam blog ni bukan apa sebab masa saya mula-mula nak apply susah sangat dok gogo sana sini nak cari proses dan tips untuk permohonan cuti belajar ni. Saya cuma nak kongsikan sikit pengalaman yang mungkin untuk panduan orang lain macam saya selepas ni supaya senang untuk buat rujukan. Lagipun keputusan masa diploma dulu bukanlan baik mana pun, takkan nak kerja dengan gred yang sama sehingga pencen. Saya perlu ada inisiatif untuk memajukan diri. Bagi saya mula-mula sekali perlu  ada semangat untuk belajar (bukan senang nak cari semangat bila dah tinggalkan zaman belajar hampir 10 tahun), sabar, usaha, doa dan tawakal dengan segala ketentuanNya. 
Proses yang pertama hendaklah buat surat minta izin kat pengarah ataupun ketua jabatan untuk memohon belajar. Ini bukanlah wajib tapi macam contohnya kalau anak-anak nak belajar mestila minta izin kat ibu bapa dulu kan sebelum memohon sebagai restu orang tua. Lagi satu tak nak timbulkan konflik bila dah dapat tawaran belajar, bos tak nak bagi pulak keizinan untuk sambung belajar.
Keduanya kenalah memohon belajar di mana-mana tempat pengajian samada di dalam ataupun di luar negara asalkan institusi dan bidang tersebut mestilah diikhtiraf oleh JPA. Jangan lupa bidang yang dipilih adalah berkaitan dengan bidang tugas kerja seharian ni bukannya minat semata-mata (kalau ikutkan minat dah lama nak mohon bidang chef). Bila dah dapat surat tawaran belajar maka cepat-cepatla buat surat permohonan cuti belajar bergaji penuh ka, separuh gaji ka atau tanpa gaji kepada pengarah ataupun ketua jabatan masing-masing. Bila bos dah lulus dan memberi sokongan barulah start isi form yang boleh download dalam laman web JPA iaitu Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan kat bahagian latihan jabatan perkhidmatan awam. Kalau boleh masa isi form tu elakkan dari kesalahan dan janganla guna liquid paper atau cecair likor, kalau salah potong dan initial sikit. Ikutla segala arahan kat form tu untuk disertakan bersama. Dalam borong tu last sekali dia kata sertakan lain-lain dokumen sokongan. Dokumen sokongan tu adalah pengesahan dari laman web JPA yang menyatakan kursus dan tempat belajar diikhtirafkan, surat tawaran belajar,senarai tugas jawatan, salinan kenyataan perkhidmatan, borang dan surat pengisytiharaan harta yang boleh print terus dari laman web HRMIS, surat ataupun kenyataan yang menyatakan tarikh start dan tamat belajar dan paling pentingnya dapatkan salinan yang disahkan LNPT bagi tiga tahun berturut-turut. Make sure purata bagi 3 tahun LNPT kenalah 85% ke atas. Memandangkan dua tahun sebelum tu saya di kementerian yang lain, maka masa nak dapatkan LNPT tu agak sukar sikit tapi takpa hati kena tabah. Apa pun kata orang hati kena sentiasa senyum, fokus kepada positif agar urusan lebih mudah. Semua dokumen tu hendaklah diserahkan kepada HQ di Putrajaya. HQ pula akan keluarkan surat permohonan untuk JPA. Bila surat HQ dan semua dokumen telah lengkap dan sampai ke pihak JPA, JPA otomatiknya akan keluarkan surat kelulusan sementara cuti belajar separuh gaji. Seminggu selepas tu atau mungkin beberapa hari selepas tu, JPA akan keluarkan surat perjanjian 3 salinan untuk diisi dan kena matikan stem hasil iatu RM30. Bila dokumen perjanjian dah lengkap bersama mati stem, dokumen pun hendaklah dihantar kepada JPA. Selepas tu JPA akan bersidang dan akan keluarkan surat kelulusan dengan rasminya. 
Itulah serba sikit yang boleh saya share untuk proses permohonan ini. Selepas selesai permohonan belajar ada lagi kesulitan masa pendaftaran sebab special kes. Sebabnya untuk urusan pengecualian jam kredit dan sebagainya dan memandangkan hampir 10 tahun tinggalkan zaman belajar ni. Semua kod kursus dan syarat-syarat pengecualian jam kredit pun berbeza. Banyak pula prosedur untuk saya uruskan sebabnya dahla kod kursus berbeza, kalau dulu kesatria tak ada jam kredit sekarang ada dan syukur segalanya tentang pendaftaran pun selesai sudah. 
Apa pun segala pengalaman ni saya jadikan papan anjakan untuk sama-sama bersaing dengan adik-adik classmate yang umur beza 10tahun lebih muda dari saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Tidak dinafikan saya agak ketinggalan memandangkan otak yang berkarat ni nak di polishkan semula. Saya berjanji bukan dengan sesiapa tetapi dengan diri sendiri akan saya berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh agar penat lelah masa permohonon dulu berbayar. Yang paling penting pengorbanan mr.soulmate yang sama-sama tempuhi masa proses ni dibalas dengan keputusan yang cemerlang nanti. Walaupun suatu masa dulu agak tertekan dan emosi pun tak stabil, rugilah kalau berusaha separuh jalan kalau tak teruskan sehingga kita benar-benar berjaya dapatkan apa yang diimpikan. 
Selamat maju jaya dan selamat mencari ilmu.....

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice info...tq

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya nak tanya sikit ni,saya berminat nak sambung belajar secara sepenuh masa untuk sesi pengambilan febuari 2013..nk amik sesi september 2012 dah xsempat sbb saya masuk kerja julai 2009 jadi nak LNPT 3 tahun genap kenelah tggu abis tahun 2012 barulah genap 3 tahun..jadi persoalannya jika saya mohon online utk sesi febuari 2013 tu dibuka pada oktober 2012 dan tarikh keluar keputusan permohonan ke U tu pada disember 2012..jd pada sempat ker tak utk wat permohonan ke cuti belajar separuh gaji melalui jabatan dan JPA..saya takut dalam tempoh sebelum lapor diri ke U pada febuari dah xsempat utk urusan isi borang2 dan kelulusan JPA bg cuti separuh gaji..brape lama agaknya kelulusan tu ye???

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya nak tanya sikit ni,saya berminat nak sambung belajar secara sepenuh masa untuk sesi pengambilan febuari 2013..nk amik sesi september 2012 dah xsempat sbb saya masuk kerja julai 2009 jadi nak LNPT 3 tahun genap kenelah tggu abis tahun 2012 barulah genap 3 tahun..jadi persoalannya jika saya mohon online utk sesi febuari 2013 tu dibuka pada oktober 2012 dan tarikh keluar keputusan permohonan ke U tu pada disember 2012..jd pada sempat ker tak utk wat permohonan ke cuti belajar separuh gaji melalui jabatan dan JPA..saya takut dalam tempoh sebelum lapor diri ke U pada febuari dah xsempat utk urusan isi borang2 dan kelulusan JPA bg cuti separuh gaji..brape lama agaknya kelulusan tu ye???

Hafirdaus berkata...

Pertama sekali cik yang bertanya ni dah hubungi pihak JPA belum?sebab soalan2 ni semua kacang ja pihak JPA bahagian latihan dalam perkhidmatan nak menjawabnya hehehe...bukan apa takut lak bagi ajaran sesat kang naya ja nanti, lagipun saya bukanla arif pasal ni. Saya cerita dalam blog ni pun sebagai pengalaman yang telah saya lalui.
Dari cerita cik ni memang elokla apply untuk feb 2013 dan bagi sayala tak da masalah kalau mohon online u pada okt 2012 TETAPI memandangkan tarikh keluar permohonan pada Disember 2012 agak susah sikit sebab masa tu kita semua tengah kalut buat LNPT kan. Nak lebih selamat apply la online utk kemasukan sept 2013. Tahu tak kenapa agaknya pihak JPA nak syaratkan kita kerja dulu melebihi 3tahun sebelum sambung belajar?

Tanpa Nama berkata...

Saya dah tanya bahagian PSM di jabatan saya,dia kata mmg susah skit nak masuk utk sesi febuari tu memandangkan orang duk kalut isi LNPT masa akhir tahun..yela sekarang kan org suka isi LNPT last2 minit..hehehe..tapi dia kata try la dulu sbb boleh diusahakan supaya LNPT saya tu dapat awal skit..bukannya xnak mohon sesi september 2013 tp rasa macam lambat sngt nak tggu..skrg ni pun dah xsabar2 dah nak sambung blajar..berkobar2 rasa tgk adik2 smbg blaja..jd utk hilangkan rasa xsabar tu insyaalah september 2012 ni saya smbg wat PJJ dlu..saje je isi masa lapang sebelum dapat fulltime nanti..apapun lau mohon sesi febuari tu xdalah campur ramai2 sangat dengan dak lepasan SPM dan Matrik..cuma lepasan diploma aje sesi febuari tu..pengambilan pun skit aje xramai..jadi rasanya best la skit lau xramai (xminat orientasi ni,mklumlah dah berumur)..hahaha

Hafirdaus berkata...

sebenarnya minggu orentasi ni kita boleh ja tak join sebab tak wajib pun. Tapi saya nasihatkan kerjala dulu sampai cukup syarat sebab kadang-kadang kita rasa tensen sangat nak buat kerja tapi jangan lupa bila dah jadi student pun besar juga tanggungjawab. Masa kita totally berubah, sekarang masa tido saya kurang dari 4jam setiap hari. Saya kena lebihkan masa untuk belajar sebab nak mengejar kawan-kawan sekelas yang lain. Apa pun janji enjoy...tak cukup tido ka tak cukup rehat pun xpa janji kita enjoy...

Tanpa Nama berkata...

thanks 4 de info... sgt2 membantu... saya pn tgh gigih gak nak buat permohonan cuti belajar separuh gaji ni...utk kemasukkan september ni.... just nk confirmation la... separuh gaji tu nnt kita dapat gaji basic ke termasuk elaun2...?

Hafirdaus berkata...

separuh gaji pokok saja dan lain-lain elaun boleh check dalam pekeliling. Saya pun lama dah tak check gaji bulan2 ni.

Nadiah berkata...

Tq kak..serba skit dpt bagi info. Memang banyak prosedur kan. Saya baru dpt offer sambung study hari ni. Intake plak sekali je setahun bulan september. Mmg x sempat rasanya by the time nak tau dapat kelulusan atau tak...usaha dan tawakkal sajalah :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sis...saya nak tanya,macam mana kalau saya nak mohon cuti tanpa gaji belajar sepenuh masa...Perlukah saya memohon dengan JPA juga jika dah ada kelulusan dari Ketua Jabatan??

Tanpa Nama berkata...

salam. Nak tnya, nak tnya. Memang perlu 3 thun ke untk smbung? Ke asalkan dsahkan jwtn? Sya x smpai sthun bkerja. Tp kalau boleh nk smbung awl2 smentara smngt dan zaman muda nh msih ada. Lg 1, perlu wat permhonan smbung blajar dlu atau tls surat memohn kebnran dlu?

Hafirdaus berkata...

sama-sama Nadiah, semoga kita sama-sama bertabah menuntut ilmu.

Hafirdaus berkata...

Ya kena bertugas sekurang-kurangnya 3tahun, disahkan jawatan dan yang penting purata lnpt 3tahun mestila melebihi 85% yang saya dah cakap seblum ni dlm entry ni. Selamat maju jaya....

Dzah berkata...

Salam. Nak tumpang tanya, sekarang sy PPT Gred N27, boleh ke saya sambung belajar ambil accounting dan mohon cuti separuh gaji ni?

Dzah berkata...

Salam.
Nak tumpang tanya sikit ni.
Sekarang sy PPT N27. Boleh ke sy mohon cuti belajar separuh gaji ni kalau sy nak ambil jurusan akaun?

Hafirdaus berkata...

Dzah, ppt bahagian kewangan ke admin?setahu saya kita kena mohon bidang yang berkaitan dengan kerja hakiki tapi atas budi bicara bos bahagian masing-masing untuk meluluskan bidang selain kerja hakiki. Rasanya kalau ppt bahagian kewangan memang elok benarla kalau ambil jurusan akaun. Nasihat saya baikla rujuk dengan pihak JPA tentang jurusan yang nak diambil ni sebab JPA ibarat parent kita dalam gov ni

MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH berkata...

salam...kak noor hafirdaus..saya ada nk tya sikit berkenaan CBSG ni..saya dah dapat tawaran belajar tetapi bukan dalam bidang tugas hakiki kerja saya sekarang.adakah ada cara untuk sy mendapat CBSG ni?

Hafirdaus berkata...

rasanya bergantung pada ketua jabatan samada nak luluskan permohonan tersebut atau tidak. Seeloknya sebelum memohon baik berbincang dulu dengan ketua jabatan supaya bila dapat tawaran tu kelak tak ada miscommunication.

Unknown berkata...

Assalamualaikum puan,,saya azim..sya nk tanya..sepanjang pengajian tu,puan mengambil biasiswa atau membuat pinjaman?n yg berkaitan dengan LNPT..sya masuk kerja Disember 2012..dan sya ada LNPT bagi tahun 2012 utk disember..adakah itu dikira sebagai LNPT tahun 2012

Hafirdaus berkata...

Waalaikumusalam. Sepanjang pengajian saya,saya dapat gaji tapi separuh ja. Selain tu saya ada gak buat pinjaman boleh ubah dari JPA. PBU tu boleh cek kat laman web jpa sendiri. Itu saya financial resources saya sendiri xdak mana2 biasiswa or loan yg lain. LNPT pula thn 2012 belum dikira lagi. LNPT azim utk tahun 2013 baru dikira setahun berkhidmat. Kalau ada pertanyaan lanjut azim boleh hubungi jpa sendiri sb circular selalu dipinda. Maaf kalau ada info yg salah ya

Unknown berkata...

Salam...
nak tanya..cmna kalau dlm kita study cbsg then d tawarkan untuk gred 27...adakah kita boleh menukar mod pengajian ke pjj?..ataupun tolak tawaran bagi berabih study...?..ataupun lapor diri untuk gred 27 n quit study?..atau ada jalan penyelesaian yang lain?..tq coz kongsikan pengalaman

Unknown berkata...

Salam
nak tanya bagaimana sekiranya dalam kita study cbsg n d tawarkan untuk gred 27?...adakah kita bileh menukar mod pengajian ke pjj?..atau tolak tawaran n bagi habis study?..atau ambik tawaran n quit study?...atau ada jalan penyelesaian yang lain?..tq coz share info n pengalaman

Unknown berkata...

Assalamualaikum.
Andai kata saya baru bekerja kerajaan beberapa bln dan mndapat tawaran utk smbung belajar. Apa yg patut sya buat? Adakah sya bleh mohon brcuti tnpa gaji ataupun terus brhnti kerja? Apakah kesannya andai sya amik kputusan utk brhenti kerja. Sbb sya brcadang utk krja kerajaan lepas hbis blaja. Adakah peluang mohon kerja krajaan kelak mkin tipis?

Hafirdaus berkata...

Waalaikumusalam

Hidup bekerja di negara Malaysia ini kerja lebih diutamakan sebab kadar pengangguran yang tinggi ditambah dengan taraf hidup semakin meningkat. Jadi janganlah saudara fikir untuk berhenti kerja sebab ramai kawan2 sekelas saya yang masih mencari kerja. Ini jawapan bagi soalan saudara.

1- Syarat untuk cuti belajar mesti cukup 3 tahun LNPT dengan markah 85% ke atas. Untuk memohon cuti belajar memang tak layakla sebab baru beberapa bulan bekerja TETAPI seandainya saudara ingin melanjutkan pelajaran secara PJJ bila2 masa pun boleh belajar.

2- Cuti belajar ni ada 3 peringkat di mana cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji. Cuti2 ini mengikut gred yang saudara sandang sekarang ni. Jika saudara dari kumpulan profesional saudara layak memohon cuti bergaji penuh. Kerajaan tiada halangan untuk pegawai yang ingin menamatkan perkhidmatannya dan kalau ditanya kesannya, cuma tiada pekerjaan dan tiadalah gaji.

3.- Nasihat saya mohonla kerja dulu dan belajar kemudian sebab kalau nak pilih antara kerja dan belajar, tawaran kerja sangat susah tapi tawaran belajar sentiasa ada.

Buatla pilihan yang bijak untuk masa depan. Tak semua orang mempunyai peluang yang sama macam kita. Kalau kita ada peluang, gunala peluang sebaik mungkin.
Buatlah solat istikharah dan berdoa diberi petunjuk. Maaf seandainya tersalah bagi info tapi jika untuk kepastian boleh rujuk dengan JPA

keramat jb berkata...

Kakitangan Kumpulan Sokongan nak sambung belajar..
Mereka ni boleh ker cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji atau tak boleh langsung??
Apa yang dikatakan kemudahan cuti belajar, adakah untuk golongan profesional sahaja, tidak ada pada kumpulan sokongan??
Mohon penjelasan yang sebaik-baiknya... Terima kasih

mira malika berkata...

kalau pursue study dlm bidang yg approve mqa tp tak approve jpa boleh tak? tp course dia approve gov agency like board of valuer.