Mai dekat sikit nak habaq mai....haritu masa kami dua (laki bini la) balik kampung saja nak test keta buruk kami ni naik gunung Jerai. Hampa tau ka Gunung Jerai kat mana?ish..ish...ish...oqang kedah kalau taktau gunung jerai tang mana buat malu kaum jela. Saja nak speaking Kedahan kat sini sebab dok kat Kay El ni tak puasla nak cakap Kedah sebab oqang bukan nak paham kita cakap apa....qheja dok suruh kita ulang balik cakap, laqatla lagutu....last2 lidah pun terkial2 speaking Kay El jugakla tapi jangan salah paham tetap tak lupa daratan punya. Ok sambung ceqhita Gunung Jerai ni.....sat nak sahkan maklumat dalam wikipedia tapi ada oqang kata wikipedia pun bukan betoi sangat...yaka?
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Tu kata wikipedia la....tapi...ni nak bagaitau tempat kami p makan kat atas puncak tu. Nak naik atas dah la terpusing2 lagi creepy dari naik Wang Kelian. Kat kona curam dekat jurang tu ada jambatan muat2 satu biji keta je...paham2 la mcm mana nak drive. Rasa kalau tak berani naik, leh parking kat bawah dan call orang regency hotel turun mai dengan van depa, depa caj berapa taktaula kena tanya depala sebab kita naik qeta sampai ke puncak.
Pusing kanan...pusing kiri....leh naik pun pakai gear 1 atau 2 je, last2 sampaila kami kat atas sana nun. Masa kami sampai atas sana tu sejuk jugak ala2 Genting pun ada, dengan berkabus...awan kot, dok dalam awan la. Sampai kat atas heran gak bukan main cantik lagi rasa2 cubit pipi...bukan di alam bunian la kot mana nak tau... oqang kat sini kan suka pelepas benda2 keras kat gunung ni, macam2 ceqhita dah dok dengaq tapi rupa2nya orang dah buat resort atas ni......nama dia The Regency Jerai Hill Resort.....patutla lawa bukan main. Tanya kat mr. soulmate, "betoika kita kat Kedah ni?qasa mcm kat London pulak hehehe....padahal tak pernah jejak kaki pun kat sana" peqasan sat
Mana gambaq yang cantik2 dok dlm taman tah yang ambik kat sana, tak jumpa pulak...tunjuk gambaq kabus jela....kabus tau bukan haze. Ronda-ronda punya ronda kami pun masuklah cafe dalam resort, belek2 menu dia terkejut lak murah je takla serupa kat Colmar Tropicale bukit Tinggi mahainya nak mampuih walaupun makan dok dalam hutan.
Ini namanya wild mushroom soup, memang sedap sebab pelbagai jenis mushroom rasa ada dalam soup ni pastu dia letak roti bakar pulak dalam ni, superb lah....
Ini pulak potato wedges, lain sikit sebab dia gaul dgn black pepper
Ini lak vienna coffee...sedap jugak. Nak tau mcm mana nak buat kopi ni?
Pour coffee into a heatproof glass. Stir in boiling water . Spoon cream over top. Dust with cocoa powder. Serve...senang kan....
Pemandangan depan pintu resort, cantik kan...bukak2 pintu dah nampak garden depan mata. Memandangkan masa agak terhad kami terpaksa gegas balik Kay El, kalau ikutkan hati memang nak check-in je
2 ulasan:
Dah 2x ke gunung jerai. tempatnya best dan tenang cuma xbanyak aktiviti boleh dibuat di situ
yela sebab tempat tu baru buat, sebelum ni lagila tak ada apa2. Ok jugak kalau nak merasa sejuk kat atas tu sebab kat bawah memang panas gila.
Catat Ulasan