Assalamualaikum.....
Pagi ni macam biasa saya, makcik, mr.soulmate dan anak makcik jalan ramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Time subuh ni Alhamdulillah kami sentiasa ada tempat solat kat dalam sebab kami selalu datang awal sejam. Kali ni kami cuba nak solat kat bahagian dalam sikit kat depan kaabah tapi susah kaum wanita ni nak solat nampak kaabah sebab ruang solat tingkat 1 tu kawasan tawaf, dan bila last minit depa tutup semua pintu dan nak solat dah, baru dia bagi kita solat kat depan. Melainkan kita buat tawaf sunat dulu sebelum masuk waktu, baru kita dapat peluang untuk solat nampak kaabah. Tips kalau nak solat nampak kaabah ni.
Tapi time subuh ni saya lebih ambil peluang untuk solat-solat sunat seperti solat tahajut, solat taubat dan solat hajat. Buat solat-solat sunat tu dulu sebelum masuk waktu subuh. Tawaf sunat pula saya lebih prefer buat time lepas subuh dan waktu-waktu fardhu yang lain. Jadi masa subuh memang saya tak berpeluang la nak dapatkan tempat solat yang nampak kaabah.
Masa kat ruangan solat ada seorang makcik tua yang bertongkat masuk duduk kat sebelah saya. Saya selalunya tak endahkan mana-mana manusia pun mai dok dekat saya sebab dah tentu kita nak khusyuk solat. Habis solat bagi salam, nak sambung buat solat seterusnya, makcik ni terus tanya “adik ni orang Malaysia ka?”. Saya pun tunda dulu nak buat solat, saya jawab pertanyaan dia. Bila tau dari Malaysia, tanya dari negeri mana, bila bagitau negeri mana, tanya daerah mana sampaila rumah tang mana. Ha…sudah….kira saya terbantut nak solat ni kalau asyik nak jawab soalan tapi kalau tak jawab rasa kurang sopan pula.
Memang orang melayu ni tanya rumah kat mana tu adalah soalan untuk merapatkan ukhwah atau mengenali lebih dekat dengan kita. Biasakan kalau tanya, "hang dok mana dah lani?" (soalan kira rapat la kan). Kalau orang bukan melayu agak sensitif soalan ni sebab depa tak suka kita melangkaui batas pergaulan atau hak privasi, seolah-olah nak tau rumah tang mana tu macam nak aim orang tu lak. Sebab penah nampak dalam youtube orang Jepun iching, depa macam takleh brain pasaipa depa jumpa orang kat pasar malam, tanya rumah depa tang mana. So depa tak selesa nak bagitau rumah depa tang mana sebab tak kenai tah sapa-sapa tanya dok kat mana kan. Entah orang baik atau orang jahat tetiba nak tau rumah kat mana. Tapi soalan ni memang biasa bagi orang melayu, kita takla rasa pelik dengan soalan ni. Ok sambung balik....
Dalam hati dok fikir macam mana nak atur ayat manis dari jawab pertanyaan dia ni. Saya bukan apa, selagi subuh tak masuk ni macam-macam solat sunat nak buat sebab lepas subuh tak buat solat sunat dah, melainkan solat dhuha tu pun lambat lagi.
Sebab kita ni kan...bukan senang nak mai Masjidil Haram, nak kumpul duit...cari masa yang sesuai....dan doa banyak nak sampai. Bila dah sampai tu rasa nak mengejar buat ibadat je dan kalau boleh tak mau dok borak sembang kampung halaman pula kat situ. Masa tu berharga sangat kan.
Tapi dalam masa yang sama tak maula jadi kurang ajar, masih menyatuni orang sekeliling kita lagi la. Saya pun melayan la perbualan makcik tu.
Tetiba makcik ni meluahkan perasaan dia kat saya pula. Dia cerita dia mai dengan ramai anak, menantu dan kawan-kawan anak menantu. Depa ni mai sendiri diy la sebab anak dia pilot, menantu keja tourism so semua senang la depa uruskan sendiri tanpa pakej dan mai pun dengan visa pelancong bukan visa umrah.
Ok...saya masih mendengar....
Saya pun katala kat dia, memang sekarang ni kita guna visa pelancong dah sebab boleh tahan setahun tak macam visa umrah cuma tahan sekali mai saja. Dia sambung lagi kata dia dok hotel apa nama tak tau yang dari bilik dah nampak view kaabah. Bilik orang kaya2 ni saya berkata-kata dalam hati. Dalam bilik depa siap ada mesin basuh, ruang dapur macam rumah la. Dalam hati saya kata mesti hotel mewah taraf raja-raja ni, rakyat marhein macam saya ni cuma boleh dengar jela, tak mampu pun nak dok hotel sebegitu mewah.
Tapi kata dia cuma tula…bilik depa dah ada view kaabah, selak tirai je dah nampak orang bertawaf kat bawah ni tapi semua tak mai solat kat masjidil haram. Setiap waktu cuma dia seorang ja bertatih jalan sorang-sorang bertongkat ni datang solat di masjidil haram. Dia kata lutut dia tak kuat dah sebab tu dia kena jalan pelan bertongkat. Saya tanya dia lak takkan depa tak mai ikut makcik solat kat sini?
Maksud saya tanya bukan apa sebab tengok keadaan fizikal dia sorang diri kat sini agak bahaya juga kalau takdak sapa mai tolong. Dia kata depa solat dalam bilik ja. Saya tengok dia macam nak panjangkan lagi penceritaan tu, saya terus cut….”maaf makcik, saya nak buat solat sunat sat sementara depa tak bang subuh lagi ni”. Makcik ni orang kampong saya juga dari Alor Setar, dia dulu dok Jalan Day, jadi kami memang speaking kedah la jadinya. Tu yang sembang semakin rancak, teruja makcik ni tau saya asal Alor Setar juga. Satgi saya takut saya pula dok qalit sembang panjang lagi sampai terlepas nak buat solat-solat sunat. Kena cepat-cepat cut nak minta diri la dulu.
Habis solat subuh baru saya sambung bersembang dengan dia sambil tuntun dia jalan keluar. Walaupun dia kata takyah susah pegang dia tapi sebenarnya tangan dia kuat cengkam lengan saya sb dia nak jalan pun sukar. Allah...sampai hati anak2 dia biar dia solat sorang diri di sini. Kami akhirnya berpisah sebab keluar pintu yg xsama.
Pagi ni ustaz cakap kami semua aktiviti bebas saja. Tapi lepas zohor kami kena berkumpul semula pukul 2.30 petang untuk ziarah luar ke Masjid Hudaibiyah dan Museum Haramain. Sejak kami ke sini, kami tak berpeluang lagi nak jalan-jalan di sekitar kawasan hotel yang penuh gerai-gerai jualan hehehe…..ayat penyedap hati konon nak jalan-jalan padahal nak shopping la perabih duit riyal yang ada.
Mall-mall yang kat sekeliling Masjidil Haram pun kami tak pernah jejak kaki lagi. Hati tak terasa nak masuk pun sebab tarikan kaabah lagi hebat agaknya. Jadi pada hari ke-8 di bumi Haramain, kami berpakat harini kami nak buat lawatan tapak explore kedai-kedai yang meriah sangat kiri kanan depan belakang kawasan hotel kami ni. Maklumla manusia biasa juga, ada juga keinginan nak window shopping.
Habis subuh, kami macam biasa breakfast di tingkat M. Lepas breakfast semua pakat siap-siap nak survey kedai-kedai kat sekitar kawasan hotel dan Mall. Kami berpecah dan jalan mengikut mahram masing-masing utnuk aktiviti ronda pagi ni. Makcik kata dia nak beli jubbah untuk anak-anak dia dan sedikit kurma. Kami pula mungkin cuci mata dan survey harga dulu.
Dah jadi kebiasaan bila ke luar negara shopping di hari terakhir. Kenalan saya yang pernah ke sini bagitau barang-barang yang dijual boleh ditawar dan lain kedai lain harga yang diberi untuk barang yang sama. Sebab tu kena survey dulu. Banyak juga penipuan dibuat oleh peniaga kat sini. Kat Tanah Haram pun nak tipu. Huhu.. Jangan ingat kat tempat suci semua peniaga jujur. Ada peniaga yang amik kesempatan. Tambah pulak jemaah kat sini datang dari seluruh dunia. Inilah peluang untuk dapat keuntungan. Maka berhati-hatilah bila membeli dan menawar di sini.
Baru hari ni dapat merasa tengok kedai-kedai yang ada di sini. Selain dari kedai menjual jubah dan pakaian, kedai sejadah, kedai gunting rambut pun banyak juga. Ada juga kedai menjual kurma, kedai kacang dan coklat timbang, kedai buah-buahan, kedai runcit dan kedai yang paling teringin nak masuk iaitu kedai 2 dan 3 Riyal.
Boleh la beli buat souvenir dari Mekah untuk keluarga dan kawan-kawan. Saya tertarik dengan kedai jual sejadah dari Syria. Penjual kedai ni orang Afganistan dan apa yang tertariknya pakcik ni, walaupun dah tua berkedut-kedut muka dia tapi nampak bersih dan tenang ja dan dia selalu senyum ja dan lemah lembut pula tu cakap pun slow ja, rasa macam nak buat ayah angkat ja hehehe….. sejadah dia paling murah jual kat sini, sejadah saiz besar ni harga 5 riyal. Sejadah dari Turki pula harga 10 riyal. Saya beli dua-dua sejadah dari Syria dan Turki dan dok fikir-fikir nak beli lagi esok-esok untuk souvenir kat saudara dan kawan-kawan ofis (sebab depa tolong cover keja 15 hari kat sini).
Saya tengok kedai kacang dan coklat timbang lebih murah harganya kat belakang hotel berbanding kedai yang depan masjidil haram. Tu untungnya kita survey harga dulu sebab kita boleh bandingkan harga dulu sebelum beli. Saya beli lagi air tebu dan aiskrim yang sedap gila. Air tebu kat sini rasa lain dari Malaysia, ada rasa masin sedikit mungkin letak garam mungkin tapi rasa dia memang naik la.
Kemudian singgah kedai makanan segera Al-baik pula padahal dah breakfast tadi, sajala nak rasa Al-Baik yang viral sangat ni. Saya beli udang goreng celup tepung saja sebab dok nampak tu ja portion yang sikit pun, yang lain-lain macam banyak sangat takut tak habis pula makan.
Habis ronda-ronda kedai kat sekeliling hotel ni, kami balik semula. Lepas makan udang Al-Baik ni, saya nak keluar awal sebelum masuk waktu zohor sebab nak buat tawaf sunat. Kalau bernasib baik dapatlah solat depan kaabah nanti.
Selesai zohor, kami kena cepat balik ke hotel sebab kami akan menaiki bas untuk ziarah ke Masjid Hudaibiyah dan Museum Haramain join dengan group Andalusia yang lain. Maknanya mutawwif kami tak ikut sekali kali ni. Kami ikut mutawwif dari group lain. Sesapa nak buat umrah pun boleh bawa kain ihram siap-siap sebab Masjid Hudaibiyah ni salah satu tempat miqat.
Seronoknya kalau kita ikut pakej ni sebab kalau nak kemana-mana takyah fikir dah, orang bawakan kita je. Bayangkan kalau diy mesti susah juga nak cari teksi, uber, bas dan sebagainya. Sebab tula kalau pertama kali datang ke sini lebih baik datang dengan pakej sebab semuanya orang uruskan untuk kita. Kita cuma perlu hadirkan diri setiap masa yang ditetapkan je. Nak kemana-mana pun pihak company yang bawakan kita. Memang kalau next time datang sini tak mungkin kita nak ulang ziarah tempat yang sama lagi sebab kita dah pernah datang kan. Untuk kali kedua nak datang lagi ke sini lebih baik tumpu beribadah je kat masjid.
Selepas makan, kami naik dulu bersiap-siap untuk zirah Kota Mekah. Kami akan berkumpul semula di lobi dan bas akan gerak pada jam 2.20 petang. Setelah semua jemaah dah ada, kami bergerak ke jalan besar untuk naik bas. Mutawwif kami memperkenalkan ustaz baru yang bawa kami petang ni, kami panggil ustaz p.ramlee hehehe sebab dia boleh hafal dialog filem P.Ramlee. Tak ingat nama penuh dia, Ustaz P.Ramlee terus minta kami naik bas yang dah ada depan hotel. Dalam bas tu dah ada penumpang dari group ustaz ni juga. Rupanya depa semua tunggu kami naik bas jela hehehe….
Sepanjang perjalanan saya sekali lagi teruja dengan view padang pasir dan lebih teruja bila nampak banyak unta-unta liar kat kawasan lapang. Saya tak bersedia nak ambil gambar dan gambar pun blur je sebab cepat-cepat nak snap gambar dalam bas yang bergerak pula tu. Selain tu, saya nampak kandang unta di tepi jalan tapi tak sempat nak snap gambar. Tak dapat nak melawat ladang unta, dapat tengok unta tepi jalan pun jadi lah. Yang penting tengok unta live depan mata, bukan video kat dalam internet. Hehe..
Destinasi pertama kami ialah di masjid Hudaibiyah. Kami diberi penerangan lengkap mengenai sejarah di sini.
Rupa-rupanya tempat ni salah satu sejarah penting Islam. Sebenarnya kami tak banyak masa di sini sebab waktu Asar dah dekat dan pula Museum Haramain pula akan tutup pukul 6.00 petang. Kelihatan banyak bas parking di kawasan tepi masjid dan ramai jemaah berpakaian ihram. Group kami juga ada 1 keluarga yang akan mengerjakan umrah persendirian. Saya terlupa yang kat sini tempat miqat, mr.soulmate pula lupa bawa kain ihram. Kalau tak bolehlah kami sekali lagi mengerjakan umrah. Mungkin tak dak rezeki agaknya. Bila selesai penerangan, ustaz minta kami solat Asar di masjid ni dulu dan kemudian kena keluar segera sebab kami mengejar masa ke Museum pula.
MASJID HUDAIBIYAH
Masjid Hudaibiyah merupakan salah satu tempat miqat yang ada di sekitaran Mekah. Letaknya yang berada 22 kilometer di antara Kota Mekah menuju Jeddah, menjadi salah satu tempat jemaah mulai berniat ihram. Tempatnya memang tidak begitu besar. Tidak seperti tiga tempat miqat lainnya, Bir Ali, Taniem dan Ji'ranah, yang memiliki masjid yang bagus, parkir yang luas dan banyak toilet dan tempat persalinan pakaian ihram.
Namun demikian, jemaah yang mengambil miqat di Masjid Hudaibiyah tak sekadar berniat ihram, tapi juga sekaligus mengambil ikhtibar perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya ketika hendak melaksanakan umrah ke Mekah pada tahun keenam hijrah.
Hudaibiyah adalah sebuah daerah padang pasir yang luas dan nama Hudaibiyah adalah datangnya dari seorang lelaki yang menggali telaga di situ. Kesan masjid yang asal masih ada lagi di belakang masjid baru. Yang tinggal hanya beberapa dinding masjid yang dibina dari susunan batu-batu gunung. Di sinilah berlakunya satu peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perjanjian Hudaibiyah di antara kaum muslimin Madinah dan musyrikin Mekah. Perjanjian ini berlaku di bawah pohon Hadba'.
Pohon ini telah ditebang semasa pemerintahan Umar bin Khattab kerana umat Islam menyalahgunakannya dengan menyembah pohon ini untuk mengambil berkat. Perjanjian ini terjadi sewaktu 1,000 orang rombongan Rasulullah SAW ingin mengerjakan ibadah umrah dan dihalang oleh golongan kaum musyrikin Mekah.
Destinasi seterusnya ialah ke muzium Exhibition of Two Holy Mosques. Dalam perjalanan Ustaz P.Ramlee memberikan penerangan tentang muzium yang bakal kami lawat kejap lagi dan juga beberapa makluman tentang aktiviti lain. Selain itu, ustaz juga menerangkan aktiviti kami ke Taif esok dan bagaimana kami akan melakukan tawaf wadak sebelum ke Taif.
Ustaz cakap kalau nak jimat masa dan selamat dari kena bayar dam, boleh tawaf 6 kali sebelum subuh dan habis subuh sambung 1 kali lagi dan terus bergerak ke hotel untuk siap-siap ke Taif sebab Taif ni lebih 2 marhalah dari kota Mekah. Selepas tawaf wadak, kita dah tak boleh buat apa-apa solat fardhu di masjidil haram. Tawaf ni kita boleh berhenti-henti dan sambung semula bukanlah perbuatan yang berterusan nak kena habiskan 7 pusingan lengkap juga.
Rombongan kami pun sampai di muzium. Museum ni sebenarnya tak lama lagi akan tutup dah dan bas kami saja Jemaah yang datang di sini pada waktu tu. Di luar muzium ada disediakan bekas air zamzam, boleh minum air zam-zam lagi di sini. Kami masuk ke dalam muzium. Kami tidak dibenarkan membawa apa-apa bag masuk ke dalam ni. Ini terjadi kerana salah satu Jemaah pernah mencuri barang dari museum ni. Sejak tu bag dah tak dibenarkan bawa masuk dalam museum ni.
Ustaz P.Ramlee pun mula rancak bercerita dengan penuh semangat tentang muzium ni. Antara yang dipamerkan adalah gambar keadaan Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi pada zaman dulu dan juga cadangan rupabentuk masjid pada zaman akan datang. Barang-barang perhiasan lama dan bersejarah juga disimpan di sini. Antara yang menarik perhatian adalah pameran frame Hajarul Aswad, Quran pertama tulisan tangan, perigi zamzam dan juga kunci pintu Kaabah pada zaman dulu. Nak cerita satu-persatu takkan habis rasanya. Jadi kami amik gambar mana yang sempat sebagai kenangan.
Lewat juga kami meninggalkan Masjid Hudaibiyah menuju ke Tanah Haram. Driver bas dah bunyikan hon kepada kami untuk segera naik bas sebab waktu maghrib dah semakin hampir dan takut kami semua tak sempat solat dalam masjidil haram pula. Sebelum naik bas, sempat dulu basahkan tekak dengan minum air zam-zam yang disediakan.
Bas ni berhenti di dalam terowong. Ni kali pertama kami masuk dalam terowong di masjidil Haram ni. Rupa-rupanya ini tempat bas berhenti kalau sampai di masjidil Haram. Dari bawah terowong baru kami akan naik ke atas terus masuk ke dataran masjidil Haram. Kami pun tergesa-gesa menuju ke toilet bawah tanah untuk berwuduk dan kedengaran azan pun dah berkumandang. Ni maksudnya memang kami tak sempat dah nak masuk solat di dalam.
Sekali lagi kami akan menunaikan solat maghrib berjemaah di ruangan dataran luar masjidil Haram. Walaupun kat dataran tapi tempat pun penuh, Alhamdulillah ada juga tempat. Setelah sekian lamanya, kali ni kami solat sekali bersama-sama roommate dengan makcik 2 beradik sekali.
Habis solat maghrib, kami berempat terus masuk ke dalam kawasan masjid untuk cari tempat solat di bahagian dalam untuk isya sekali. Kami terus ke bahagian kaabah sebab makcik 2 beradik nak solat di hadapan kaabah tapi kawasan tu dah tutup untuk muslimah. Maghrib dan isya memang semua kawasan depan kaabah untuk orang lelaki saja. Kami redha je solat kat bahagian dalam terlindung kaabah.
Kami berempat terus buka quran semua mengaji ja. Kalau dok depan kaabah, tak mau buka quran mengaji sebab mata nak tengok kaabah ja. So, ada hikmah juga bila tak nampak kaabah. Habis isya, kami berempat bersama-sama pulang ke hotel. Makan dinner sama-sama dan tidur sama-sama. Kami 4 orang sebilik, alahai rindu pula dekat depa semua.
Terfikir juga saya bila solat di Masjidil Haram menghadap kiblat, di manakah letaknya kedudukan imam ketika solat? Makmum perlu berada di belakang imam sedangkan di sini semua makmum mengelilingi dan menghadap kiblat. Jawapan yang saya dapat ialah kedudukan imam di Masjidil Haram berubah-ubah, tidak seperti di masjid lain yang dah tetap kedudukannya. Di Masjidil Haram, imam berada pada kedudukan paling dekat dengan Kaabah, dan makmum masih berada di belakangnya mengikut pusingan pada tawaf. Jika keadaan tak ramai, imam akan berada di kawasan tawaf. Bagi kedudukan muadzin yang melaungkan azan pula terletak di tingkat 2 dalam bilik berkaca menghadap kiblat. Wallahualam.
……..bersambung……………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan