Strawberry....oh strawberry...kenapa ko sungguh menggoda hatiku.....
Lepas buat smoothies ada lebih2 strawberry, ingat nak celup coklat pulak. Pastu campur dengan lebihan pistachio yang buat brownies ada lagi sikit. Kan elok kita pelbagaikan masakan dengan manghabiskan stok makanan yang ada, takla tersimpan sampaikan expired pun tak perasan lagiBuah strawberry ni saya cucuk dengan lidi, senang nak pegang bila celup dalam coklat panas nanti
70-80g coklat masakan
1 sudu marjerin, 1 sudu gula aising, 2 sudu low fat milk
Pistachio ni lepas kupas kulit yang keras tu, cincang-cincang kasar macam ni tapi jangan halus sangat tak best
Ambik buah strawberry yang cucuk dengan lidi tu, celup dalam coklat, celup dalam pistachio....biar kering pastu simpan dalam peti ais
Sila jamu mata anda....hahahaha
Selamat Mencuba dengan jayanya hik hik hik.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan