Salam Ramadan.....
Ini bukan hidangan bulan Ramadan ye. Hidangan ni saya buat lama dah masa saya baru balik dari Korea haritu dan nak habiskan instant rice korea ni. Gigihkan bawa balik nasi ni. Sebenarnya saya beli nasi ni sebab nak makan dengan daging rendang brahim kat sana tapi ada lebih lak so bawak balik Malaysia jela takkan nak buang pula, kesian nanti nasi nangis. Nasi ni saya beli kat kedai convenience store GS25. Kedai GS25 ni macam kedai 7eleven kat sini. Nasi ni melekit sikit dan rasanya seakan sushi. Butir nasi pun bulat-bulat comey.
Seaweed ni pula saya beli kat sana juga. Memandangkan saya ada seaweed dan nasi ala-ala sushi ni maka saya try buat kimbap. Bezanya dengan sushi saya tak letak vege dan protein kat dalam nasi.
Seaweed ni sangat sedap dan saya tak paham gak kalau orang tak suka makan seaweed ni. Saya boleh makan macam tu ja macam makan snack depan tv. Seaweed yang saya guna ni ada perisa smoked garlic.
Inila hasilnya roll yang tak berapa kemas dan cantik ni. Tapi takpala sebab rasanya sangat sedap.
Semangkuk instant rice tu dapatla banyak ni ja kimbap, jadila kan untuk buat breakfast je pun.
Ini breakfast sehari selepas balik dari Korea masa bulan April nun. Jangan salah sangka kata breakfast masa bulan Ramadan pula.
Selamat mencuba.....
2 ulasan:
Salam ziarah di bulan Ramadhan..
Ada juga bawa balik seaweed..perisa biasa dan kimchi..tak teringat nak bawa balik instant rice tu...kena beli beras sushi..
Terima kasih sudi ziarah blog saya
Catat Ulasan