Rabu, 18 Februari 2015

Bamboo Grove, Arashiyama Kyoto : #10- Chasing The Sun Day 4

Dari Tenryuji Temple kami pun menonong sekali lagi folo ja tourist yang lain kat depan kami ni macam rombongan cik kiah pula. Pelancong yang datang ni ramainya dari Jepun jugak, orang asing boleh kira la berapa sangat tapi taktau la pula sebab muka jepun, korea n cina ni serupa je kan.

Menonong punya menonong tetiba sampaila satu tempat yang redup ja. Ummah manusia takyah nak habaqla memang sesak. Nak ambik gambar view tanpa orang kat sini agak mustahil sebab crowded sangat. Tetiba mr. soulmate kata "ha nila tempat yang gambar dalam desktop window tu kan" nampak sangat tak berapa nak buat research kan tau menonong ja n jumpa tempat yang indah macam ni lak.

Sesapa yang malas nak jalan boleh ambik beca or rent ja basikal kat sini tapi tak best la kalau nak ambik gambar ka apa. Gambar kat atas tu abang beca berlari usung beca. Oh ya nak masuk tempat ni free of charge ya so nak bertapa sampai besok pun kat sini no hal sebab tempat ni dibuka 24jam.


Makcik2 kat atas tu memang orang Jepun pun tak tanyala dari mana sekadar senyum2 ja kat depa.

Nak cita sikitla pasai Bamboo grove ni. Bamboo grove ni dalam bahasa Jepun adalah Chikurin bermaksud dusun buluh. Tempat ni dijadikan tarikan pelancong kerana suasana yang cantik dan menarik. Kiranya ni adalah top spot kat Kyoto la dengan keluasan sekitar 200 hektar. Cara yang paling jimat dan mudah adalah dengan menaiki train JR dari stesen Kyoto dan turun di stesen Saga Arashiyama. Dari stesen Saga Arashiyama kena jalan kaki ke lokasi2 yang menarik di sekitar yang cuma melalui lorong2 rumah penduduk tempatan. Mudah kan kalau kita datang sendiri tak terikat dengan travel agent, boleh singgah mana2 tarikan pelancong di sini sebab memang banyak tempat menarik nak singgah.

Tak macam kat Tenryuji Temple tadi takleh bawak tripod, kat sini nak pacak tripod kat mana pun takdak masalah. So bolehla ambil gambar berdua2 kat sini dengan tripod. Kalau tidak hang ambik gambar aku, aku ambik gambar hang jala. Camera saya, guna henpon ja so takla lawa macam camera mr.soulmate. Untungnya semua gambar saya lawa2 dan semua gambar mr.soulmate tak lawa sangat sebab guna henpon ja hehehe......

Gambar kat atas ni guna camera mr.soulmate la, kualiti gambar pun beza hokey color lagi menarik. Ada ramai gak pelancong yang offer diri nak jadi cameraman kat kami sebab tengok kami dok berposing depan tripod ja kan tapi kami menolak dengan baik sebab kalau gambar tak cantik leh delete terus dan ambik lagi dan lagi dan lagi.....

Akhirnya berjaya gak ambik gambar lindung ummah manusia kat belakang kami so nampak macam kami berdua jela kat sini hehehe....


Tak kira pelancong Jepun ka, mat saleh ka, orang cina ka dok offer diri nak ambik gambar kami. Last2 kami terimala offer orang France ni ambik gambar kami guna camera henpon saya ja. Tak paham gak sebab apa diorang rimas ke tengok kami ambik gambar guna tripod ni or memang depa ni memang baik gila n sudi nak tolong orang di mana2. 

Ingat nak cerita sekali pasai romantic train kat sini tapi gambar2 romantic train tak pilih lagi, sambung next entry la.

..............to be continued 

Tiada ulasan: