Isnin, 8 April 2013

Red Velvet Cupcakes VS Giant Red Velvet Cake

Assalamualaikum.....sihat ke?perang bendera dah bermula, seronok juga tengok tapi jangan sampai mengganggu lalulintas sudah la. Pru kali ni sangat membantu dalam pembelajaran terutamanya subjek social science. Mula-mula macam boring subjek ni tapi bila negara hangat dengan pru ni rasa seronok jugak mengkaji tokoh-tokoh politik negara ni. Sudah pasti kalau belajar social science mata dan minda harusla terbuka dan menjadi natural ok, jangan dok fanatik sangat. Ok stop pasal social science.
Tapi kali ni bukan nak cerita pasal perang bendera ka apa tapi nak cerita pembuatan kek lagi ni sempena hari pertunangan adik ipar aka adik mr.soulmate. Pada hari pertunangan ni saya diamanahkan oleh family untuk sediakan bekas hantaran ini dengan sebiji kek red velvet.

Bila buat kek ni tak sah pula kalau tak buat cupcakes kan sebab resepi asal ni ialah cupcakes. Memang saya rekomenkan sesapa nak ambik resepi ni buat cupcakes la sebab teksturnya tersangatla gebu dan mudah hancur.

Resepi cupcakes ni saya masih guna resepi yang lama iaitu di sini .
 Resepi asalnya saya ambil dari blog cumin and cardamom. Gula dari blog ni guna 2 1/4 cups tapi saya terpaksa kurangkan kuantiti gula sehingga 1 cup. Ini kerana nak sapu frosting yang sedia manis kat atas kek tu nanti pula.

Cupcakes dan cake kali ni dibantu oleh pembantu-pembantu yang ringan tangan or tulang or what so ever membantu tak lain tak bukan ialah rakan-rakan sekelas saya la. Perasan tak frosting saya ni agak smooth sikit dari resepi saya sebelum ni? 
Rahsianya ialah frosting ni saya guna cream cheese+non-dairy whipping cream+butter+gula aising+vanilla

Nak cerita step by step buat frosting pula la sebab dah banyak cerita pasal buat kek sebelum ni. 
Mula-mula saya beatkan whipping cream ni sehingga kembang or jadi peak. Dalam bekas yang lain saya pukul cream cheese sehingga kembang dan baru masukkan 1 cup gula aising dan vanilla. Kemudian sedikit demi sedikit saya mix dengan whipping cream. 
Buat macam ni barula senang sikit nak paipkan frosting sebab dia lembut tak jadi sekeras macam sebelum ni.

Ok saya mengaku saya tak pandai nak paipkan frosting lagi sebab sangat comot. Saya gunakan apa saja bahan-bahan hiasan yang ada dalam simpanan untuk guna atas kek ni.
Kek ni adalah 2 biji kek yang di gabungkan menjadi satu, meriah sikit kan.


Selamat mencuba dan menjamu selera....

3 ulasan:

Anna Qawina berkata...

Assalamualaikum Noor...rasanya pestaim tinggal komen ni..selalu datang jenguk je..
dah cantik deco tu..soft je kaler..
Salam kenal..
**saya bukan chef*..heeh

Hafirdaus berkata...

waalaikumusalam....terima kasih sudi berkunjung blog saya yang tah apa-apa saya suka melalut dlm ni hehehe. Saya ni tangan tak berseni nak paip frosting tu, malula pulak ada org xpert singgah tengok blog saya. Saya tengok blog anna memang cantikla frosting nanti boleh share sikit tips

Hannah Sytieh berkata...

wah best :) will follow u :)