Selasa, 11 Ogos 2015

Tateyame Kurobe Alpine Part 2 : #16- Chasing The Sun Day 6

*Minta maaf la rupanya entry dalam blog ni pause sampai setahun lamanya. Kepada yang mengikuti kisah ni janganla marah ye, tuan tanah super busy dengan kehidupan seharian. Kalau ikutkan hati nak cepat2 habiskan entry Jepun ni sebab entry Busan dan Krabi nak menyusul pula. Habis tu entry masak2 macam mana takkan xnak menyusul pula. Ha... nanti entry kelas memasak pun akan muncul juga tapi bila tu, sabarla hehehehe......



Konnichiwa.....
Bersambung kita dari entry lepas di sini. Time tu masih dalam bas kan hehehe.....
Dari dalam bas beginila viewnya. Memang sengaja kami pilih seat yang belakang sekali sebab senang nak possing ke, tak ganggu 
orang depan belakang. Apa yang saya nampak, memandangkan hari ni hari pertama pembukaan Gunung Tateyama ni, kerja-kerja pembersihan salji dari atas jalan raya masih giat dijalankan.

Kalau nak ikutkan hati dan perasaan jakun saya ni, nak je saya turun dari bas nak lompat2 golek2 dalam hutan yang dipenuhi salji ni. Maklumla 1st time jumpa salji depan mata kan, mau tak jakun.

Walaupun jalan raya nampak licin dan berbahaya tapi mereka sangat mementingkan ciri-ciri keselamatan penumpang. 

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai kawasan ni boleh klik di sini.

Lebih kurang sejam perjalanan kami dalam bas, maka sampaila kami ni rombongan cik kiah di perhentian bas ni. Dalam bas ni panas ja tapi bila keluar dari bas terus diserbu angin sejuk, nasib baik la makcik pakai baju daki gunung everest, takla rasa sejuk mana pun. Rasanya kat sini tak sejuk pun walaupun nampak salji kat sekeliling nun mata memandang. Cumanya bila tetiba angin menerpa tu memang menggigil la. Tah kenapa angin kat Jepun ni sejuk gila, macam angin dalam peti ais bila buka tutup pintu kan terasa angin dia hehehe....
Sebelum saya dan mr.soulmate nak memulakan langkah terkinja2nya nak pegang snow, saya berhajat nak membuang apa2 yang patut dalam toilet dulula dok tahan lama sangat dari kat stesen Toyama lagi. Toilet kat sini memang takdak bidet ya, main sapu je dengan tisu. Ni 1st time tempat kat Jepun yang toiletnya tak disediakan air basuhan. Saya pun tadahla air kat sinki, mak aiii sejuk gila air memang air ni rasanya ais yang cair kot. Nak tak nak memang kena juga tahankan diri guna air ais ni buat basuhan, takkan nak guna tisu je kot, paham2 jela betapa seksanya dunia tika ini heheheehe

Saya perasan kan kat Jepun ni kami berdua selalu jadi perhatian orang ramai. Pelancong lain macam dari China dan Thailand, muka sepesen dengan Jepun ja tapi muka melayu ni memang lain habis dari gen mata sepek . Tambah pula kami ni berkulit gelap pula dari diorang kan memang retis sangat hehehehe....

 Sejujurnya masa ni matahari sangat dok atas kepala, jadi cuaca takla sejuk gedi sangat cuma bila angin mai tu yang sejuk sikit. Kalau takdak angin tiup, memang terasa gak bahang matahari. 


Ok ramai gila manusia kat sini nak bergerak pun sesak, maklumla hari pertama pembukaan kan. Bukan penuh dengan pelancong saja malah padat dengan cameraman, wartawan, kru2 tv dan radio, semua memasing dengan peralatan hebahan berberon2 (berberon2=bawa byk sgt barang). Kami dah la glamer tadi kat dalam keretapi, sekali lagi glamer kat sini lak. Bukan tu saja, helikopter pun asyik berlegar2 ambik pemandangan kat bawah kami dok berjalan ni. Sebab tula masa saya balik hotel semua channel dlm tv dok cerita pasal pembukaan laluan snow wall ni, dok tunggu gak kot2 terselit2 muka kami dua masuk tv Jepun tapi tak nampak bayang pun la.

Kalau nak cerita perasaan time ni memang jakun kuasa 15 la dari sebelum2 ni. Memang cuaca pun takla sejuk sangat sebab matahari memancarkan sinar di seluruh alam, tetiba rasa burn sangat muka sebab snow ni kan putih dan rasa cahaya matahari memantul balik dari tanah. Nak buka mata pun tak daya sebab silau sangat. Sebab tula org yg dok ski pakai rayban sampai tutup muka terus.


Selain bahasa Jepun, saya perhatikan memang rata2 orang berbahasa siam kat sini. Memang ramai gila orang siam kat sini. Rasa macam nak tegur pun ada hehehe.....

Paham-paham jela kalau kat tempat sejuk ni, perut pun asyik berdondang sayang ja. Nak makan kat sini memang tak mampula, semua mahal-mahal belaka dan soal halal pun tak berapa nak yakin juga. Selalunya kalau kat tempat salji ni dalam masakan ada sake sebab walaupun vegan pun diorang tetap minum arak untuk panaskan badan.

Pilihan kami sang musafir cuma cokelat snickers dan hershey's jela buat lapik perut. Cokelat pun import dari Langkawi kirim kat orang sebab kalau beli kat sini kan mahal. Semua nak murah dan jimat je.


Selain kami yang pejalan kaki kat sini, memang ramai gak orang yang main ski nun kat atas bukit sana pastu muka bila buka topeng macam udang bakar, merah menyala sunburn. Terlupa lak saya nak pakai sun block tebal2 sebab tak terfikir pun kat tempat salji ni nak sunburn. Kawasan salji lagi cepat sunburn, bukan dari atas ja tapi pantulan kat tanah sama. Patutla muka orang tibet semua sunburn.

Saya kagum dengan mr. soulmate ni, jumpa orang siam pun dia tegur bersembang, jumpa orang jepun pun dia tegur bersembang dan apatah kalau jumpa mat saleh lagi rabung bersembang. Saya ni....krik krik krik.....peramah vs pendiam aka pemalu

Cerita lagi sekali Tateyama Kurobe Alpine Route ni tersangatla unik dengan perjalanan dan laluan yang sangat menajubkan di sepanjang Northern Japan Alps. Pelbagai pengangkutan digunakan termasuklah cablecars, trolley bus dan ropeway. Pengangkutan ni siap sepenuhnya pada tahun 1971 di mana route nya berhubung dari Toyama di Toyama Prefecture dan Omachi di Nagano Prefecture. Kiranya melangkaui 2 buah negeri la kot prefecture ni. Di bahagian antara station Tateyama dan Ogizawa ni tertutup cuma untuk private vehicles saja, maksudnya kenderaan pihak pengurusan saja dibenarkan melalui jalan2 ni. Laluan ini juga akan tutup sepanjang bulan Disember sehingga pertengahan April disebabkan musim sejuk dan berbahaya di sini. Pada 16hb April setiap tahun baru ia buka semula kepada semua pelancong dari dalam dan luar negara. 

Sumimasen.....mohla kita layan dulu gambar-gambar, biar gambar pula berbicara.



























Naik cable car sudah, naik ropeway sudah, jalan kaki di empangan beku pun sudah. Sekarang nak naik trolley bas ke Ogizawa pula. Oh ya...tadi kat snow wall tadi di Gunung Tateyama kan, sekarang ni saya kat Gunung Akazawa-dake pula. 

Pengalaman di sepanjang route ni tak dapat saya ucapkan dengan kata-kata melainkan awak yang baca blog ni kena datang sendiri ke sini. 



Selama 16 minit kami menaiki bas trolley, maka tibala kami ke perhentian bas di Ogizawa. Bas trolley ni sebenarnya bas yang digerakkan dengan kuasa elektrik di dalam terowong dan tak tau kenapa dinamakan trolley.

Kat sini, Ogizawa ada kaunter jual tiket bas. Kami pun beli la tiket bas dari Ogizawa ke Shinano Omachi. Beratur nak dekat sejam kan tetiba bas datang tetiba group pelancong dari China mai berebut dengan kami yang beratur ni. Punya perangai tak elok, semua orang marah tapi depa boleh buat muka bodo tak bersalah ja. Geram betul jumpa geng-geng tak bertamadun ni.

Naik bas tu dalam sejam lebih gak sampai tersengguk2 lena tapi mr.soulmate jumpa kawan dari Australia, sepanjang jalan dalam bas dok borak ja. Mau ja tak borak sakan sebab kat setiap perhentian dan pengangkutan dok jumpa muka yang sama. Sebelum ni dok senyum2 saja tapi lani la baru nak buka mulut sembang sakan.

Bas yang kami naik ni berhenti kat stesen train di Shinano Omachi. Dari sini kami beli tiket ke Matsumoto. Rupanya jarak ke Matsumoto ni jauh jugak dalam sejam juga perjalanan. Cer bayangkan kami ni keluar dari awal pagi matahari tak naik sampaila ke senja matahari nak turun balik. Letih tuhan aja yang mengetahui tapi pengalaman yang dapat ni sangat-sangat berbaloi. 

Adik sekolah rendah ni comey sangat tapi malu bila orang nak ambik gambar dia. Kat Jepun ni sama ja macam kat Korea, depa pakai skirt yang sama dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Sebabnya masa sekolah rendah skirt tu labuh bawah lutut tapi bila mai sekolah menengah skirt singkat ke peha, ada yang setakat tutup spenda pun ada.

Inilah bandar Matsumoto. Sangat sederhana dan yang penting masih aman berbanding bandar2 besar dan sibuk seperti di Tokyo dan Osaka.

Masa ni sangat kalut sebab tak solat jamak lagi, dok cari tempat sesuai nak solat. Kat atas tadi terlalu ramai manusia, nak solat pun takdak tempat sesuai.  Bas nak balik ke Nagoya pun tak beli tiket lagi. 

Akhirnya kami pun ambik bas dari Matsumoto ke Nagoya pada pukul 7.15pm dan tiba di Nagoya pukul 9.15pm. Bas gerak ja maka kami pun koma sebab penat gila. Dari Nagoya station nak balik ke hotel pun rasa lutut lemah takleh nak gerak.

Esok hari shopping sedunia yey.....

...........to be continued

3 ulasan:

Azra berkata...

syoknye matahari memancar2 kat snow wall tu

Hafirdaus berkata...

Ya....best sangat rasa macam nak minta pinjam pintu suka hati doraemon pi sana sekarang juga

Rasmuna Mun berkata...

bestnya weyyy....