Sabtu, 14 Mei 2011

Mango Lassi

Jamu mata dulu......

 Mango Lassi yang menyegarkan   
Inilah hidangan makan tengahari jumaat, sempat lagi tu rehat 2jam30minit balik rumah rebus spaghetti, blend mango+yogurt+ais+gula aising. Macam tula bagi wanita bekerjaya ni, nak buat apa pun kena curi-curi masa baru leh nak buat apa pun. Kadang-kadang jealous gak tengok blog suri-suri rumah yang leh masak hebat-hebat semua tapi apakan daya masa sangat terhad.

Saya pakai mango golden lily 2biji, 3sudu gula aising, 3sudu yogurt+1 cawan ais+1/2 cawan air kosong

Semua bahan blend sampai jadi lassi

Memandangkan mr. hubby tak balik lunch, so buat setakat segelas jela tapi takpa lebihan lassi ada lagi simpan dalam peti ais. Masa lepas balik keja panas-panas tadi, teringat mango lassi ada simpan dalam peti ais heheheh....dah jadi macam ais krim mango pulak.

Sebenarnya tadi sebelum tuang lassi dalam gelas, saya sumbat mango dalam gelas dulu


Jemput makan

2 ulasan:

aisya berkata...

suka sgt resepi2 yg u pamirkan dgn gambo2 yg crystal clear.. tq for sharing.. xoxo

Hafirdaus berkata...

hehehehe....thanks, baru belajar2 nak memasak nak mencuba sesuatu yang baru