Rasanya ramai yang tau kot uncle Tony Airasia buat promo tambang sekupang hehehehe....sanggup kan bersengkang mata gara-gara nak makan angin oversea. Kalau nak harapkan hari-hari biasa ni maka tak mampu la nak naik kapal terbang huuhuhu buat ayat sedih. Kebetulan ada geng yang suka makan angin sekali so kali ni kami berpakat nak jalan-jalan pakai passport pulak, kalau tidak sebelum ni jalan-jalan pakai kad pengenalan je. Sebenarnya malam promosi tu semua pakat standby nak beli tiket, siapa yang dapat masuk beli tiket kena maklum yang lain-lain jela. Silapnya kami semua standby pukul 12.00 malam memang susahla nak masuk then semua dah mengalah nak masuk tido je. Tetiba saya terjaga bangun pukul 4.00 pagi, pastu terus bukak lappy ler godek-godek jap dlm web airasia. Mula-mula nak beli ke Hanoi tapi tetiba yang semalam harga sekupang dah naik jadi harga biasa dah. Memandangkan dah terbangun awal pagi ni, survey la ke Phuket pulak...ehem ehemm...berjaya la pulak. Gumbira jugak hati sebab boleh jumpa roomate yang study kat UiTM, pelajar integrasi Thailand 10 tahun lepas. Roomate ni namanya Bunga Kraitong tapi lepas study dah tak jumpa cuma contact dalam fesbuk je.
Nampak tak harga untuk 4orang pergi balik lapan kupang je, murah kan. Selepas ditambah dengan caj-caj yang lain, harga sehala seorang dari KL ke Phuket ialah RM94.70.
Apa lagi lepas ni kena usha-usha harga pakej penginapan dan aktiviti menarik dalam groupon, milk a deal, i love discount, everyday dan lain-lain promosi yang seangkatan dengannya.
Happy Holiday
Tiada ulasan:
Catat Ulasan