Rabu, 7 Mac 2018

Day 1, Part 1: Srinagar, Kashmir #azamfirdaussummerkashmir


Assalamualaikum...namaste.
Sudah sekian lama baru nak update entry ni. Saya gigihkan juga nak siapkan entry ni walaupun masa terluang tu tak berapa ada sangat. Saya masih sayang blog ni dan takmau terus terkubur begitu saja. 

Bersambung adventure kami di Kashmir. Selepas kami dijemput oleh Yousuf dan IsseyNoh di airport, kami dibawa ke penginapan kami di boathouse H.B. Gulshan Rose. 

 Rupa bilik kami, takla selesa mana tapi okla buat salin baju, tidur dan solat kan.

 Rupa bilik air kami sebenarnya tak berapa nak selesa sangat la sebab air panas agak terhad dan lubang jamban tu terus direct masuk dalam sungai je. Lantai pula kena jaga sentiasa agar tak basah sebab kami dok atas bot kayu kan faham-faham jela. Kekadang bot bergoyang bila air beralun, kalau tengah berak ha rasa beralun tu, kena pandai-pandaila stabilkan kedudukan hahahaha.

Kami dijamu breakfast omelet bersama roti. Memang kami kelaparan gila sebab tak makan lagi hari ni. Last makan jamuan raya kat Malaysia....nanhai.

 Selepas makan baru kami pi mandi, solat semua dan teruskan pengembaraan hari ni di kota Srinagar. Tour guide kami tak bawa kami sebab dia malas, dia tidur kat boathouse. Maka kami bawa diri sendiri jela bersama tour guide Kashmir di sini. Tour guide kami ni traveler famous tau, siap ada terbitkan buku travel mengejar aurora lagi ha. Tapi kami selalu buli dia kat sini sebab dia paling muda dan boleh masukla kalau bab kena mengenakan orang ni. Sori ya Issey Noh.

 View dari boathouse boleh nampak zero bridge ni.

 Selepas mandi manda pakai bedak pakai lipstik semua, kami pun ready nak keluar. Sebelum ni muka sememeh je dengan kusut masai masam semua ada kan sebab transit di New Delhi dan merempat tunggu flight ke Srinagar.
Bagi kawan-kawan saya yang lain, depa ada misi tersendiri iaitu misi mencari jodoh dengan orang Kashmir di sini. Saya dan mr. soulmate je couple kat sini, yang lain single mingle. 

 Famous juga ya view ni bersama papan tanda ni bagi orang Malaysia. Sebab ramai orang Malaysia menginap di sini tambah2 geng BBM facebook tu.

 Sepanjang perjalanan, sempat juga saya snap sekeping dua gambar di jalan raya di sini. Saya suka tengok suasana di negara orang sebab lain dari suasana di Malaysia. Budaya, tingkah laku, pemandangan semuanya lain.

 Urusniaga jual beli bawang pun drive thru je kat tengah jalan.

Tut tut yang famous sangat di India. Tak lengkap pula perjalanan tanpa menaiki tut tut di India.

Aktiviti kami hari ni jalan-jalan sekitar bandar Srinagar. Gambar di atas ni tasik Dal. Tasik ni juga dikenali sebagai urban lake atau jolokan nama "Jewel in the crown of Kashmir". Tasik Dal mempunyai keluasan 15km persegi.




Memandangkan sekarang musim panas, banyak pokok teratai yang subur hidup sampai meliputi kawasan tasik. Demi menjaga kecantikan Tasik Dal, diorang kena bersihkan pokok2 teratai dan sekali angkut tu ha selori pokok teratai saja.


Perjalanan kami diteruskan ke Pari Mahal.


Redup dan nyaman sekali sepanjang perjalanan ni. Apa lagi haruslah buat video klip hindustan di sini.

I take your picture and you take my picture back.






Bila sampai di pintu masuk Pari Mahal, kami semua kena turun jalan kaki melepasi pemeriksaan keselamatan.


Rasa macam panjang lagi cerita ni takpa kita sambung part 2 pula nanti. Lagi banyak tempat-tempat yang cantik di Srinagar dan makanan tempatan yang wajib cuba.

................to be continued

Tiada ulasan: