Rabu, 23 November 2011
Bila internet bermasalah maka tak adalah entry.....
Kebosanan melanda sepanjang minggu bila saya tak boleh masukkan entry kat rumah. Maaf ye sebab sekarang saya buat entry ni kat opis, bukan niat nak mencuri masa kerja tapi saya tersangat bosan dan pening kepala sekarang ni. Kononnya nak restkan minda kejap sementara hahaha.....Sepanjang minggu ni saya dah buat rotiboy, 2 biji yogurt strawberry cheesecake untuk tempahan colleague, 30 cupcake buttermilk chocolate untuk tempahan colleague jugak dan cream cheese cranberries bun. Semua gambar dan resepi niatnya nak diupload dalam blog ni tapi gangguan sekatan terutamanya blog di rumah, sebab tinggal di rumah kuarters macam tula jadinya menyebabkan entry dalam blog ni tertunda. Saya pun tak paham macam mana sekatan internet ni... sebab sepatutnya time office hour la kena sekat kan, dan waktu malam or selepas waktu kerja, sekatan ni dibuka. Ini tidak, dah jadi terbalik pula. Niat nak pasang uniFi tak tercapai pulak sebab saya tak lama dah nak tinggal kat sini, kang nak berpindah pula. Dilema aduhai......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan