Bukan main lama lagi kan nak update entry ni, about a month jugakla sebab saya bizi sangat dengan hal ehwal pembelajaran ni. Cuti seminggu je pun dan time cuti memang banyak benda nak submit-submit dan test berkunjung tiba untuk week after we all holiday ni. Memang saya pun apa lagi sebelum berangkat tu tak tido malam berapa hari tah semata-mata nak siapkan perkara penting supaya nanti balik tak la bizi sangat sampaikan hari sebelum nak berangkat pun saya kisahkan buku, asignment, test dan guru tercenta. So kalau tak jadi murid cemerlang memang saja la kan tapi i memang super duper cemerlang pun kan kah kah kah. So travel kali ni saya pilih ke Korea masa musim bunga maka banyakla bunga cherry blossom yang kembang mekarnya sepanjang jalan di bumi winter sonata ni. Seperti biasa my travel partner is my mr. soulmate. Cian dia tau saya seksa sungguh-sungguh barefoot dalam travel kali ni sebab we all tak la sewa keta macam kat Perth or pakai tour guide macam kat Medan. We all naik public transport sepenuhnya, mau tak sakit satu badan barefoot punya pasal. Dahtu bukan setakat round area Seoul je tapi sampai terjah ke Jeju dan Udo island sama. Banyak tau suka duka nak share tapi biarla kita cita satu persatu dulu. Tak suspen la nak cita semua sekarang kan hehehe.
Maka saya dan mr.soulmate mulakan perjalanan pada hari khamis. Pagi khamis tu pukul 4 pagi dah gerak dari Merbok ke Alor Star sebab we all ambik flight dari Alor Star ke Kuala Lumpur. Khamis tu saya ada kelas tapi dah siap kawtim baik punya dengan madam tercenta untuk ubah kelas hari khamis tu ke hari sebelum lagi. Nasib baikla madame ni memang baik sangat sebab tula ramai student sayang dekat dia sebab boleh bawak bincang. Kepada guru yang takleh dibawa bincang disemburnya dengan ayat "SO WHAT????YOU'RE STUDENT, masalah kamu saya pedulik haper" so kalau dapat ayat macam tu berserah jela, dia terlalu ego untuk dibawa berbincang dan mungkin juga dia lupa bahwasanya dia pernah jadi murid suatu ketika dahulu. Ok sambung balik hari khamis tu memang saya keluar rumah awai sebab nak kemaskan bag lagi, jangan tiru saya ya nak naik flight baru dok cari nak bawa baju apa simpan dalam bag.
Macam kebiasaan setiap kali travel kena buat catatan ringkas terutamanya bab budget supaya tau berapakah jumlah keseluruhan belanja untuk kali ni. |
Dari Alor Star terbang ke KL ambil masa 45minit je, nak tido pun tak sempat tau-tau dah sampai LCCT. Dari LCCT pula saya naik bus turun ke KL Central sebab ingat nak cari hotel are KL Sentral je sebab flight ke Kore awal pagi esok. Dari KL Sentral kami dua jalan kaki menapak ke hotel Sentral, tak jauh mana pun tapi kami silap jalan dok tawaf bangunan satu lagi, adoila hazab sungguh. Saya tak booked pun hotel nak tido malam tu dan masa nak beli walk-in harganya RM140, tak jadi beli walk-in saya terus bukak website agoda dan beli room on the spot dalam agoda dulu sebab harga dalam agoda RM98, nampak tak beza harga dia. Jadila pengguna bijak sikit harga beza untuk bilik yang sama. Pastu saya tunjuk je email saya dari skrin tablet dan terus dapat bilik dengan harga yang lagi murah dari walk-in. Petang tu saya dan mr.soulmate jejalan ke mid valley sebab saya nak beli bateri camera dan nak cari selipar sebab kaki saya dah melecet dan bengkak dah. Ha baru kat Malaysia kaki dah melecet kan apa lagi nak berjalan sakan kat Korea ni.
Dari KL Sentral kami naik bus ke LCCT pukul 4.45pagi. Kemudian flight ke Seoul pukul 8pagi. Penerbangan ke Seoul mengambil masa selama 6jam dan apa lagi 4 kali ulang ke toilet pun tak sampai-sampai lagi, nasib baikla ada guru muda umur 27 dari New York mengajar english kat Seoul peramah juga dok kat sebelah. Dia seronok jumpa orang utan kat Sabah dan pi jejalan kat Pulau Redang. Dia jejalan Malaysia dengan kawan dia juga tapi kawan dia guru english kat Indonesia so dia balik sorang jela ke Seoul.
Ok nantikan entry pada Day 1 pula ye. Good nite nak tido.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan