Khamis, 26 Disember 2013

Amazing Thailand, Day 1

Saya terkejut juga dengar berita bom kat Hadyai pada hari sama saya bertolak balik tapi syukurla saya tak ikut Hadyai, saya ikut Wang Kelian ja. Ramai kawan-kawan dan family bertanya khabarkan kami berdua yela yang kena bom tu couple dari Malaysia dan ada kawan mr.soulmate mati2 ingatkan kami yang kena, ishhh nauzubillah.


Kali ni punya travel agak mencabar juga sebab road trip dengan kereta sendiri masuk ke Thailand. Apa pun tak tau kan main redah je. So pagi2 dah keluar rumah tapi singgah dulu kat Alor Setar. Dari Alor Setar kami ke Changlun sebab nak buat insurans kereta. Insurans kat RnR Gurun tutup sebab ada renovation. Kos selama 9hari insurans berharga RM18 dan dapat sekali kad masuk Thailand color putih. Dari Changlun kami ke Wang Kelian, tak jauh mana pun dalam 30minit dah sampai. Masa kat wang kelian pastikan tangki minyak kereta diisi sepenuhnya dan kebetulan time tu dah tengahari, kami pun makan dulu kat kedai makan yang berada di tengah2 border Msia dan Thai.



Setelah selesai semua urusan immigration, kami pun bertolak dari Wang Kelian ke Satun. Orang Thai panggil Wang Kelian ni Wang Prachan, so kedua2 nama ni adalah sama ja. Sampai je kat pekan Satun, kami pun tercari2 gak kat mana nak cari simkad fon sebab nak buka waze GPS kan kena guna internet. Pastu nampakla Tesco Lotus ni terpampang tapi diorang punya Tesco tema color hijau tak macam color kat Malaysia yang color biru. Masuk je dalam Tesco tu tak dak bezanya macam kat tempat kita. Kami beli simkad 12call sebab coverage dia bagus dan harga pun murah. Kat kedai tu saya terus call kawan saya aka x-roomate masa saya study kat UiTM Arau dulu. Dia marah saya sebab katanya dia tunggu saya datang dari pagi lagi sampai ke petang.


Roa trip diteruskan melalui pekan-pekan kecil. Saya kagum banyak benda sebenarnya dengan kawasan selatan Thai ni. First sekali signboard welcome ada model perempuan pakai tudung, kemudian jalan raya dia lebar dan sepanjang jalan ada laluan untuk penunggang motosikal. Bukan tu saja malah keadaan jalan pun sangat cantik. Susahla nak cari jalan yang rosak or berlubang sepanjang road trip ni. Ekonomi Thailand pun semakin maju dari Malaysia dan dah tentu2la duit Baht lagi mahal dari Malaysia sekarang ni. Thailand dulu tak sama dah macam sekarang okeh.


Lebih kurang 2jam 30minit kami pun sampaila di pekan Trang. Saya kena cari airport Trang sebab kawan saya akan jemput saya di sana. Katanya airport Trang ke rumahnya tak sampai 1km pun.

Tak sangka rupanya Air Asia pun datang sini gak. Selalu cek takdak pun lokasi Trang dalam website dia, macam mana flight dia leh ada kat sini lagipun airport ni domestic airport.

Sampaila saya kat rumah dia. Lepas peluk cium semua sebab dah lebih 10tahun tak jumpa kan, kami pun gerak ke waterfall berdekatan iaitu Ton Tae Waterfall.

Saya, mr.soulmate, Bunga dan kawanya nama Tri sama2 hampar tikar dan berpicnic la kami. 

Lepas mandi manda dan makan pulut ayam semua, kami pun gerak ke pekan Kan Tang pula jejalan makan angin.

Tri, Bunga and me.
Kemudian Bunga bawa kami bersiar-siar dan seterusnya dinner.

Rupa makanan ni memang nampak macam tak menarik tapi percayala rasa dia memang sedap gila. Gila punya sedap makanan2 kat sini, heaven la kami dua pastu balik Malaysia berat naik sekilo.

Lepas makan kami jalan2 kat waterfront pula. Jumpa 2orang adik cantik manis yang pandai cakap melayu. Sorang pernah belajar kat USM, Penang dan sorang lagi belajar kat Indonesia dan depa ambil subjek bahasa melayu.

Tetiba terasa nak naik feri seberang laut. Harga tambang feri seorang adalah 2baht lebih kurang 25sen seorang, boleh gitu. Tambang 25sen untuk pergi balik okeh tapi kami pun tak jalan mana pun turun feri kat seberang sana dan naik balik ke seberang sini. Saja ambik angin malam atas feri.

Last destinasi kami ialah pasar malam. Meriah betul pasar malam ni dan ada persembahan budak2 sekolah rendah buat charity kat sini. Kata Bunga sekolah2 kat sini selalu buat persembahan untuk charity. Yang best nya tetiba dengar lagu Noraniza Idris dan rupanya budak2 sekolah ni menari tarian zapin, tak sempat nak ambil gambar tapi comel2 semuanya.

Macam2 jual kat sini dan semestinya banyak juga makanan halal di sini sebab kebanyakan peniaga adalah beragama Islam.

Saya belikan rantai tangan batu2an kat kakak2 saya dan bunga belikan souvenir kat saya dan mr.soulmate.

Tetiba jumpa kedai ni macam menarik sebab harga t-shirt ni murah sangat sehelai lebih kurang RM15 dan tambah huruf 50sen satu. Kain dia lembut sangat dan selesa dipakai. Mula2 cakap broken english je dengan mamat ni sekali dia jawab fluent english dah. Pastu sesambil dia buat baju ni kami borak2 dengan dia. Rupanya dia study buat master dan menetap kat New Zealand selama lebih 11 tahun. Haaahh...mau tak fluent english nya, malunya saya hehehehe. Tanya dia kenapa jual t-shirt kat pasar malam ja dan dia jawab dia enjoy buat kerja ni selain nak berada dekat dengan family. Yela yang penting kita bahagia dengan apa saja pekerjaan kita. Tak guna kerja stress gaji duit bertingkat2 tapi hati tak bahagia takdak gunanya.

Lepas gerak dari gerai t-shirt baru saya perasan kebanyakan peniaga kat sini muda2 dan fasih berbahasa english juga. Sebabnya diorang yang berniaga di sini kebanyakannya bukan calang2 orang juga, saya rasa kebanyakannya lepasan universiti. Contoh seterusnya gerai poskad ni pun fasih berbahasa english. Dia ambil jurusan fotografi di universiti dan jual poskad di pasar malam. Semua gambar2 poskad ni dia ambil sendiri. Yang bagusnya mamat ni pula, dia siap sediakan stem dan peti pos untuk kita pos poskad on the spot. Saya pun apa lagi kan ambil kesempatan beli poskad dan pos kat mr.soulmate. Kagum dengan anak2 muda yang pandai ambil peluang guna kebolehan sendiri dengan start buat bisnes kat pasar malam dulu. Next couple years mana tau kot2 ada syarikat besar pula kan. Kenapa graduan kita tak try buat macam ni gak, jangan terlalu bergantung nak kerja kerajaan semata2.

End day 1. Tomorrow Bunga bawa kami ke tempat mencabar. Kalau ada claustrophobia baik jangan pi tempat tu.

2 ulasan:

adda syuhada berkata...

bestnya....teringin plk nk jenjalan kat san...

Hafirdaus berkata...

best sangat....takyah pi jauh2 sampai ke Krabi n Phuket, dekat2 Trang pun ok dah