Pagi ni suatu perasaan sedih yang tak dapat nak gambarkan. Sedih nak tinggalkan bumi negara matahari terbit. Jepun adalah sebuah negara yang saya rasa sesuai untuk tinggal selamanya. Saya suka kebersihan, kedamaian, keindahan dan kecanggihan di sini.
Walaupun mulut terukit senyuman tapi dalam hati nangis pilu taknak balik ke Malaysia hahaha....melampau sungguh...dasar lupa daratan. Eh macam mana nak apply migrate ke Jepun???
Ok moh ler kita ke airport. Memandangkan bag berat, kita naik subway la. Sebelum ni jalan kaki je nak ke Nagoya Station sebab nak jimat duit punya pasal.
Kami ambil subway Sakura Dori =200Yx2 dan kemudian ambil subway Meitetsu ke airport = 2,490Yx2.
Walaupun flight lagi 5 jam lagi nak berlepas, kami dah terpacak kat tengah2 airport nan mesra muslim ni. Airport Japan adalah salah satu airport yang mesra muslim kerana depa sediakan kemudahan untuk orang2 Islam dari segi solat dan makanan halal walaupun Islam bukan majoriti penduduk di sini. So jangan nak heran sangat le awat airport tax mahai nak mampus. Ya airport tax Jepun memang mahal dan takleh nak kata apa la memandangkan kemudahan yang disediakan di airport ni.
Bag mengalahkan macam orang duduk setahun ja. Kemudian kami pi simpan bag dulu dan dikenakan caj sebanyak 500Y. Kalau nak naik atas shopping ke makan ke kat tingkat atas tu, xleh bawa bag bagai semua ni. So terpaksala keluarkan duit pi simpan bag. 5 jam kat sini xkan nak tercangak tak explore dulu kedai2 kat sini.
Kali ni memang sengaja kami datang awal ke airport sebab kami ada kisah tragedi kat airport Incheon, Seoul.
Kisahnya di mana airport terlalu ramai orang dengan penerbangan ke China. Beratur panjang berjela pun tapi sikap orang nak ke China yang suka potong Q dan suka berebut ni takleh nak kata apa dah. Jadi 5 minit lagi flight nak terbang, kami masih di imigresen!!!! dari imigresen kami berlari sekuat hati mana nak kena naik subway pula ke building flight tu dan berlari lagi sampaila adik cantik manis berbaju merah ketat nak tarik tutup pintu flight, kami pun terus menjerit....WAITTTTTT.......... dia cuma senyum ja kat kami. Selepas kami, sesapa tak sempat naik flight kena tinggal bye bye okeh. Memang banyak seat yang kosong dalam flight ni. Ni mesti gara2 tertinggal flight la sebab tak sempat ke imigresen atau dengan kata mudah paham tak suka berebut balik dengan geng2 tanah besar China tu.
Ok itula pengalaman yang tak dapat dilupakan di airport Incheon. Airport Incheon memang gila ramai punya manusia. Ni gelombang k-pop punya pasal juga ni.

Lapar?jangan risau sebab kat sini ada jual pek Brahim. Pek masak merah ayam dijual dengan harga 410Y manakala kari daging lembu harga 464Y. Siap ada bendera Malaysia lagi tu ha.
Tetiba dari jauh ada orang jepun cakap indon sambil lambai2 kat kami. Rupanya dia ni jaga pameran Toyota i-swing kat sini. Dia cakap dia menetap 3 tahun kat Indonesia ikut suami dia keja kat sana. Dia boleh cakap sikit2 jela tapi kami boleh pahamla apa yang dia cakap walaupun tak fasih. Toyota i-swing ni mengingatkan saya cerita wall-e. Manusia semua jadi gemuk sebab dok atas benda alah ni.
Kemudian kami ke rooftop, tengok view dari atas lak. Tak clear sangat langit, bukan sebab jerebu ye tapi sebab hujan renyai2.
Kemudian, kedengaran panggilan ke Kuala Lumpur. Alahai beratnya kaki nak bergerak sampai kena naik benda ni hehehe poyo taknak balik Malaysia tu.
Kat airport saya borong coklat kitkat perasa green tea, wasabi dan sakura ni.
Kat Osukanon lak selain borong t-shirt dan souvenir, saya borong benda makan gak iaitu kopi, seaweed, tuna kering, mi soba dan miso soup. Miso ni paling best sebab beli yg kering, balik tuang air panas ja siap satu hidangan sup miso.
Tak sempat nak balik rumah kena singgah pet hotel dulu. Kesian tu si bulu oren dah stress ditinggalkan mommy. Seminggu lepas tu, tetiba si bulu oren ni masuk majalah lak sebab ada wartawan datang kedai ni dan interview owner pet hotel ni dan dia snap gambar budak ni. Lawan tuan nampak, muka masuk majalah.
Next entry saya akan sediakan penyata kewangan sepanjang di Jepun ya. Total expenses akan saya kira dari day 1 until day 8.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan