Selasa, 17 Mei 2016

Day 2 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip

Assalamualaikum.....
Kia Ora!!!!

Bersambung dari entry yang lepas day 0 day 1

Awal pagi selepas sarapan dengan megi, kami cepat2 check out sebab risau parking letak kat tempat yang salah. 

Hujan renyai2 membasahi bumi kiwi. Tapi itu tak bermakna kami tak dapat menikmati keindahan alam semulajadi di bumi kiwi.

Sebelum datang ke kiwi saya kerap juga berhubung dengan tuan kereta sewa di pulau selatan iaitu mr.cameron. Saya tanya dia ada player apa dalam kereta samada cd atau pen drive. dia kata kereta dia cuma ada cd saja. So saya pun download lagu2 dalam kereta saya dalam bentuk cd dan kebanyakan lagu2 zumba dan dangdut. Saya suka dengar dangdut sejak2 aktif berzumba ni. Mr.soulmate pun pening dengar lagu dangdut tapi kalau saya menari dangdut hilangla pening kan hehehe. Sabar jela mr.soulmate dengan perangai saya. Kalau nak buat road trip kita kena ada lagu2 yang boleh karaoke dalam kereta barulah tak boring kalau nak melalak ka nak melolong ka nak berjoget ka.

Selepas kami set gps ke Matamata iaitu perkampungan hobit, kami pun memulakan perjalanan disertai hujan renyai2. Di Auckland memang banyak kenderaan jadi suasana nak ala2 new zealand tak terasa lagi. Suasana di pulau utara ni macam suasana di Australia.

Saya memang suka berpakaian yang bercirikan kemelayuan di luar negara. Ingat nak pakai kain bercorak batik ni represent Malaysia la kat negara luar tapi rupa-rupanya orang-orang Mauri dan Samoa pun pakai kain bercorak batik juga kat sana. Orang melayu dan kaum asli New Zealand kan dari rumpun yang sama saja.
Hampir 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Matamata. Kami beli tiket tour di i-site Matamata dan sempat jalan2 kat pekan kecil ni snap sekeping dua gambar. Memang kat pekan ni dah nampak unsur2 hobit dah.

Kalau nak ke perkampungan hobit, kena mai Matamata dan kat i-site dia ada kaunter jual tiket tour hobit. Tiket dia nzd79 sorang. Naik bas kat situ juga. 

Di sini selain beli sovenir dan beli tiket tour, jangan lupa tinggalkan jejak kat buku visitor.

Bas akan bertolak dalam 10 minit lagi. Kami pun cepat2 merayau2 jap kat pekan ni bergambar dengan tongkat Gandalf. Tah sapa tah letak batang kayu kat situ.

Masa dah time....mohla kita naik bas.


Dapat map hobbiton sekali.
 Bila naik bas rupanya ada pasangan suami isteri melayu di sebelah kami. Riuh rendah pula seronok borak dengan orang melayu. Diorang ni dah ada kat kiwi sebulan yg lepas sebab anak diorang study di sini. Diorang dah ronda pusing pulau selatan dan utara tapi harini anaknya tak dapat join sekali sebab ada kelas, depa jalan2 depa jela hari ini.

Kemudian bas pun bergerak dan driver bas kami bernama Big John banyak berceloteh sepanjang perjalanan. 

Cerita Big John....
 Pengarah Lord of The Rings iaitu Peter Jackson membaca karya J.R.R Tolkien dan membayangkan bahawa New Zealand adalah tempat paling tepat untuk pengambaran filem tersebut. Akhirnya, Jackson memilih ladang kepunyaan keluarga Alaxendar untuk dijadikan set  Hobbiton.

Pada tahun 1999, Sir Peter Jackson mencari lokasi untuk penggambaran filem The Lord Of the Rings. Dengan bantuan seluruh pasukan pengeluaran, tanah pertanian ini dirombak sedemikian rupa menjadi sebuah set filem megah sesuai dengan keinginan pembuat filem .

Walaupun sempat musnah separuh, berlaku 
ribut selama 3 bulan tertunda demolish. Sepanjang tempoh tersebut, orang kampung buat bantahan dan minta kerajaan repair balik semua yg dah rosak. Akhirnya ia berjaya dibina semula dengan struktur kekal pada tahun 2011 untuk penggambaran filem The Hobbit. Peter pun buat perjanjian lain dgn tuan tanah untuk jadikan tempat ni sebagai kawasan perlancongan. Maksudnya 50/50 keuntungan. Dan depa mula berpakat untuk buat tempat ni lagi lawala.
Malangnya, anda hanya boleh melawat tempat ini jika bersama tour guide saja . 
Kemudian berhenti di The Shires Rest Cafe dan tour guide kami bernama Hannah pula akan bawa kami menerangkan kawasan hobbit. Setiap group kena ikut tour guide sendiri dan tak boleh berkeliaran bebas.

Sepanjang perjalanan mata kami disajikan dengan pemandangan bukit bukau dan padang rumput yang dipenuhi kambing biri-biri. Sebenarnya saya mengalami dejavu di sini. Saya mimpikan tempat yang sama, suasana yang sama...hujan renyai2...cuaca sejuk gedi...dalam bas macam ni. Cuma lokasi je berbeza sebab dalam mimpi saya tempat ni kat Switzerland tapi rupanya tempat ni kat new zealand. Pelik kan macam mana kita bermimpi dulu dan baru kejadian yang sebenar terjadi dan moment2 dalam mimpi betul2 jadi kenyataan.

Sepanjang perjalanan merentasi ladang biri-biri seluas 1,250 ekar itu, selain mendengar penerangan dari pemandu bas, kami dihidangkan dengan panorama indah yang seluas mata memandang. Turut kelihatan ialah sekumpulan biri-biri yang asyik meragut rumput.

Lebih kurang 10 minit perjalanan, akhirnya kami tiba di lokasi Hobbiton yang seluas 10 ekar.  Semasa merentasi pagar kayu sebagai laluan masuk utama, kami telah diingatkan supaya berhati-hati kerana rumah Hobbit dan binaan set Hobbiton dibuat menggunakan bahan campuran  seperti kayu dan polisterin. Sentuhan kasar mungkin akan menyebabkan kerosakan pada binaan set.

Sampai je di lokasi, Hannah terus bercerita tanpa henti mengenai kisah2 dalam movie dan dalam buku. Teruja juga sebenarnya sampai di kampung hobbit sebab dah lama impi untuk datang ke sini. Walaupun harga tiketnya macam tak setimpal dengan tour ni takpala janji dah sampai sekali kat kampung hobbit.
Ada pelancong cina yang taknak ikut tour yg ditetapkan dan sibuk berjalan sana sini kacau group org lain dan jenuh tour guide marah2 suruh depa balik kepada kumpulan masing2. Kami pun annoying juga sebenarnya sebab tetiba ramai pula org datang dan susahla nak bergambar kan.

Kerja-kerja pembinaan dimulakan dengan penglibatan tentera New Zealand untuk membina laluan sejauh 1.5km bagi memudahkan jentera berat seperti bulldozer, lori, jentera pengorek, dan jentera berat yang lain memasuki  kawasan pembinaan.  Sebanyak 37 buah lubang (rumah) Hobbit dibina disitu termasuk sebuah rumah kincir dan sebuah bar yang dikenali dengan jolokan Green Dragon.  Apa yang menarik, sebatang pokok oak yang dapat dilihat di atas Bag End iaitu panggilan yang merujuk kepada rumah Bilbo Baggins watak utama hobbit yang berpintu hijau.  Pokok tersebut telah dibawa masuk dari kawasan luar ladang dan ditanam semula disitu untuk kesesuaian jalan cerita.  Berat pokok tersebut adalah 26 tan. 
Inila laluan Bilbo berlari sambil berkata "I'm going on an advanture"

Perkampungan tersebut juga mempunyai  kebun sayur-sayuran. Menariknya, kebun tersebut masih dijaga rapi dan dapat pula dilihat sayuran seperti pokok dan buah labu berbagai jenis.  Buah-buah labu tersebut ada yang masih lekat di batang pokok dan ada pula yang dijadikan hiasan di kerusi rehat Hobbit.  Buah labu yang dijadikan hiasan akan sentiasa diganti dengan yang baru sekiranya buah labu yang lama sudah mula membusuk.  Ia bagi mengekalkan suasana Hobbiton yang asli. 

Buah blueberry yang masak ranum atas pokok.

Kebanyakan pintu rumah di Hobbiton bersaiz lebih kurang 3 kaki, namun terdapat sebuah rumah yang membolehkan pengunjung menjengah ke dalam untuk melihat keadaan di dalamnya.  Setiap rumah merupakan set ‘dummy’ yang hanya indah jika dilihat dari bahagian luar, tetapi bahagian dalamnya kosong dan ruangnya kecil sahaja. Apa yang penonton lihat di dalam filem untuk babak ‘dalam rumah’ semuanya dibuat di studio.  Kecuali babak dalam Green Dragon Bar.

Budak ni pula suka tinggalkan mak dia dan ikut kat belakang saya je berjalan dalam kampung ni. Madu yang dia pegang tu memang madu asli bukan replika.

Banyak pokok labu ditanam di sini sebab nak mewujudkan persekitaran seperti dalam novel dan movie.

Baju-baju hobit pun ada kat penyidai.

Tidak jauh dari situ terdapat pula sebatang pokok oak yang diberi jolokan party tree. Ia terletak di suatu kawasan lapang yang berhampiran dengan beberapa khemah yang menjadi lokasi warga hobbit berparti dan bersuka ria.  Menyeberangi tasik kecil, terdapat pula sebuah rumah kincir air yang mana kincirnya masih berfungsi seperti yang dapat dilihat dalam filem.  Menyelusuri jambatan bersebelahan rumah kincir, mata terpana dengan pemandangan seluruh kawasan yang ada disitu.  Sangat cantik dan mengagumkan.  Pengunjung akan dihidangkan dengan sejenis wine sebaik sahaja tiba di Green Dragon Bar.  Jadi, bagi pengunjung muslim, disediakan ginger beer non-alcohol. 

Selain itu, Green Dragon Bar juga ada menyediakan beberapa menu tambahan lain yang boleh dinikmati oleh pengunjung sepertimana sebuah restoran biasa. Menariknya disini ialah rekabentuk dalaman Green Dragon yang benar-benar unik seakan kita sebahagian dari warga Hobbit.  Disamping itupengunjung juga disajikan dengan alunan muzik klasik sebagai halwa telinga yang membuat kita terasa seperti berada di zaman yang berbeza beribu-ribu tahun dahulu.


Kemudian habis lawatan, kami naik bas balik dan turun di The Shires Rest Cafe untuk beli sovenir atau lunch.

Ada beberapa pelancong dari Philippine minta kami ambil gambar depa dan depa pula offer diri nak ambik gambar kami berdua.

Selepas bersalam-salam dengan keluarga melayu yang jumpa dalam bas tadi, kami pun berpisah bawa haluan masing-masing.

Habis tour hujan turun lagi dan perjalanan dari Matamata ke Auckland hujan ja sepanjang jalan. Nasib kami baik sebab sepanjang tour dalam kampung Hobit tak hujan pula. Alhamdulillah.


Habis je tour guide walaupun kami plan nak ke Huka Fall dan Waitomo tapi masa tak mengizinkan sebab hujan masih renyai2 dan jarak ke sana pun jauh juga.
Nasib baik juga kami terus menghala balik ke auckland sebab kat highway jammed bumper to bumper la. Tak tau sebab apa jammed teruk sangat dan memangla makan masa dan plan nak ronda2 kat auckland city pun berkubur sajalah. Nama-nama tempat di New Zealand kebanyakannya guna perkataan seperti melayu seperti Papakura, Kereta dan lain-lain.


 Kami terus perjalanan ke penginapan airport skyway lodge yang saya beli melalui hostelbookers. Kami letak semua bag berberon2 tu dulu dan  solat makan semua pastu tanya macam mana nak baik bas dari airport ke sini dan dapatkan maklumat secukupnya, kami pun keluar balik. Kami terus ke syarikat kereta sewa dan hantar kereta on time cukup 24 jam.


 Hostel ni gaya lebih macam hostel dan pemilik dia orang korea dan kiwi. Masa nak check in takdak sapa kat kaunter, kami telefon dulu owner dan perempuan korea mai. kami bayar utk suttle van esok ke airport sekali dan penginapan untuk malam terakhir di auckland juga.


Dari airport kami balik naik bas balik ke hostel bas no380 kaler oren nzd2.50 sorang.


Inila rupanya dalam bas oren. Masa naik bas ni pesan kat driver kita nak turun mana sebab separuh jalan driver akan bertukar driver, dan driver pertama akan pesan kat driver kedua kita ni nak turun kat mana.

Stop bas jauh, maka kena menapak dalam kesejukan malam sejauh 500m. Ini sebab kami sendiri tak pasti nak turun kat mana sebenarnya. Kami pesan kat driver tempat yang jauh masa turun tu. Kalau tidak ada lagi perhentian yang lebih dekat. Tak pala kan sekurang-kurangnya boleh menikmati keindahan malam yang sejuk di sini.

Inila bekalan makanan kami di sini dan kami tinggalkan sikit untuk hari terakhir di sini nanti.

Masa untuk masak dinner pula. Tukang masak mr.soulmate. Tukang kemas, lap dapur, cuci pinggan mangkuk periuk belanga saya la.

Inilah dinner kami malam ni, makan megi dan nasi impit bersama ayam masak merah.

Esok nak kena bangun sesudah subuh ke airport sebab ambik penerbangan paling awal.

#azamfirdausroadtripnz


Expenses
Hobbiton = nzd158/2 org (nzd79 sorang)
Airport Skyway Lodge = nzd98
Van transfer esok pagi ke airport = nzd11
isi minyak kereta sebelum hantar = nzd47
poskad dan stem di hobbiton = nzd7
bas oren 380 = nzd5/2org
kopi dan lain2 = nzd22.30

TOTAL = nzd348.30 


.......to be continued

 kiwi road trip
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

2 ulasan:

Azra berkata...

Hobitton Tour tu brape lame yer?

Hafirdaus berkata...

Paling lama 3 jam.