Kohm bahn wah.....good evening everyone...
Sebelum kami keluar tadi sempat dinner dulu kat 7e. Antara banyak2 tempat yang saya travel sebelum ni la kan, kat Jepun ni kami makan macam mewah sikitla dan saya perasan balik dari Jepun berat makin naik. Awat taknya kat Malaysia tak makan nasi sangat tetiba kat Jepun makan nasi 2 kali sehari, banyak lak tu. Bukanla diet tak mau makan nasi tapi cuma kurangkan kuantiti nasi dalam hidangan ja. Eh melalut ke diet lak kita.
Dari hotel kami menaiki subway sakura dori ke Nagoya station. Nagoya station ni cuma 2 perhentian je dari hotel agak2 dalam 2km jugakla. Harga subway seorang 200y.
Nagoya station ni macam pusat pertukaran beberapa pengangkutan la, dari subway ke bas ke shikanzen semua naik kat sini. Lagi satu nagoya ni adalah central japan dan kedudukannya pun tengah2 di antara bandar besar Jepun iaitu Osaka dan Tokyo.
Kalau berada kat mana2 pusat pertukaran pengangkutan ni, jangan hairanla manusia memang ramai dan sangat bz dan kalut2 macam kat LRT time org nak pi n balik keja tu la lebih kurang. Tapi kat sini bukan ada time2 tertentu ja bz tapi sepanjang masa bz. Pening gak tengok orang kalut nak p mana tah.
Kadang2 orang jepun sendiri yang kerja kat bandar besar macam kat Osaka dan Tokyo tak mampu nak tinggal kat sana sebab kos sewa rumah tersangatla tinggi berbanding di Nagoya, jadi diorang sanggup berulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 300km ni, tapi ok la kan sebab diorang ada shikanzen cuma ambik masa dalam 2 jam jela. Kalau tak sempat nak balik rumah boleh tidur kat hotel capsule ala2 keranda tu. Sebenarnya harga shikanzen dan flight lebih kurang je tapi orang jepun lebih suka naik shikanzen sebab tak renyah sangatla kena cek segala bagai nak naik flight sedangkan masa dan harga sama ja.
Sepanjang kat Nagoya station ni walaupun kami ni tak kalut macam depa tapi sepanjang jalan, orang2 jepun ni akan bukak laluan bagi kami lalu dulu. Adakah sebab foreigner ke or sebab takut kat kami yang fizikal nampak sungguh org muslim hehehehe. Mana nak tau kan donia kan kata orang Islam ni pengganas. Tapi saya tak rasa macam tu, saya rasa diorang hormati org luar tambah2 muka macam nak sesat je kan hehehe tapi tak sesat pun.
Ada sekali tu nampak orang buta tetiba terkeluar dari laluan org buta, takyah nak tunggu 1 minit dah ada orang mai tolong bawak dia ke laluan yang betul balik. Tu dalam dok jalan kalut2 kan ada masa lagi berhenti sekejap bantu orang buta. Cuba kata kat Malaysia tengok hehehehe.....xmau kata apa, buatla penilaian sendiri. Diri sendiri pun tak sempurna gak.
Sebenarnya tujuan kami datang sini cuma nak merayap tengok manusia ja. Dalam masa yang sama nak tengok gak berapa harga gajet2 kat sini.
Kalau kat luar bangunan ni banyak penyanyi jalanan menyanyi dan menghiburkan orang yang lalu lalang. Kiranya selang 3 meter ada penyanyi la.
Saya cari kaunter bas express sebab nak tengok harga dan time ke Kyoto dan Toyama. Senang je nak cari sebab kebanyakan signage kat sini dalam tulisan jepun dan english. Lepas ambil pamphlet bas, kami ke kedai yang macam daiso semua barang 100y seberang jalan lak. Time ni ramaila muda mudi keluar dengan kawan2 or colleague keluar makan sambil mabuk2 di jalanan. Malam masih muda kan.
Pastu terjumpa mall nama Labi ni teringat cerita P Ramlee labu labi lak. Disebabkan nama yang unik kami pun masuk la explore apa yang ada. Rupanya Labi ni mall gajet...yeay mission accomplish.
Labi ni adalah mall bawah tanah hokey, dah tu bertingkat2 lak tu. Saya rasa macam sesak nafas je sebab bertingkat2 bawah tanah, macam mana kalau jadi earthquake? alamak macam2 lak fikir. Saya sempat rembat power bank dengan harga bawah RM50 satu. Tak ingat berapa power dia tapi kalau caj smartphone penuh 2 kali baru nak habis bateri la. Murah sangat bagi saya pastu balik sini menyesal tak borang banyak sikit hehehe.
Sebenarnya pintu kami masuk tak sama dengan pintu keluar sebab mall bawah tanah ni tersangatla luas. Keluar2 nak jumpa dunia atas tanah tetiba kat tempat lain, ambik masa gak nak identify kat mana sebenarnya kan. Saya tak suka sangat dok merayap bawah tanah macam tikus mondok je, bila jumpa donia atas tanah baru rasa lega sikit. Biaq pi la angin malam sejuk gedi pun asaikan nampak pokok2 kat luar ni.
Sebenarnya pintu kami masuk tak sama dengan pintu keluar sebab mall bawah tanah ni tersangatla luas. Keluar2 nak jumpa dunia atas tanah tetiba kat tempat lain, ambik masa gak nak identify kat mana sebenarnya kan. Saya tak suka sangat dok merayap bawah tanah macam tikus mondok je, bila jumpa donia atas tanah baru rasa lega sikit. Biaq pi la angin malam sejuk gedi pun asaikan nampak pokok2 kat luar ni.
Dah puas makan angin sekitar sini pastu angin malam pun sejuk gedi maka kami pun balik hotel la lagipun esok ada masa lagi nak explore bandar Nagoya.
Oh ya kat subway Nagoya ni, kalau anda tak keluar jumpa matahari boleh tau siang ka malam melalui bunyi dalam subway ni iaitu kalau malam bunyi macam alarm tet...tet...tet...., kalau siang lak dengar bunyi burung berkicau. Sebenarnya bunyi2 ni mungkin gak untuk bagitau orang buta sekarang ni time siang ka malam melalui bunyi2 ni. Kalau saya salah perbetulkan la sebab ni teori saya saja, tak google la untuk jawapan bunyi2 beza siang dan malam ni.
Maka end la day 2, esok kita nak gi jejalan kat museum Toyota dan fashion show kat bandar Nagoya lak.
.........................to be continued
Tiada ulasan:
Catat Ulasan