Khamis, 3 Disember 2015

Part 3 - Busan Al-Fatah Dusil Mosque : Dynamic Busan, Korea Day 2



Annyeong-haseyo.....

Day 2

Otoke....hujan renyai-renyai pagi ni. Walaupun hujan tak menghalang kami untuk meneruskan advanture di bumi Busan.

Hari kedua di sini, kami beli payung jenis dan kaler sebiji macam hari kedua kami kat seoul. Entry Seoul klik di sini.

Hari ni kami ambil one day metro berharga 4500W. One day metro ni boleh naik turun subway sebanyak mana pun tapi valid satu hari jela. Memandangkan Busan ada masjid, hati saya tak sabar2 nak lihat tamadun Islam di sini. Dari stesen Jagalchi kami akan turun di stesen Dusil, kena melepasi 21 stesen...zzzzzz.....lena dulu. 

Sebaik je sampai di Dusil keluar ikut Exit 8, keluar je dari Exit 8 jalan terus dan terus kira-kira 200m sampai jumpa kedai tayar Hankook di sebelah kanan. 

Macam biasala kami ni walaupun jasad orang tua tapi berjiwa kanak-kanak. Saya dan mr.soulmate main lumba lari sapa cepat sampai masjid dia menang n sapa kalah kena belanja lunch. Dalam dok lawan lari dari bawah tanah sampai keluar, rupa-rupanya gelagat kami diperhatikan oleh sorang ajushi. Dia siap tunjuk arah ke masjid kat kami macam tau2 je kami nak tuju kat masjid. Alamak hai malunya....ingatkan takdak sapa nampak kelakuan kami sebab kat stesen Dusil ni sunyi ja nampak.

Keluar ja dari stesen subway kalau pandang kanan dah nampak kubah kaler putih. Subhanallah.....

Kedudukan Masjid ni agak tersorok sikit. Masjid Busan ni merupakan masjid yang kedua dibina di Korea Selatan. Masjid ini didirikan pada tahun 1980 hasil derma seorang dermawan Libya, Dr. al-Falaq. Sejak itu masjid ini menjadi tumpuan muslim di sekitar Daegu,Ulsan, Gyeongnam dan Gyeongbuk untuk beribadat.

Masjid ini juga menerima sumbangan dari Kerajaan Turki untuk mengubahsuai bahagian dalaman masjid supaya lebih berkonsepkan seni lukis Islam.




Ok waktu zohor pun dah masuk, saya pun cari tempat wuduk pompuan. Pusing naik tingkat atas sampai dok tawaf masjid ni tak jumpa toilet pompuan pun. Lepas tanya orang, tempat pompuan kat tingkat bawah dalam bilik hujung sekali. Dalam bilik tu macam bilik rehat n ada toilet skali dlm tu.

Tempat pompuan solat kena naik tingkat atas tapi saya tak larat dah nak cari, saya solat ja kat bawah tempat laki lagipun xdak sapa dalam ni kecuali saya dan mr.soulmate.

Masa saya dah habis solat dok lipat telekung baru ada 2 laki masuk, sorang solat n sorang lagi tak solat dok berdiri kat belakang ja.




Sementara mr.soulmate dok tunggu saya bersiap pula (maklumla pompuan kan, kena perbetul tudung, pakai bedak pula, mcm2 kan lepas solat), dia dok borak dengan tok imam masjid kat luar. Tok imam ni orang Korea dan dia pernah beberapa kali mai Malaysia dan pernah menuntut ilmu di Kelantan. Kat lobi masjid ada tabung sedekah dan risalah mengenai Islam. 

Lepas solat, kami pun lunch kat restoren Morocco Casablanca. Dalam restoren ni full house dengan pak arab. Nampaknya saya sorang je pelanggan pompuan kat sini. Tukang masak dan pelayan semua pompuan.

Kami pesan nasi khabsah lamb. Sementara tunggu makanan siap, kami dijamu kacang kuda dan air teh seteko free ok!!
Lama juga menunggu makanan nak siap, sambil makan kacang kuda sampai habis, barula nasi pun sampai.

Kami makan nasi khabsah lamb satu set. Kami taktau portion dia banyak mana, so kami pesan satu dulu. Kalau tak cukup boleh order lain pula. Dah sampai hidangan memang banyak gila ok nasi dia. Okla pesan satu pun, makan sorang memang tak habis. Macam makanan Korea juga, dia hidangkan sekali dengan side dish yang lain. Semua makanan kami ni harganya tak sampai RM30. Puas hati dengan harga dan kesedapan makanan ni. Kalau sesapa singgah ke masjid Busan ni, makanla nasi ni memang sedap gila serius rekomen ni.


After lunch ambik blk subway dan turun kat st.oncheonjang sb nak naik cable car kat gunung geumjeong. Sampai je kat st oncheonjang ikut arahan nak ke cable car tak jumpa lak. Jalan dah sejauh 500m nampak lotte shopping mall pulak. Asal nak hiking kat gunung dah tukar hiking dlm mall sudah. 

Dalam mall ni, shopping barang2 kosmatik, beli sikit ja tp free gift dpt lagi byk dr barang beli. Barang makeup xyah habaqla memang murah gila. Rambang mata macam semua nak beli. Kalau mai Korea tak shopping barang makeup memang tak sah la.

 Lepas kuar dr mall, naik lak subway dan turun kat st.haeundae, kiranya akan bertukar 3 stesen subway line utk sampai ke st.haeundae. kat st ni kami ambik exit 1 n naik bas no.181 ke haedong yonggungsa temple. 

Naik bas ni kami guna t-money yg beli kat seoul 2 thn lepas. Katanya T-money ni takdak expired, so kalau ulang pakai ke Korea pun ok. Sebenarnya masa naik bas ni xtau pun nak turun mana, rasa nak ikut org ja tapi kebanyakan local semua naik bas ni nak blk rumah masing2. Perut dah gundah gulana tak tau nak turun tang mana ni. Takpa kalau sesat pun kita enjoy ja. Selpiaq la dulu dalam bas, satgi kita qeyau pula na.

........to be continued

2 ulasan:

Time Traveller berkata...

suka baca kisah orang pi korea ni.. sangat menraik banyak yg nak di share :D

Hafirdaus berkata...

terima kasih sudi singgah baca