Sabtu, 14 September 2013

Our Beloved Cat LOLA, in loving memories 2011-2013

Tanggal 9 September 2013 bersamaan hari isnin Lola pergi meninggalkan keluarga kami. Entry ni khas untuk kucing saya yang baru mati bernama LOLA. Saya agak sedih dan terkilan dengan pemergiannya. Bermula dengan demam, Lola semakin sakit bila dia taknak makan dan minum langsung. Saya kena suapkan makanan kat dia 2 kali setiap hari pagi dan malam sebab dia taknak sentuh makanan langsung. Mr.soulmate pula bagi dia makan ubat setiap hari.

So sepanjang dia sakit kami asingkan dia dengan anak2 bulu yg lain atas nasihat doktor takut dia ada penyakit berjangkit. Selama seminggu dia sakit, saya dan mr. soulmate bagi perhatian sepenuhnya kat dia. Sepanjang masa kami perhatikan keadaannya. Setiap hari kami bangun pagi sebelum solat subuh jenguk dulu keadaannya dan begitula sebelum masuk tidur. 

Malam terakhir sebelum saya tidur saya jenguk dulu dia. Keadaan dia semakin tenat. Keadaan dia sungguh buat saya susah hati dan sedih sangat. Mr. soulmate dan saya nak bawa dia sekali jumpa vet keesokkan harinya. Saya cakap kat mr.soulmate sambil usap Lola, "Kalau Lola macam ni lebih baik mati saja, tak sanggup dah tengok Lola sakit macam ni". 

Keesokkan paginya pula mr.soulmate bangun dulu dan dia jenguk keadaan Lola. Saya terjaga sebab dengar Lola mengiau sekuat2nya tapi saya tau mr.soulmate ada bersama dia dan mr.soulmate panggil saya dan dia cakap, "Lola dah tak ada". Maksudnya yang saya dengar tadi tangisan terakhir dia ke, menyesalnya saya tak cepat2 turun jumpa dia masa dengar tangisan terakhir dia tu. Kata mr.soulmate "Lola tunggu di antara kita jumpa dia pagi ni sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir". Mr.soulmate cakap masa dia jenguk Lola dan bila Lola nampak dia tula Lola mengiau sekuat2 hati. Mungkin dia nak bagitau dia nak pergi dah. Mr.soulmate lagila sedih sebab dia yang jadi pak bidan sambut Lola ke dunia dan dia juga berada bersama Lola di hingga akhir nyawa.

Tetiba saya rasa menyesal cakap dengan mr.soulmate saya reda dia mati dari tengok dia terseksa sakit semalam. Memang sedih sangat anak bulu kesayangan saya yang riang dah jadi kaku tak bernyawa tapi sebenarnya jauh di lubuk hati saya rasa lega sebab tengok dia tak terseksa menanggung sakit. Memang sepanjang hari saya nangis ja dah la pagi tu saya ada kelas. Saya pi kelas mata bengkak merah, semua pakat tanya kenapa. Ada juga hairan kenapa saya begitu emosi padahal binatang je pun mati. Di sini saya nak berkongsi perasaan saya kenapa saya sangat beremosi pemergian Lola dalam hidup saya.


Oren tu mummy Bunga dan hitam tu daddy Puppy. Senang ja nak tau Lola anak sapa sebab warna dia berbelang hitam dan oren. Bunga adalah kucing kampung yang berbulu panjang, kucing yang saya kutip di Gombak. Puppy pula kucing jenis mix persian dan bengal. Depa 2 ekor ni memang pasangan cinta bagai nak rak. Ke mana saja mesti lepak dan grooming bersama-sama.


Lola anak pertama Bunga dan Puppy bersama adik2 jantan dia yang lain. Adik2 dia kami bagi kat orang lain. Lola ja saya taknak kasi kat orang sebab warna dia sangat unik dan betul2 gabungan Bunga dan Puppy. Another reason is masa saya tinggal kat Shah Alam saya tinggal di kuarters tingkat satu dan Lola pernah terjatuh dari tingkat satu dan dia terselamat. Kucing kan ada 9nyawa hehehe.


Bunga ni kucing kesayangan saya. Dia memang suka kat kitten. Masa Oggy dan Cuit beranak, Bunga yang sibuk dok grooming kitten2 tu. Dia lak ciwi dengan kitten berbanding ibu2 kitten2 tu. Sebab tu saya boleh nampak keciwian dan kehappian dia masa dia lahirkan Lola dan lain2.



Ini bangalow 3 tingkat kediaman keluarga Bunga dan Puppy.



Ini pula Lola ketika berusia 3 bulan. Bulu dia sangat mix Bunga dan Puppy. Oh ya memandangkan Bunga tu kucing kesayangan saya manakala Puppy pula kucing kesayangan mr.soulmate. Sebab tu kami dua sangat2 sayang kat Lola sebab dia anak kepada kedua kucing kami.


Lola semakin meningkat remaja. 
Lola ni kucing yang baik, dia tak nakal dan banyak akai macam mak dia dan tak pula manja gila macam bapak dia. Dia suka buat hal dia sendiri ja.


Katil dan tempat permainan Lola. 


Bukan saya ja suka rancangan memasak, Lola pun suka nonton jugak. Selalu kena marah sebab suka lindung orang nak tengok tv.


Lola ni kucing yang special sebab ekornya yang panjang dan lebih panjang dari badan dia. Bulu ekor dia lak kembang macam rakun. Selalunya bila dia happy ekor dia tercacak, cantik sangat.


Naik atas katil terus lali, nyantok.



Ni pula masa saya sibuk nak buat assignment tapi dia tak bagi saya buat kerja, dia nak saya main dengan dia. Macam2 aksi dia buat nak bagi saya terganggu dan memang dia berjaya buat saya terganggu pun.


"Jomla kita main" 

"Taknak main sudahla, nak tidur"

"haish takleh nak tidur lak, mengeliat dulula"

"Cepat...nak main ke tidak?kalau tak nak koyak buku2 ni semua"

"Ah bosan dah memujuk"








Selain suka kacau saya masa buat assignment, dia juga suka kacau orang dok dalam bilik. Beginila aksi dia setiap pagi, mengintai sambil buat suara merap aka manja dia. Kadang2 dia kejutkan orang bangun tidur juga.


Kat balkoni dengan Bunga. Bunga ni kucing nakal. Mesti time ni Bunga tengah plan dengan Lola nak keluar merayap.


Masa Lola tengah sakit, saya dan mr.soulmate cepat2 bawa yang lain2 ke vet demi kesihatan depa.


Pokok ni tempat yang sering Lola bermain sambil kejar2 dengan burung2. Di bawah pokok ni juga saya dan mr.soulmate kebumikan Lola. Aduih...1st time buat entry dalam blog ni sambil nangis huhuhu....


Bunga2 kembang mekar dan begitula mekarnya memori kamu bersama kami sekeluarga. 
Rest in peace sayangku.....

1 ulasan:

Rasmuna Mun berkata...

aku pun sedih baca entry hang....huhuhu...RIP lola~