Rabu, 12 April 2017

London, United Kingdom Day 1 #azamfirdauswinterwonderland

Assalamualaikum dan selamat pagi
Merhaba......pagi ni kami masih di bumi Istanbul.

Pagi ni bila dengar azan subuh berkumandang segenap alam kami semua bangun. Semalam lagi kami dah kemas bag semua sebab pagi-pagi lagi kami kena cergas ke airport untuk ke destinasi seterusnya. Semalam mr.soulmate bagitau owner hotel kami akan check out awal pagi dalam pukul 6.30am. Pagi ni, dia hantar tea maker dia kejutkan kami dalam bilik, masa dia datang ke bilik kami semua dah siap dah. Memandangkan bag anak gajah yang nak menggalas sepanjang masa ni berat sangat, saya decide tinggalkan beberapa helai baju sejuk, t-shirt, shawl dan legging. Baju-baju yang saya tinggalakan ni semuanya baju yang saya beli di bundle so takla rasa bersalah sangat. 

Pagi yang masih gelap dengan cuaca mencecah -7c, kami semua jalan kaki keluar ke metro station. Sejuk getar takyah cakap la dengan memasing galas bag di depan dan dibelakang meredah kesejukan pagi ni. Sesekali angin sepoi mai tiup...ya rabbi....menggigil okeh.

Kat setiap station, akan ada seorang lelaki penjaga kawasan tu. Kami takleh bayangkan macam mana dia leh dok semalaman dalam pondok kecik dalam cuaca sejuk macam ni. Masa kami sampai kat tram st, dia pun terjaga tidur kot dok mamai lagi tengok kami. 

Sampai je airport Ataturk ni ada banyak pintu nak masuk airport. Kami masuk kat salah satu pintu airport tapi kena hambat keluar. Kata sorang lelaki kat situ, ini pintu bisnes class. Rupa paras kami ni memang tak menunjukkan kami ni pelanggan bisnes class so kami kena halau di situ. Sedih tau....dia halau kami tanpa kami tunjuk apa2 tiket pun. Mana nak tau walaupun kami ni macam selekeh tapi kami ni pelanggan bisnes class, tak ke malu muka dia. Dengan sumpah seranah, kami pun kena jalan jauh lagi masuk melalui pintu rakyat marhaen saja.

Perkara pertama bila sampai di airport, kami terus cari papan informasi penerbangan. Kami cek kat kaunter mana kami nak check in untuk penerbangan Atlas Global ke Londra. Turki panggil London dengan nama Londra. Dah jumpa, kami pun macam biasa beratur depan kaunter. Pemeriksaan security kat kaunter tu SANGAT KETAT. Berkali-kali 2,3 orang staf mai cek kami. Tengok muka kami 10 kali dan tengok passport 20 kali. Tanya kami macam2 soalan, sebab kami ni dari Malaysia tapi nak ke London dari Turki. Tak puas tengok muka kami di passport, diminta pula kad pengenalan kami sebab nak pastikan betul-betul kami ni memang orang Malaysia ke idok.

Bukan takat tu ja semua bag kami diperiksa satu2 segala poket bag semua cek sampaikan apa saja bahan yang melekat kat bag akan diperiksa sekali lagi. Bag kawan saya kena tahan sekali lagi sebab diorang jumpa macam charcoal kat bag dia. Kami pun heran macam mana ada charcoal kat bag dia. Punyala fikir, rupa-rupanya roti kami makan kat hotel semalam dia simpan dalam bag tu. Roti tu kan bakar dalam tempayan so masih ada serdak roti dan charcoal kat bag tu. Walaupun tak nampak rupa tapi mesin diorang boleh kesan charcoal tu kat bag tu. Motifnya ialah diorang takut kita ni bawa apa2 bahan letupan ke apa sebab nak masuk UK ni bukan senang, orang British ni paranoid sikit dengan orang Islam kan.

Setelah pihak airport yakin kami ni tak merbahayakan keselamatan orang ramai, kami kemudian dilepaskan. Mungkin ini salah satu cabaran ketika musafir. Mungkin ada hikmah disebalik kesukaran yang kita tak nampak. 

Memandangkan kami tak breakfast lagi, kami makan sandwich je kat sini. Masa nak beli tu, siap tanya orang yang jual sandwich ni halal tak pastu kena bantai lagi "mestilah halal dah nama pun sandwich turki", ok fine...manala nak tau kan kat turki ni pun walaupun orang Islam tapi ada gak jual wine, minum wine semua.

Hari ni hari ke-6 kami bermusafir. Dari Istanbul ke London, kami menaiki Atlas Global (anak syarikat Turkish Airline juga macam firefly dan MAS). Harga tiket ni kami dapat dengan harga RM446.93 pergi balik. Dengan harga ni kami dapat free makan 2 kali (makanan ni sekali dengan dessert) dan free flow drink sepanjang penerbangan. Dapat free 30kg luggage dan 15kg hand carry untuk kelas ekonomi. 

Setelah 4jam kami pun landing di Stansted Airport, London. Sampai je di imi untuk cop passport, sekali lagi kena interview bertubi2 seperti kenapa nak mai ke London? Kenapa mai London dari Turki? Berapa lama nak stay kat London? Kat London nanti nak dok tang mana, bagitau nama hotel dan di mana hotel tu? Dari Malaysia bertolak berapa haribulan? Dari London nak balik ke Malaysia ke singgah ke Turki dulu? Berapa haribulan nak balik ke Malaysia? Kenapa travel lompat2 ke beberapa negara, kenapa tak travel terus dari Malaysia ke London or Turki? Mai London ni dengan siapa lagi? Panggil kawan awak sekali nak interview sama-sama? Kat Malaysia kerja apa? (bila dah tau kita ni keja dengan salah satu ministry  federal government, barula muka dia manis sikit pastu tanya lagi) kenapa sekejap sangat ke London? Banyak tempat boleh melawat ke London, kalau sekejap sangat tak banyak tempat boleh explore...ha gitu pula.

Pastu dengan senyuman paling manis, dia pun cop passport saya dan kawan saya. (Tak aci sungguh dia tak soal apa pun kat hang Fizah oi, punya berbelit lidah aku nak ikut slang British dia)


Easy bus ni kat Bay 15.


Fuh bila dah lepas rasa lega sungguh, punya banyak soal la perempuan tadi. Kami kemudiannya cari kaunter easybus di airport sebab nak tanya kat mana nak tunggu naik bus. Easy bus ni saya beli online di sini. Saya beli tiket dengan harga yang paling murah. Sebenarnya harga tiket ni berbeza dengan masa dan tempat nak turun. Contohnya, kat online dari airport turun ke King Cross St lebih murah harganya dari turun ke Victoria st. Beza harga tu dalam 3p (convert duit Malaysia memang banyak kan). Pastu harga tiket naik bas pukul 12pm lebih mahal berbanding pukul 1pm. So, masa saya beli online, saya cari station yang paling murah dan masa yang paling murah. So masa beratur naik bus tu sepatutnya bas saya sejam lambat lagi (kalau nak ikutkan masa sekarang harga tiket bas mahal), saya tanya kat staf bas ni, boleh tak saya naik bas sekarang sebab bas saya sejam lagi nak tunggu kan (buat2 muka penat). Dia kata "ok sure no problem". Lepas orang bagi betis kan, nak minta paha pula. Saya tanya lagi,boleh ke kami nak turun kat Victoria st sebab dalam tiket ni saya turun kat King Cross (sambil buat muka macam confused macam baru first time beli tiket online). Pastu dia jawab "yeah...yeah..sure it's ok". Ha...nampak tak...nampak tak.....jadilah pengguna bijak ya para traveller sekalian. Kalau tak tanya tadi tak dapat la penjimatan terbesar ni. Saya berpendapat bahawa mungkin staf ni tak tau harga sebenar online atau diorang nak penuhkan bas je dan mungkin juga nak bantu orang susah macam kami ni.

Maka kami pun beratur dalam suhu 0c selama 15 minit. Walaupun takdak snow tapi sejuk gedi.

Inilah Victoria Station yang sangat serabut dengan manusia.


Perkara pertama bila jejak kaki di London ni haruslah cari Oyster Card. Oyster kad ni macam touch n go. Kena beli siap2 dan toupup. Mr.soulmate je beratur sorang2. Begitulah kami masing2 galas bag depan belakang. Alhamdulillah masih boleh survive.

Dari Victoria station, kami naik tube ke Bayswater. Sebenarnya nak ke tube pun kami pening laluan berselirat. Kebetulan masa tu ada reno,so laluan dia macam carca merba sikit dan ditambah kami yang jakun ni seolah2 macam rusa masuk kampung la.

Akhirnya kami pun sampai di Bayswater dan terus check in. Kami menginap di Smart Hyde Park Inn dengan harga seorang 113.94p untuk 2 malam. Hostel ni betul-betul berada di belakang malaysia Hall. Kalau nak minum teh tarik segelas RM10, bolehla ke sana hahaha....kami tak rindu nak makan makanan Malaysia lagi. Oh ya masa check-in tu kami dikehendaki membayar deposit keselamatan katanya tapi nanti masa nak check-out refund balik la. (ada kisah roomate kami tak bayar deposit ni dan dihalau keluar pukul 4pagi masa kami semua tengah nyenyak tidur nanti saya cita utk day 2)

Selepas kami check-in hostel, tanpa membuang masa kami terus cargas keluar. Bilik kami ada 4katil dan masa kami masuk,bilik dah ada orang dah makna kata full la orang dalam bilik kami. Barangnya ada tapi orangnya tiada. Tak sempatla nak berkenal-kenalan. Bilik kami ditingkat 5, jenuh gigih mendaki tangga yang sempit dan curam tu. Pelik juga macam mana British Standard boleh lepas pembinaan macam tu, melainkan diorang claim bangunan historical dan takleh ubah susun atur la kot.

Memandangkan kami pun lapar, last makan dalam flight tadi je, kami pun terus keluar cari makanan halal. Kami jumpa kedai kecil jual kebab Taza. Kami makan dulu kenyang2 dan salad boleh bertambah2 sebab free. 


Maka bermulala explore kami di kota London. Manusia memang ramai gila dan semuanya pelancong jela.




Kami ni sebenarnya tak suka sangat ramai2 orang ni, kami cari tempat yang jauh dari orang ramai dan mula buat kajian kat mana lagi kami nak jalan.




Ini video mr.soulmate ambil masa kami jalan2 di sekitar Big Ben dan River Thames. 



Kami jalan kaki sekitar kawasan ni je ambil angin malam yang dingin di sini.

Kami kemudian masuk tube balik dan meneruskan perjalanan ke Tower Bridge pula. 


Jauh juga menapak dari station tube berdekatan ke Tower Bridge ni. Kalau nak ambil gambar berlatarbelakangkan bridge ni kena turun tangga ke tebing sungai. Masa ni kami tak jumpa tangga tu lagi dan esok baru pandai cari tangga dari tebing sungai naik ke atas bridge ni pula.

Video di atas tu suasana malam di atas Tower Bridge.

Setelah jalan-jalan di sekitar kota London, urat-urat kaki mula bagitau kat otak, sudah-sudah lah berjalan tu, pi balik tidur esok sambung jalan balik. Makna kata kaki memasing dah krem dan sakit. Badan pun tune tak berapa betul lagi ni, jetlag la katakan.


Saya tengok ramai benor orang Malaysia suka ambil gambar kat sign tube ni maka, saya pun taknak ketinggalan jugala sementara menanti tube kami sampai.



Sebenarnya time ni muka memasing penat gila tapi gigih juga keluar bersiar-siar semata-mata nak memanfaatkan masa yang terhad yang ada. Okla jomla balik tidur yang nyenyak malam ni. 

Mata wang yang kami guna di sini ialah Matawang GBP British Pound (1GBP=RM5.60)

                                                     ..............to be continued
#azamfirdauswinterwonderland


Tiada ulasan: