Selasa, 24 November 2020

KLIA – MUSCAT, - MADINAH 26.01.2020 (Ahad)

 Part 1

DAY 1 (Hari Perjalanan) 🇲🇾➡️🇴🇲➡️🇸🇦
 
KLIA – MUSCAT, - MADINAH
26.01.2020 (Ahad)
 

 
Kami bertolak dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur seawal pagi pukul 4.00 pagi dah gerak bagi mengelak kesesakan di atas highway di musim perayaan Tahun Baru Cina. Adik yang hantar ke KLIA kebetulan dia pun nak ke Melaka dan singgah hantar kami dulu di sana. Tak seperti kebiasaan kami kalau travel selalu ke KLIA2 tapi kali ni kami menuju ke KLIA. 
 
 
 
Pukul 3.00 petang, kami pun sampai di KLIA. Kami pun cari group Andalusia yang lain tapi takda sorang pun yang sampai, mungkin kami orang yang pertama tiba. Di KLIA memang ramai sangat group Jemaah dari pelbagai syarikat termasuk Tabung Haji, Simply Umrah dan Reyhar.
Kemudian baru nampak beberapa Jemaah berbag biru gelap Andalusia tiba. Kami bergerak ke Row M dimana pihak Andalusia menunggu jemaah group kami berkumpul di situ. Group kami tak ramai, hanya 23 orang jemaah je. Kami terus berjumpa dengan pegawai Andalusia untuk lapor diri. Kami diberi tag dan beg kami disusun bersama beg jemaah yang lain. Nasib baik kami dah buat siap-siap tagging kat beg kami sebab semuanya guna beg yang sama. Takde masalah pun kalau tak tag, tapi letih la nak mencari masa amik beg bila sampai kat airport nanti. Janji dari jauh dah boleh kenal beg kami. Yang penting jangan la beg kami hilang. 
 
 
 
Dah selesai urusan kat kaunter check-in, kami dibenarkan bersurai dan setengah jam lagi kami akan berkumpul semula untuk taklimat. Masa tu saya tengok jam lagi 2 jam nak boarding ni, biar betul Andalusia ni masih berlenggah-lenggah tak masuk lepas security lagi. Kami yang selalu travel diy ni memang selalunya 3 jam sebelum berlepas, kami ready dah lepas imi dan security semua sebab nak mengelakkan kesesakan atau masalah apa-apa yang memakan masa. Sejam kemudian baru pegawai Andalusia datang dan bagi taklimat serba sedikit. Kami ni, orang kedah kata ketaq perut dahla lagi sejam tak masuk security lagi. Yala kami ni tak biasa travel bergroup dan agak gabra bila orang lewat-lewat tambahan lagi tak lepas imi dan security lagi. Mungkin juga KLIA ni tak sibuk macam KLIA2 kot, kami tenangkan hati sendiri.
 
.........bersambung...... @ Muscat, Oman

Tiada ulasan: