Khamis, 5 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 4, part 4 # MYSTERIOUS ROAD @ DOKKAEBI ROAD


1000 won bersamaan macam seringgit la dan tengokla minyak kat Korea pun lagi murah dari Malaysia.



Dari Hotel EJ kami pun keluarla menapak ke jalan besar mencari cab. Memandangkan Hotel EJ betul2 tengah bandar memang jalan raya agak sesak juga la. Sebenarnya kami taktau arah nak ke mana dan macam mana nak ambik cab or bus ke mysterious road ni kiranya menonong jalan jela n tanya orang. Memang tema melancong kali ni adalah "MENONONG or REDAH JELA". Ok next time kalau lepak kat beach baru ada tema "light n easy"


Kemudian jumpala kedai telefon ni dan tryla masuk nak tanya macam mana nak ke mysterious road. Seperti biasala tanya sorang pun taktau nak jawab dalam english dan tetiba daripada nak tanya arah jalan dok usha telefon dalam kedai pulak hehehehe. 

Memandangkan sorang pun takleh nak bantu kami pun keluarla jalan ke arah bus stop depan Hankook General Hospital dekat dengan area Samdo dengan tujuan nak tahan cab. Tak tunggu lama pun cab datang dan terus paham nak bawa kami ke mana. 

Maka sampaila kami di sini. Yang nampak kereta nak datang kat saya tu dia matikan enjin kereta dan bergerak sendiri naik atas manakala kereta hitam tu kena tekan minyak untuk turun bukit. 

Al-kisahnya pasal Jeju Mysterious Road atau lebih dikenali nama Dokkaebi Road dikatakan ada jin yang jaga jalan ni buat gravity dia upside down, yeke?

Hahaha tipu je in fact image of gravity defiance is an optical illusion je. Mata kasar kita nampak high surroundings tetapi tidak. Ala-ala kalau masuk trick art tertipu jugala dengan ilusi optik.

Kawasan ni menjadi tarikan pelancong kepada sesapa yang datang ke Jeju untuk merasai sendiri pengalaman aneh di sini. Seperti namanya, objek atau air akan bergolek dan mengalir naik bukit dan bukanla mengikut graviti meneruni bukit kan. 

Asalnya this road was founded by a taxi driver pada tahun 1980 dan sejak tu jalan ni menjadi popular dengan keanehan gravitinya.

Disebabkan ilusi optik sebenarnya bukit yang naik adalah bukit turun manakala kawasan bukit yang turun adalah bukit yang naik, pening tak hahahaha....sebab tula kita nampak bas dan kereta bergerak sendiri naik bukit manakala kena tekan minyak masa turun bukit.

Saya sempat beli susu pisang yang sangat popular dikalangan pelancong tapi bagi taste saya la susu ni tersangatla manisnya. saya minum separuh je pastu buang sebab tak tahan manis sangat. Takdela sedap mana pun, balik rumah blend pisang dengan susu segar lagi sedap.



Dari mysterious road nak gerak masalah pula sebab tempat ni tak banyak teksi. So kami jalanla ke Love Museum yang berhampiran dengan mysterious road dengan harapan nak dapatkan teksi tapi semua teksi kat luar tu semua dah dibooked orang. 

Tetiba ada sorang pakcik ni dia driver teksi tapi fasih berbahasa english, dia tanya kami nak ke mana dan dia cadangkan kami ke dragon rock dan jeju museum. Dia tolong kami dapatkan teksi untuk bawa kami ke dragon rock.

Serius driver teksi ke polis ke even penduduk tempatan sangat suka menolong pelancong, syukur sangat sebab walaupun ada batasan bahasa tapi semua orang tolong kami dengan ikhlas tanpa sebarang bayaran sekadar ucapan kamsahamida. Terbayangkan keadaan kami masa kat Medan, Indonesia. Walaupun guna bahasa yang sama tetapi penduduknya suka mengambil kesempatan dan depa tak ikhlas nak membantu melainkan kena bayar dengan wang ringgit sebagai balasan. 

Dari mysterious road maka kami pun bergerak ke Dragon Head Rock atau lebih dikenali sebagai Yongduam Rock.
continue....

2 ulasan:

Unknown berkata...

bila la aku nak sampai korea nih huhuhu...

Hafirdaus berkata...

Jom aku nak pi sekali lagi tapi nak ronda area busan n seoul time winter lak