Jadi mai dok qapat2 cheq nak ceqita sikit pengalam kami ni...layan la no....
Salam....merhaba....
Trip kali ni asalnya saya dan kawan sekolah saya je yang akan mengembara tapi mr.soulmate tak percaya akan kebolehan kami....cewah yeke mr.soulmate???
Akhirnya dia pun beli tiket sekali join trip ni tapi malangnya harga tiket dia dah naik harga rm200 lebih mahal dari tiket kami.
Maka bermulalah perjalanan kami ke 2 benua, 4 negara, 8 penerbangan dan 3 orang backpackers.
Trip ni bukanlah bertujuan untuk menyeksa diri tapi lebih kepada untuk menguji ketahanan fizikal dan mental masing-masing. Kalau travel dalam Malaysia ni tak nampak lagi ujiannya sebab kita masih berada dalam zon selesa. Yang dikatakan menguji fizikal dan mental tu ialah kami ni mempunyai budget kewangan yang tersangatlah terhad dan masa pula sangat singkat. Bekerja makan gaji dengan gaji gred 17 ni manalah boleh nak bermewah-mewah sangat melancong, kena ikut kemampuan gaji bulanan dan cuti rehat tahunan jela. Alhamdulillah kami bersyukur sangat sebab trip ni berjalan dengan lancar seperti yang kami rancang. Kadang-kadang terfikir juga macam mustahil je kami berjaya menempuhi trip ni.
Saya nak parking di parking tertutup di ERL tapi cari2 tak jumpa pula dan akhirnya nampak parking di padang tapi takdak sapa jaga dan banyak kereta parking kat situ. Kami pun disebabkan dah lewat nak ke KLIA2, tawakal jela tinggalkan kereta kat situ selama 12 hari. Kami sengaja pilih kat tepi jalan dan ada cahaya lampu jalan supaya malam nanti cerah kat situ.
Dari ERL Putrajaya, kami ke KLIA2. Sampai je kat KLIA2 terkejut juga sebab ada barisan beratur untuk timbang hand carry untuk masuk ke dalam. Dahla kami ni sah2 la over weight sebab takdak luggage check-in pun sekadar jadi backpackers je untuk trip ni. Nak kata gelabah pun tidak la juga sebab yang berat tu winter coat je sebab kami nak menempuh salji di sana. Kalau kena tahan ka apa memang ready nak keluarkan winter coat dan pakai je buat bodo walaupun kat Malaysia takdak salji.
Inilah girlfriend yang join trip ni juga. Kami ni kalau jumpa je mesti nak gaduh. So saya doa banyak2 supaya kami baik2 je. Alah kalau tak gaduh tak best kan. Time musafir ni jugala menguji hubungan persahabatan.
I ambil gambar u, u ambil gambar i...ok, jom kita.
Sebenarnya perasaan yang paling mendebarkan ialah bila berada di boarding hall. Masa nila saya berdoa tak henti2 supaya perjalanan ni lancar, selamat pergi dan selamat pulang. Minta doa supaya dijauhkan kecelakaan dan kejahatan di sepanjang perjalanan ini. Saya ni penakut sebenarnya tapi saya nak juga ambil risiko untuk menghadapi kelemahan diri ni. Saya taknak jadi seperti daun kering yang berada di atas air yang bertakung saja. Kalau boleh saya nak jadi seperti daun kering yang berada di atas air yang sentiasa mengalir. Bebas berada di mana saja dan tidak takut di alun arus air yang deras.
Sampai je di Tehran, kami kena melalui immigration dan kastam untuk keluar kemudian masuk semula untuk menaiki penerbangan ke Baku, Azerbaijan dengan penerbangan Azal Airlines. Masa sampai Tehran suhu mencecah negatif, pegawai airport tunggu dpn pintu flight tahan mana2 pompuan yg tak pakai tudung, kena cari apa2 tutup kepala juga. Kagum dengan perempuan2 Iran sebab jelita depa ni standard miss universe.
Kami pun macam biol-biol sebab nak cari jalan masuk balik untuk penerbangan seterusnya. Kiranya cop passport masuk kemudian cop passport keluar balik. Masa kat imi tu, pegawai tu hairan dia tanya dah nak keluar balik ke seolah2 macam kami ni tak nak explore dulu ke kat Iran ni sebelum keluar balik. Dia tak tau banyak tempat lagi ni kami nak tuju ni, nanti nak balik Malaysia baru nak explore Tehran. Kami senyum jela taktau nak jawab apa sebab macam payah je kalau nak explain melainkan kami tunjuk iti baru dia faham la kot.

Masa Security Check di Tehran, saya salah masuk kat bahagian lelaki. Macam rela diperiksa lelaki pula. Rupanya security check tu diasingkan lelaki dan perempuan. Patutla tak nampak kelibat pegawai perempuan kat situ. Perempuan lebih tertutup sebab nak menjaga aurat. Baguskan macam ni diasingkan lelaki perempuan, suka sangat. Kalau pakai belt pun kalau kena tanggalkan pun tak malu depan public. Walaupun saya bawak air tin, air botol dan lain-lain makanan, lepas je takdak nak kena rampas ke apa.
Penerbangan Dari Tehran ke Baku, Azerbaijan mengambil masa lebih kurang 2jam. Kami diasingkan terus dan duduk bersebelahan dengan lelaki. Para penumpang ke Azerbaijan ni semuanya bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya berpakaian berjenama mahal2 belaka. Bau perfum pun dah tau bukan jenama cap ayam.
Penumpang dari Iran ke Azerbaijan memula tutup litup, masuk je Azerbaijan, terus buka tudung. Masuk Azerbaijan pun lagi kagum dengan kejelitaan wanita2 di sini. Ajuma cuci toilet pun lawa ya awat. Orang Azerbaijan ni walaupun muslim tapi banyak jual arak kat sini. Kalau kat Iran arak diharamkan, maka bolehla minum2 ke Azerbaijan gitu. Anjing pun diorang bawa skali travel naik flight. Kalau anjing kecik2 xkisah sangat tapi ni anjing tinggi pinggang manusia, adoila nak luruh jantung ke lantai bila terserempak anjing2 ni kat airport Baku. Suhu di Baku masa landing tadi -7℃ tapi memandangkan kami xdak visa nak keluar airport, so xmerasala suhu di luar sana. Apa kaitan Rusia dengan Azerbaijan tah sebab ramai orang rusia kat sini dan tulisan dan perkataan depa pun macam lebih kurang sama.
Kami pun mula bersihkan diri, basuh muka, gosok gigi dan solat sekali di transit hall ni. Memang selesa sangatla sebab tak orang pun kat sini. Yang transit pun boleh kira dengan jari jela tapi semua yang transit terus tido. Kami je yang suka explore lagi.
Kami ditempatkan di kawasan transit yang super selesa dan moden. Kagum sebentar kawasan transit di airport Baku. Bukan setakat tu saja, kami kagum dengan kejelitaan warga Baku kerana mereka ni mix Rusia dan Arab. Kalau masuk toilet, kakak yang cuci toilet pun rupanya standard miss universe la. Tempat tidur yang selesa juga disediakan untuk penumpang transit. Bukan itu saja, café, kedai souvenir dan tempat shopping pun disediakan di kawasan transit.
Kalau nak beli apa-apa, cuma tukarkan duit di situ dengan matawang euro ataupun Azerbaijan Manat. Kami tukar matawang lira ke manat sebab nak beli kopi ja.
Kalau kat Iran takdak orang jual arak tapi kat Azerbaijan ni bersepah2 la jual arak.
Kat transit hall ni pun banyak jual arak, siap ada tagline "life is too short to drink bad wine".
Kami berada di tingkat paling atas dan takleh turun ke bawah sebab takdak visa. Next time explore Baku kalau umur panjang.
Setelah 5 jam transit di Baku, kami kemudian dipanggil untuk menaiki penerbangan seterusnya ke Istanbul. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Keadaan dalam pesawat pun selesa di mana penumpang dapat bermain game, dengar lagu atau menonton drama atau movie di skrin hadapan masing-masing. Selain tu, free meal dan free flow drink pun disertakan sekali. Rasa macam tak percaya je sebab kami cuma membayar lebih kurang RM200 untuk tiket penerbangan dari Tehran ke Istanbul.
.
.
Terasa macam sepanjang malam kami di Baku. Ok kali ni barulah betul, penerbangan ke Istanbul. Saya ada tragedi sikit di sini. Masa saya berjalan dari boarding hall ke pesawat tetiba hidung saya keluar darah dengan banyaknya. Hidung saya ni sensitif dengan cuaca sejuk. Kalau sejuk melampau memang hidung akan berdarah. Saya pasti ni mesti kes tadi suhu negatif kat Iran tadi ni.
Lapar sangat2 dah ni tapi nasib baiklah saya dapatkan tiket dengan harga rm200 dan dapat 2 kali makan.
Dahla dapat makan free pastu boleh pula pilih2 nak makan apa. Saya pilih nak breakfast sosej manakala girlfriend saya makan scramble egg.
Walaupun free tapi makanan ni ada rasa la juga berbanding AA. Sedap wokeh dan sangat mengeyangkan.
Tibanya di Ataturk Airport, terlalu
ramai pelancong yang ingin memasuki Turki dan pelancong kena beratur selama
2 jam untuk sampai di kaunter imigresen. Kami terasa jugalah dengan galas bag berat berdiri beratur selama 2 jam tu. Ada yang bawa anak kecil tu lagila kesian dengan budak naik angin mengelupur atas lantai dengan mak kena beratur lagi alahai kesian sangat. Nak buat macam mana kan Istanbul ni tumpuan pelancong seluruh dunia terutamanya negara arab. Apa yang saya nampak kat situ golongan bapak2 arab ni muka macam annoying manakala mak2 arab pula muka kesian ya amat dah dengan nasib ibu tunggal yang bawa anak tengah mengamuk tu. Saya pun kesian juga tapi nak tolong pun tak mampu sebab kita sendiri pun bag depan belakang dok galas.
Setibanya saya di kaunter imigresen, saya mengalami kesukaran di mana nama bapa ialah ‘Ahmad’. Pegawai di situ siap suruh saya tulis nama bapa di atas kertas. Ejaan ‘Ahmad’ di Turki ialah ‘Ahmet’ dan sultan Turki juga bernama ‘Ahmet’. Mungkin orang biasa tak boleh guna nama ‘Ahmet’ di Turki. Saya masih lagi mencari penjelasan dengan penggunaan nama ‘Ahmad’ di Turki ni. Perjalanan kami dimulakan di bumi Istanbul di mana suhu ketika itu mencecah -1C dan kami menghadapi kesukaran iaitu tercicir peta iaitu laluan dari stesen tram ke hotel. Hujan pula mulai turun renyai-renyai ketika itu. Dalam kesejukan suhu negatif dan basah hujan, kami singah sepanjang jalan bertanyakan arah hotel. Time ni saya dah sejuk gedi dan terpaksa berbungkus macam hantu bungkus dah mencari kedudukan hotel kami.
Hotel ni saya beli di Air Asia go holiday dan sebelum beli tu saya dah cek kedudukannya bersebelahan dengan tram Sultanahmet. Malangnya bila sampai, hotel yang lain depan tram tu. Rupanya hotel kami sebelah dengan Blue Mosque. Masaalahnya di manakah blue mosque?kami ni baru sampai nak memerlukan petunjuk.
Setelah bertanya dekat pak polisi yang sedap minum teh panas, dia pun bagi arah tuju. Alhamdulilah dalam 30minit kami pun tiba di hotel.
Sampai je kat hotel tu, kami disambut oleh owner hotel sendiri di pintu hotel sebab pak polisi dah call dia kata kami ni tengah sesat cari hotel dia. Dia pun terus bagi teh panas kat kami. Lega gila minum teh panas dalam cuaca sebegini. Dia kata takyah check-in lagi, kami kena makan dulu. Dia punya promote makanan kat restoren dia. Kami pun bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la kan. Kami ni penat 2 hari travelling, mengantuk sebab jetlag, sejuk menggigil perubahan cuaca drastik dengan tadi hidung berdarah semua.

Dia suruh kami duduk di belakang sebab katanya lebih panas sebab ada oven baker roti pun ada kat belakang ni buat roti.
Dia pun promote lagi air delima ni. Kami ok jela sebab badan dah penat gila time ni. Masa dok berjalan sana sini tak penat tapi bila sampai destinasi terus penat rasa macam nak koma kejap.
Abang roti ni punyala beriya nak borak dengan kami walaupun batasan bahasa. Dia ada sedara yang tinggal di Langkawi.
Inilah hidangan kami yang pertama di bumi Istanbul. Meriah bukan. Macam 10 orang makan. Ada kebab kambing, lembu, ayam, roti, nasi, sayur, piza cheese dan pencicah yogurt. Sedap gila sampai sekarang pun rasa dok meleleh air liur tepi bibir terkenangkan kesedapan makanan ni.
Bawah ni pula bilik kami berkongsi 3 orang. Bilik air memang spa habis la.
Ok the end...sambung pula next week sebab minggu ni busy dengan kenduri kahwin adik.
............to be continued
Tiada ulasan:
Catat Ulasan