Assalamualaikum.......
Bismillah....pembuka bicara.
Selamat pagi semua.....pagi ni nampak rupa macam mendung je. Angin pun kuat bertiup.
Pagi ni kami masih di pekan comel Cromwell. Cromwell ni dikelilingi oleh gunung ganang yang takdak pokok. Terasa ketenangan sangat di sini.
Kereta di parkir di depan bilik. Semalam sunyi sepi tapi pagi ni riuh rendah pula. Kebanyakan orang yang menginap di sini pekerja ladang buah. Saya pun berharap suatu masa nanti, saya akan kembali ke Cromwell untuk kerja kat ladang buah. Pagi-pagi semua pakat berebut masuk toilet dan dapur. Ada yang mandi, ada yang sekadar cuci muka. Ada yang bawak bekal ke tempat kerja, diorang masakla kat dapur ni. Pastu nanti ada pickup datang kat sini dan semua naik pickup ramai-ramai.
Semalam masa mendobi baju sempat borak dengan pelancong ireland, belgium dan france. Depa ni rupanya melancong sambil keja kutip buah kat sini. Depa guna visa melancong ja. Sebulan lagi depa akan keja kat australia pula dan mai balik sini balik. So 2in1 la melancong dan duit pun dapat.
Ada bilik depan bilik kami ni terbuka pintu biliknya, saya tak sengaja terjeling dalam bilik dia. Mak oii banyak gila botol2 arak, pastu dia perasan kot cepat2 dia tutup pintu. Sebab saya ada terbaca, kat sini diharamkan minum arak. Zombi yang minum arak tak leh la buat kacau penghuni yang lain di sini.
Kami tungu bagi semua clear dulu pakat pi kerja barula kami masuk dapur nak masak untuk breakfast.
Pagi ni breakfast masak nasi, telur rebus dan sambal bilis, jadilah nasi lemak. Makan nasi lemak pagi2 kat Cromwell ni nikmat sangat.
Kemudian kami ke pondok kaunter ni untuk serah kunci bilik dan bye bye la kat warga emas yang run tempat ni.
Maka dengan lafaz bismillah kami memulakan perjalanan seperti map di atas. Nampak je 3 jam setengah padahal malam gelap gelita pun masih di atas jalan. Hari ni roadtrip lebih adventure dari hari-hari lain sebab gps ni salah bagi jalan. Dalam kegelapan malam dia bagi kami naik bukit yang curam ke tempat orang mengail salmon atas bukit dan sampai ke jalan mati sejauh 10km. Pastu kena patah balik pula ke jalan kebenaran dengan bilik hotel pun tak booked lagi....fuhh...
Saya bercadang nak ambik gambar kat statue buah kat sini. Disebabkan cromwell ni famous dengan ladang buah seperti epal, aprikot, pear.
Kalau dari jalan besar kalau melalui Cromwell, memang nampakla replika buah-buah ni.
Inilah i-site Cromwell yang berada di hadapan parking lot. Parking lot di sini jugakla kami menunaikan solat semalam.
Gambar ni tempat, air tasik dan pokok pun yang sama dalam gambar. Bezanya bila langit mendung, air tasik pun kaler mendung juga.
Air ais ni.
Seterusnya menuju ke titi yang cantik sangat dalam google image.
Bezanya titi sekarang ni dah upgrade dengan konkrit dan ditambah tempat pemegang. View bukit dan pencawang letrik pun masih kekal di situ.
Sebelum kami meninggalkan pekan Cromwell ni, kami sempat singgah beli buah2 keluaran pekan di sini, support ekonomi Cromwell sikit. Rugi pula kalau dah sampai ke pekan yang popular dengan buah2 tapi tak merasa buah keluaran di sini kan.
Ingat kan nak beli sikit je tapi terborong lebih pula kat sini sebab buah-buah sangat segar dari ladang.
Kami borong mushroom, epal, nectarine, pear, plum dan sayur-sayuran lain. Sedar tak sedar buah-buah ni saja sampai nzd35.
Perjalanan diteruskan ke Wanaka tapi macam biasa kami pilih laluan jalan tanah berbatu dari jalan bertar sebab kami suka lalu tepi-tepi ladang lembu, kuda dan kambing. Nak berhenti berposing pun tak ganggu lalulintas.
Akhirnya sampaila kami di Tasik popular Wanaka. Memang ramai juga pelancong di sini macam kat Queenstown. Kami pun berhenti kat tasik paling hujung. Time ni mendung dan hujan pun renyai2 tapi sekejap je la. Rupanya kami berhenti kat tempat selalu di google iaitu "THAT WANAKA TREE" yang alone di sini.
Lone Tree of Lake Wanaka
Bila sampai di sini ha macam-macam style posisi la nak ambik gambar dia.
Saya pun menjadi model pada hari ni. Eh bukan setiap hari ke jadi model kepada mr.soulmate.
Pokok tumbuh di kepala hehehe....
Disebabkan kami berslfie tak dak sapa nak mai ambik gambar berdua, maka datangla sorang cik timah ni dok perhatikan je kami. Dia datang nak ambilkan gambar kami berdua berlatar belakangkan lone wanaka tree. Sebagai balasan kena la ambilkan gambar dia juga kan.
Kemudian kami pun jalan kaki ronda-ronda kawasan di sini. Memandangkan musim autumn, pokok semua bertukar kaler. Terasa sangat ke-autumn-annya.
Walaupun begitu, masih ada pokok yang berkaler hijau di sini. Into the woods.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Puzzle World Wanaka.
Puzzle World Wanaka ni tak jauh dah dari tasik ni. Sampai sini hujan renyai semakin lebat pula. Dugaan kan trip saya ni dengan cuaca dan kesihatan adalah perkara penting kalau travel.
Kalau masuk sini kena cop tangan. Pastu kena scan tangan yang dicop tu untuk masuk. Tak sukala sebab nanti susah nak tonyoh ink keluar kalau nak berwuduk kan.
Kami ambil harga nzd16 sorang yg basic saja tapi dia bagitau kalau nak masuk pagar sesat pun tak pa tapi kami xnak masuk pun maze tu sebab hujan.
Bilik pertama masuk adalah melalui pendakian curam tapi bilik ni direka untuk mata kita tak nampak kecuramannya.
Pening juga masuk dalam puzzle world ni, rasa kepala hotak gelong jap.
Setelah rasa gelong nak tergolek sebab lantai yang curam ni, akhirnya saya jumpa tempat stabil pijak atas kayu ni.
Aduhai memang pening kepala masuk dalam bilik ni, semuanya gelong.
Bersama kakak hologram.
Sampaikan dalam toilet pun ber 3d.
Bilik seterusnya bilik raksasa hehehe.....best pula
Keluar je dari bilik ni, kita boleh nampak apa yang berlaku sebenarnya aksi kita dalam bilik tadi dan sememangnya kita mudah tertipu dengan silap mata.
Selain tu pelbagai lagi objek-objek pelik di sini, antaranya....
Kerusi terapung
Air yang tiada paip airnya
Pakcik yang dok usha walau di mana pun kita berada, di hujung kiri, hujang kanan, di depan dan even dalam gambar ni pun kita still nampak dia dok usha kita kan.
Gelas atau 2 muka manusia?
Line hitam putih tu bergaris lurus tapi mata kita nampak condong2 kan.
Pokok merah tu antara pokok-pokok yang ditanam sepanjang jalanraya, cantik kan.
Okla moh la sambung balik perjalanan....
Kami berhenti di Tarras untuk isi minyak dulu. Comel pula kedai makcik ni ala-ala english style ni.
Niat di hati nak solat tapi tak dak pula sumber air di sini. Dengar bunyi air terjun tapi sungai nun jauh di sana tak tercapai dek tangan.
Disebabkan kami berdua teruja dengan keindahan bukit bukau di sini, harusla parking sat berposing buang sekeping dua.
Kalau tidak mesti kami dah sewa caravan dari syarikat jucy ni kalau tak jumpa mr.cameron, tuan punya kereta putih.
Kami melalui pekan Omarama dan nak tumpang toilet. Dalam toilet dia ada arahan bahasa melayu ok, ha nampak sangat orang melayu antara pelancong femes di new zealand ni.
Kami singgah sekejap di Twizel sebab nak tumpang toilet untuk berwuduk. Ronda2 kawasan Twizel ni cari pot nak solat tapi macam tak selesa lak sebab tanah basah je sebab hujan. Ronda punya ronda last2 sampai ke tasik Pukaki dan kami solat je tepi tasik Pukaki je.
Memang kalau jumpa tempat parking, kami pun akan berhenti nak bergambar juga. Teruja kami berdua sebab Mt Cook masih bersalji nun jauh di sana walaupun sekarang musim luruh. Marila nak mengejar salji tu.
Kami mai di sini ni selain mengejar salji, kami nak cari penginapan juga la tapi malangnya semuanya fully booked. Sedih kan. Teruskan lagi perjalanan dan bergambar sebab tempat ni terlalu indah.
Cuaca tak yah cakapla betapa sejuknya sampai tangan takleh nak keluar dari poket dah time ni.
Dengan perasaan hampa sebab tak dapat bilik dan teruja dengan keindahan, kami pun meneruskan perjalanan semula.
Tengah mencari-cari penginapan, kami terperasan akan keindahan di depan mata. Kami dapat saksikan cahaya oren pada salji di puncak gunung sana. Saya taktau macam mana nak terangkan keindahannya dan camera pun gagal nak ambik view ni. Cuma beberapa saat dan hilangla sinar mentari di puncak salji tu. Kami akhirnya mengambil keputusan keluar menuju ke Tasik Tekapo.
Zoom sikit, nampak tak cahaya yang terkena salji di puncak sana. Moment ni cuma beberapa saat saja dan kemudian cahaya tu hilang. Tetiba rasa macam terkaku wahhhhhh.......
Disebabkan teruja dengan senja di sini di mana semua color bukit dan langit bertukar color purple, kami harusla berhenti untuk ambik gambar yang lebih sempurna. Ambik gambar masa kereta bergerak tak lawa sangat asyik bergoyang je.
GPS kami sekali lagi bawa jalan salah lagi, dalam kegelapan malam dia bawa kami ke jalan mati. Risau dah saya time ni sebab dengan kesejukan malam, minyak kereta pun dok menyala, gelap segenap alam tak nampak sebarang penempatan dan lapar lagi, selsema dan demam saya pun makin teruk, hanya Allah ja tau bagaimana keadaan kami.
Sampai je kat Tekapo, kami singgah ke holiday park tapi penuh, kemudian singgah ke YHA hostel penuh juga dan beberapa motel yang singgah pun no vacancy. Kami pi isi minyak dulu. Masa isi minyak, mr.soulmate dapatkan map Tekapo dan kami telefon bnb yang ada dalam map ni pun penuh. Saya memang pasrah la kalau tido dalam kereta pun malam ni.
Akhirnya, mr.soulmate call no hotel yang betul2 berada bertentangan dengan kami. Hotel tu ada sebuah lagi bilik kosong. Ya Allah....rasa syukur sangat. Satu2nya bilik yang masih kosong di Tekapo rupa2 rupanya berada betul2 di hadapan kami sekarang ni. Hotel The Godley semalam nzd155 dan mengadap tasik Tekapo. Tapi dah lewat malam tak nampak apa pun kat sini walaupun kawasan ni famous dengan keindahan tasik. Tunggu esok jela.
Akhirnya, mr.soulmate call no hotel yang betul2 berada bertentangan dengan kami. Hotel tu ada sebuah lagi bilik kosong. Ya Allah....rasa syukur sangat. Satu2nya bilik yang masih kosong di Tekapo rupa2 rupanya berada betul2 di hadapan kami sekarang ni. Hotel The Godley semalam nzd155 dan mengadap tasik Tekapo. Tapi dah lewat malam tak nampak apa pun kat sini walaupun kawasan ni famous dengan keindahan tasik. Tunggu esok jela.
End day 8 yang paling mencabar di New Zealand. Semoga kami jumpa pelangi yang indah pula esok. Good Night.
#azamfirdausroadtripnz
Expenses
Buah = nzd35
Wanaka Puzzle World = nzd32/2pax
Petrol = nzd69
The Godley Hotel = nzd155
TOTAL = nzd291
.......to be continued
kiwi road trip
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan