Assalamualaikum.....
Kia Ora!!!!
Sebelum subuh kami dah bangun, kiranya masuk subuh je kami terus solat dan siap keluar dan Mr. Smith (suami kak korea aka owner motel) dah get ready kat kaunter tunggu kami.
Pagi ni sejuk gedi macam biasa, Mr.Smith ajar kami tengok bintang dan bagitau arah utara dan selatan dari motel dia la. Syok lak dia bercerita tentang galaksi2 sebab pagi ni langit clear dan banyak bintang2 bertaburan kat atas.
Saya beli domestic flight ni melalui website webjet.
Pastu kami pun bertolak ke airport. Semalam masa kami check in kami pun booked bilik di sini untuk semalam lagi pada 25hb iaitu malam terakhir kami di new zealand. So nanti lepas fly balik dari Christchurch, kami akan menginap di sini sekali lagi.
Sampai je kat airport, ramaila manusia sebab Australia dan kiwi cuti sekolah dan public holiday ANZAC day. ANZAC day ni sama macam australia sebab kalau berperang, Australia akan bergabung dengan New Zealand, so depa memang kawan baik la.
Kat bawah ni cuti di new zealand, memang kena tarikh saya di kiwi la kan.
Good Friday | varies | Friday 14 April | Friday 30 March | Friday 19 April | Friday 10 April | Friday 2 April |
---|---|---|---|---|---|---|
Easter Monday | varies | Monday 17 April | Monday 2 April | Monday 22 April | Monday 13 April | Monday 5 April |
ANZAC Day | 25 April | Tuesday 25 April |
Rupanya pesawat dah tunggu kami dah, kelam kabut juga cek berjalan sebab tengok jam ada dalam 30minit lagi sebelum berlepas kan. Rupanya memang depa benarkan penumpang masuk awal supaya tak sesak. Kat sini ada family melayu yang naik flight yg sama dengan kami. Kami senyum kat depa, tapi depa terus paling muka kat lain dan tak balas senyuman pun. Sombong ke atau taknak beramah mesra entahla.
Rupanya duduk seat sebelah kami juga. Si mak dalam family tu senyum kat kami dan macam nak borak je dengan kami yang muka sah-sah senegara dengan diorang tapi anak dia tak bagi dan suruh mak dia dok jauh dari kami. Pelik juga kan, kami nampak selekeh sangat ke? xpala biarla. Kita ni bukan apa, dengan omputih pun rasa nak sembang nikan pula orang melayu lagila nak sembang tapi kalau mcm tu punya perangai lantak ko lah sombong sangat, poyo apahal tah.
Kiranya dari gelap kat luar sampai cerah la baru nak take off.
Budak poyo sebelah kami ni buka laptop macam bz benor buat assignment tu hehehe.....
Sejam dalam flight akhirnya kami touch down di christchurch. Pagi ni kelihatan ramai orang melayu kat airport ni. Sempat juga kami berbalas-balas senyuman. Nak berhenti borak tak sempat sebab dah janji dengan mr. Cameron nak jumpa.
Kami pun terus call Mr. Cameron dari syarikat shoestring untuk ambik kami di airport seperti dijanjikan. Sementara tunggu dia, saya sempat buka e-mail dan saya terima email dari Mr.Cameron, dia siap bagitau dia pakai tshirt dan cap color apa.
Masa kami tunggu dia, dia pun dari jauh dah agak kami dan terus stop depan kami walaupun saya tak bagitau pun kami nak pakai baju kaler apa.
Masa kami tunggu dia, dia pun dari jauh dah agak kami dan terus stop depan kami walaupun saya tak bagitau pun kami nak pakai baju kaler apa.
Kami pun set gps ke restoran halal selera Malaysia yang siap ada dalam gps tu. Lapar gila ni tak makan apa2 dari tadi.
Beza sungguh kat pulau selatan ni sebab sepanjang jalan pokok2 color kuning, oren, merah, purple. kiranya nampakla musim autumn sekarang ni. Kat Auckland tak berapa nampak sangat color daun berubah, dok nampak hijau je.
Tapi kat seberang jalan ada kedai Halal Butcher. Kami pun lintas jalan masuk ke kedai tu nak tanya pasal kedai halal. Dia bagi arah kedai kat sebelah. Kami pun keluar pi cari kedai tu tapi rupanya kedai tu buka pukul 10.30pagi, sekarang baru pukul 8 pagi. Kami masuk lagi kedai butcher tu tanya kat mana area ni ada kedai makan halal. Pastu dia kata kalau lapar, dia ada jual meat pie dan dia boleh panaskan kami kami dua. Kami okla ambik meat pie dan lamb pie. Dia suruh kami masuk ke belakang makan. Kami ni xtau apa2 ikut jela dia kata apa. kat belakang ni wife dia nama Aishah tengah siang daging sambil pegang pisau panjang atau pun pedang nampak rupanya. Aisyah sediakan bangku kat kami. Ya Allah rasa menyusahkan sangat kat depa. Sambil dia siang daging seekor kambing biri2, dia sibuk nak jamu kopi dan teh kat kami. Pastu tanya lak nak makan dengan sos cili ke tak, dia pi ambik. Kami ni tersipu2 segan sangat, depa besar hati tolong kita. Yala besar pahala membantu musafir kan. Musafir antara golongan Asnaf.
Sambil2 makan kami borak2 juga dengan Aisyah. Aishah cita anak2 dia belajar ada keja ada semua kat kiwi. Depa ni berasal dari Kurdistan dan berhijrah di sini lama dah la.
Lepas makan kami bagi keropok ikan kat depa, punya seronok depa dapat keropok ikan dari kami dan Aishah siap buka peti ais ambik 2 air kotak bagi kat kami. Padahal air kotak tu depa dok meniaga, si suami tak kata apa si isteri terus bagi kat kami macam tu. Alahai baik sangat hati depa....kami rasa serba salah pula sebab susahkan depa. Semoga Allah membalas jasa depa sekeluarga. Alhamdulillah Allah temukan kami dengan insan yang berhati mulia.
Perjalanan dari christchurch agak biasa2 saja sampai ke Springfield. Kami singgah ke Springfield sebab nak cari toilet tapi i-site kat situ tak wujud dan cuma ada stesen keretapi usang je.
Kami teruskan perjalanan ke Arhur's pass dan perjalanan kami bagaikan kami berada di dalam poskad atau pun kami ni berada di syurga dunia yang indah. Kalau tengok gambar anda kata wow lawanya tapi percayalah view dengan mata tak sama macam view dalam camera. Camera kami gagal nak dapatkan view yang kami nampak dengan mata kepala sendiri. Mungkin kami pun bukan pandai sangat nak adjust main camera kan.
Perjalanan ke Arhur's pass ni samala dengan pepatah "it's not about destination but it's about the journey"
Berhentila kami kat Lake Pearson yang cantik kat tepi jalan ni. Memandangkan sekarang musim Autumn, bunga2 liar Lupin semuanya jadi kering takdakla macam dalam google yang kaler purple tu. Kena datang sekali lagi time spring nampak gaya ni.
Layan jela gambar2 di bawah sepanjang perjalanan nak sampai ke Arthur's Pass.
Castle Hill
Memang setiap 100 meter la kami berhenti singgah kat tepi2 jalan untuk ambik gambar. Yes yakun memang wujud dalam diri dan keterujaan dengan keindahan Allah. Bagusnya kalau travel tempat lawa ni mulut tak lekang dari berzikir menyebut subhanallah. Bezanya kalau travel tempat yang banyak scam pula, asyik mulut dok menyumpah dan maki hamun je. Kesimpulannya travel la kat tempat yang indah2 saja dan kerapla kita berzikir.
Akhirnya kami sampaila di YHA hostel. Mamat yang jaga kaunter ni bila kami kata dari Malaysia, dia kata sini jangan anggap mcm Malaysia big city bla bla...kami pun katanya kami bukan dari KL, kami ni dari kampung kecil di utara Malaysia. Pastu dia kata sama ja tetap bandar besar. Tahla kami ni memang tak suka bila omputih ingat kami ni dari KL.
Pastu dia buat lawak lak kata bilik kami takdak pintu, takdak heater, takdak katil. Saya pun buat lawak dengan dia, kami bawa khemah boleh pacak khemah kat luar ja.
Bilik kami kat tingkat atas dan ada balkoni dengan view gunung yg ohsem. Seronoknya bilik kami satu2nya bilik kat tingkat atas ni dan kat depan bilik ada tempat bancuh kopi teh, main game, sofa so macam tingkat atas ni untuk kami yang punya ja.
Selepas solat kami keluar ke kedai kat sebelah ni, beli kopi, coke dan coklat. Banyak burung kea color hijau tua kat sini. Banyak sign jangan bagi makan burung tu atau tinggalkan makanan kat atas meja tanpa ada orang sebab burung ni akan mai makan. Gov nz melarang manusia dok bagi makan kat binatang liar sebab nak binatang2 cari makan sendiri dan tidak bergantung pada manusia sepanjang masa.
First time jumapa versi stevia ni. Ada import mai Malaysia dak?
Memandangkan kami pun tak lunch lagi, kami pun masak awai merangkap dinner sekali. Macam biasa kami keluarkan periuk, pinggan, pisau, sudu untuk kami nak guna dan saya samak dengan menggunakan sabun taharah.
Sabun ni banyak berjasa sepanjang trip ni. |
Bab masak memasak, mr.soulmate yang uruskan. So lunch merangkap dinner ni kami makan nasi himpit buat nasi goreng tomyam dan ayam masak merah dengan tomato dan carot. Sedap kan hehehehe.....
Masa kami dok main masak2 kat dapur YHA ni ada seorang perempuan cina tanya "are you from Singapore, Malaysia, Indonesia, Brunei?" pastu kami jawab "Malaysia". Seronok dia bila tau kami dari Malaysia dan terus dia borak tak henti guna bahasa melayu dengan kami. Dah lama kot tak praktiskan cakap bahasa melayu. Selama kami travel keluar ni cina Malaysia yang jumpa kat luar akan excited nak cakap melayu berbanding cina di Malaysia yang lebih suka cakap english dengan kita kat Malaysia.
Dia ni bekerja di nz sebagai guide utk hiking dan sesambil keja kat yha dan dia menginap di yha juga. Mak dan ayah dia pun ada sekali kat yha. Pastu dia tanya lagi Malaysia kat mana, kami kata dari Kedah....sekali lagi riuh rendah seronok dia pun dari Kedah, tanya lagi kan area mana kat Kedah, dia kata kat sungai petani...ha samala kita....betapa kecilnya dunia jumpa orang kampung di nz ni. Apa lagi riuh rendah kami sembang cakap melayu kat dapur tu. Bapak dan mak dia pun sakan borak riuh rendah.
Sedangkan ada lagi 3 orang iaitu dari Poland, Jepun dan Amsterdam pun dok masak sekali kat dapur tu.
Seronoknya tinggal di YHA hostel ni kita buat kawan kat sini. Sempat kami berkenalan dengan depa. Yang lelaki Poland tu dia terus mai kat saya bagitau dia dulu keja kat Indonesia 3 tahun dan dia faham bahasa yang kami cakap. Perempuan Jepun tu pula tak pandai sangat cakap english, kalau borak dengan dia, dia minta kita cakap satu2 slow2, dia dari kyoto. Yang perempuan Amterdam tu pula dah setahun solo travel dunia non-stop, katanya "lucky me"...kami pun balas "wow...lucky you". Saya pun teringin nak travel selama setahun tapi saya tak tau macam mana nak uruskan kewangan selama tu. Mungkin kalau freelance bolehla kot tapi kalau kerja sepenuh masa ni dengan kengkangan cuti dan duit lagi. Tapi kalau kita nak apa pun boleh, semuanya atas diri sendiri nak atau tidak je.
Bila kita di negara omputih ni, kita kenala ikut budaya depa. Depa ni kalau lepas masak kena lap semua sampai kering dan simpan peralatan macam sebelumnya. Jangan basuh2 dan tinggalkan biar kering, tak boleh buat macam tu. Kena lap dengan kitchen towel semua peralatan yang kita guna tu. Tempat masak dan tempat makan pun kena bersih dan lap kering. Biarla kita travel ni ikut resam masuk kandang kambing mengembek masuk kandang rimau mengaum. Ikut yang baik-baik saja, yang tak elok jangan pula ikut.
Kemudahan untuk mendobi pun ada di sini.
Dengan harga nzd86 semalam, kami dapat bilik yang ada balkoni dan view macam ni. Macam nak dok hari-hari je.
Lelaki Poland tu baca novel, perempuan Amterdam tu bergayut fon, kami pula main kayu...dan scramble.
Pastu pukul 3 pagi, saya terkejut jaga dan nampak benda putih bergerak laju kat luar tingkap. Terkejut ingatkan mambang putih apa dok kat tingkap. Rupa2nya awan bergerak dan ditolak kuat angin kat tepi tingkap. Bila sentuh tingkap, mak ai macam ais ketoi, nasib baik ada heater dalam bilik ni.
Pastu bila jengguk kat luar tingkap memang pekan ni berkabus dan awam bertompok2 merata2 kat atas jalan. Ini sebab kami berada di tanah tinggi dan di kawasan pergunungan. Tak sanggup rasanya kalau nak keluar berjalan kat luar time ni, mau beku keras kejung.
Jetstar include 15kg = nzd156.80/2 pax
Shoestring Car rent = nzd294
YHA Hostel = nzd86
Halal Butcher = nzd20
TOTAL = nzd556.80
.......to be continued
kiwi road trip
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan