Sabtu, 21 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 5, part 1 @ GANGNAM

*Kelas dah start bz yang teramatla sangat. Walaupun baru di awal semester tapi kerja berlambak2 dah nak pengsan rasa. So sekarang kucing saya dah tinggal 4ekor iaitu Bunga, Puppy, Oggy dan Alarm. Ok sambung lagi cerita pasal Korea, cekkidaut.....


Hai banyak lagi ni cerita pasal Korea ni. Memandangkan masa saya di Korea, saya banyak habiskan masa di Jeju dan kalau diizinkan tuhan sekali lagi kalau saya jejak kaki di Korea, saya akan dok kat area Seoul je kot. Kiranya saya dah habiskan half cerita pasal Korea dah la sebab kisah Jeju pun dah selesai. Memang mencabar sungguh kami kat Jeju dan kenangan tu memang susah sangatla nak dilupai.


Seperti dijanjikan kami minta staf hotel kat EJ hotel panggilkan teksi ke airport. Pagi tu hujan sangat2 lebat dan cuaca tersangatla sejuk oii. Masa turun kat lobi sempat dulula pekena kopi free dari mesin kopi dia, dahla kopi korea ni memang sedap kena lak pagi2 hujan lak tak terkata nikmatnya.

Teksi pun sampai ambik kami betul2 depan pintu hotel, kiranya takyahla nak meredah hujan keluar cari teksi. Kabus pun tebal je sepanjang jalan. Dalam hati saya berdoa minta2 jangan flight delay sebab kalau diikutkan jadual yang tak berapa rasmi, kami akan menghabiskan masa di Everland hari ni dan malam ni saya dah booked hotel kat area Yongin dekat dengan Everland. 

Memang kat airport Jeju ramai2 la sungguh manusia berbangsa Cina sebab banyak flight Jeju-China kat sini dok berlawan lak dengan Jeju-Seoul. Sebenarnya flight Jeju-Seoul-Jeju ni untuk setiap company airline berlepas setengah jam sekali. So memang sangat2 la bz airport Jeju ni kalah LCCT. 

So pagi ni memandangkan kami tak makan apa lagi saya beli dunkin donut dan air kopi lagi buat alas perut. Memang saya akui masa saya kat Korea, sepanjang masa saya perlukan kopi.

Kalau dari Seoul ke Jeju saya naik Jin Air dan kali ni dari Jeju ke Seoul saya naik Eastar Jet. Dari Gimpo airport saya naik subway turun kat Gangnam station. Kat subway Gangnam ni tetiba saya rasa macam pernah sampai je kat sini. Rupa2nya inila lokasi shooting running man episod 97 James Bond tetamunya Seung-gi pakai helmet untuk selesaikan misi.


Oppa Gangnam style vs Oppa Merbok style


Suasana kat Gangnam ni lain macam sikit sebab bandar dia lebih moden ala-ala times square macam tu.  


Muka orang2 kat sini seriously lain bagai langit dan bumi dengan muka2 orang kat Jeju dan yang pasti muka orang kat sini bukan wajah asli sebab dah di outer sana sini. Budak2 sekolah pakai uniform sekolah pun muka dah tak asli. Kalau kat Jeju badan diorang straight takdak bentuk sangat tapi kat sini semua badan macam model. 

Sebenarnya kat bawah tanah ni ada berlapis2 laluan subway yang bersimpang siur dan dan shopping mall juga kat bawah tanah. Kagum dan jakun jugak la saya sebab mall pun ada kat bawah tanah ni. Sebab tu kat sini tak nampak jejantas orang nak lintas jalan sebab kat sini diorang lintas jalan melalui bawah tanah pastu pening juga sebab banyak gila laluan exit dia macam tikus pulak hehehehe. Walaupun pening banyak sangat exit tapi saya ambik exit no.10 untuk keluar ambik bas ke Everland.

Walaupun Gangnam kota yang moden tapi susah juga nak komunikasi dengan bahasa english. Saya salah tunggu bas stop mula2nya dan bila nampak bas ke everland taknak berhenti saya jalan ke depan sikit untuk ambik bas stop yang lain, sepanjang jalan selang 50 meter ada bas stop. So akhirnya bas Everland berhenti juga. Hujan masih renyai2 dan saya dah risau macam mana nak main dalam everland ni hujan2 macam ni.


Jarak dari Gangnam ke Yongin takla jauh sangat. Bas ni melalui highway dan driver dia bawa bas ni laju sangat dan suka buat emergency break. Menakutkan lagi bila dia laju je meluncur kat laluan ala-ala 'smart tag' dan tak slow langsung sedangkan ada palang kot kat depan. Memang awesome la sistem diorang leh detect kenderaan laju.


Lebih kurang dalam 20minit macam ni bas ni pun keluar la dari highway dan melalui jalan yang cukup indah sebab kiri kanan jalan ada pokok cherry blossom yang sedang kembang mekarnya.


Sepanjang jalan saya ternganga mulut sambil kata "wahhhh......wahhhh....subhanallah" Kagum dengan keindahan pokok2 ni dan tersangatla jakun.


Akhirnya bas pun sampaila kat station bas everland dan dari situ dah nampak hotel saya nak menginap malam ni iaitu hotel Bluehill. Memandangkan perut dah lapar dan bag pun berat bagai, kami decided nak check-in dulu la. Sampai je kat lobi ada juga mesin kopi free tapi takdak orang pula kat kaunter. Nak check-in kena call dulu dan lepas makan solat semua, kami keluar dan destinasi seterusnya semestinya "EVERLAND"


Everland...here i come....
continue

Tiada ulasan: