Pukul 5pagi flight dah berlegar di Perth. Tengok kat tingkap macam ada benda macam serpihan kaca tapi bila tengok betul-betul rupanya ais kat tingkap aeroplane. Dalam hati mampusla sejuk gedi bila cecah kaki kat tanah perth ni. Baju tebal dabak pun kuarkan siap-siap maklumla dah biasa dok rasa suhu 37C ni tetiba mai kat tempat sejuk mau demam ni. Bila flight touch down je perasan ais kat tingkap dah hilang dah. Suhu pagi tu kata cik peramugari 6C. Ok la tak sejuk sangat, masih boleh hadapi lagi jangan zero sudah.
Alamak turun je dari escalator ada anjing hitam mai kat setiap penumpang ambik bau kat hand luggage kot2 la bawa benda haram. Anjing tu nampak macam baik ja, okla. Yang pastinya bagi bag kat anjing tu cium, kalau tak ada apa-apa ok je. Nasib baik lepas sebab yang syioknya big mac dalam bag mr.soulmate pun lepas, nampak sangat anjing ni tak cukup deria bau. Kalau tidak mesti sensitif juga bau makanan ni.
Masa nak cop passport disambut ramah oleh uncle imigresen. Dalam kad arrival ada tulis tempat menginap di albany dan dia ni siap bercerita apa lagi ada yang best kat albany macam xcited je ada tourist nak ke Albany, orang tak suka ke Albany ke? Dalam kad arrival tu ada tick medicine and drug then dia cancel kat kotak tu sebab dia kata kitorang punya ubat untuk kegunaan kami dua je, bukannya untuk sapa-sapa. Amboi kemain senang lagi tak sempat nak bukak mulut nak cerita ubat yang bawak tu cuma vicks je. Sembang panjang pulak padahal ramai lagi dok beratur belakang ni. Takpala layan jela.
Lepas tu ada lady yang sambut plak check kad arrival tu tanya food apa yang tick kat kad tu. Food pun macam tu jugak, dia tanya apa yang saya bawak dan tak check pun. Pastu sembang lagi dok cerita bagusla kami pi albany sebab albany ni cantikla apa la then banyak whale boleh nampak kat Albany tu. Kami pun tanya jugak macam mana senang nak ke Albany bagai serupa dia staf kat tourist information centre la pulak. Sembang punya sembang, dia pun cancel kat tick food tu dia suruh jalan keluar terus ja tak yah dah nak scan bag bagai. Senangnya padahal dalam bag luggage ada megi la, ayam minang la, sambal ikan bilis la dan macam-macam lagila. Alhamdulilah senang keja. Kena pulak mr.soulmate ni suka bersembang memang pegawai-pegawai sini layan jela. Kesian pulak tengok yang datang berfamily ni kena bukak satu persatu bag.
Masa nak cop passport disambut ramah oleh uncle imigresen. Dalam kad arrival ada tulis tempat menginap di albany dan dia ni siap bercerita apa lagi ada yang best kat albany macam xcited je ada tourist nak ke Albany, orang tak suka ke Albany ke? Dalam kad arrival tu ada tick medicine and drug then dia cancel kat kotak tu sebab dia kata kitorang punya ubat untuk kegunaan kami dua je, bukannya untuk sapa-sapa. Amboi kemain senang lagi tak sempat nak bukak mulut nak cerita ubat yang bawak tu cuma vicks je. Sembang panjang pulak padahal ramai lagi dok beratur belakang ni. Takpala layan jela.
Lepas tu ada lady yang sambut plak check kad arrival tu tanya food apa yang tick kat kad tu. Food pun macam tu jugak, dia tanya apa yang saya bawak dan tak check pun. Pastu sembang lagi dok cerita bagusla kami pi albany sebab albany ni cantikla apa la then banyak whale boleh nampak kat Albany tu. Kami pun tanya jugak macam mana senang nak ke Albany bagai serupa dia staf kat tourist information centre la pulak. Sembang punya sembang, dia pun cancel kat tick food tu dia suruh jalan keluar terus ja tak yah dah nak scan bag bagai. Senangnya padahal dalam bag luggage ada megi la, ayam minang la, sambal ikan bilis la dan macam-macam lagila. Alhamdulilah senang keja. Kena pulak mr.soulmate ni suka bersembang memang pegawai-pegawai sini layan jela. Kesian pulak tengok yang datang berfamily ni kena bukak satu persatu bag.
Lepas tu pergi quiet room solat subuh. Quiet room tu kat hujung sekali kat tempat arrival, kat sebelah kaunter keta sewa hertz. Dah sampai negara omputih ni sila sediakan botol kosong dalam handbag sepanjang masa sebabnya toilet memangla tak ada air. Masuk toilet ambik wujud dan masa keluar tu tengok mr.soulmate kemain rancak sembang dengan makcik-makcik yang naik flight sekali tadi. Tanya dah lama kenal ke rupanya baru kenal 2minit lepas hehehe. Oh ya sebenarnya penerbangan ke perth semalam hampir 90% orang melayu datang beraya kat Perth. Sebab tu masa lepak-lepak kat airport macam rombongan cik kiah lagi punya bising padahal masing-masing mai bukan sekali pun. Keluar dari airport masing-masing bawa haluan sendiri.
Lepas tu kami keluar cari cab kat luar untuk ambik keta sewa kat bayswater near airport. Dalam teksi pun sembang rancak kemainla mr.soulmate dengan driver teksi ni dari airport sampai ke bayswater non-stop borak ok, saya cuma mendiamkan diri sebab penat dan sejuk. Rupanya kami sampai awal sejam sebelum kedai bukak. Sejukla tergetar-getar kat luar kedai tu. Tengok kawasan kat bayswater tu terus terlintas pekan Jitra sebab suasananya macam jitra cuma bezanya suhu.
Kami ambik keta toyota corolla hatchback siap sekali dengan insurans selama 5hari. Mr.soulmate sangat teliti baca setiap helaian kontrak dan ambik gambar kereta di setiap posisi manala tau tetiba masa kita pulangkan kereta dia charge ada calar, kemek dan apa-apa lagi sebab memang nampak ada kesan calar teruk jugak kat bumper bawah tu. Minyak dah full tak payah cari stesen minyak nak isi macam kat Malaysia tapi masa nak hantar kena full jugak la minyak. GPS tak ambik sebab dah download gps tom tom dalam ipad dan smartphone. Lagipun saya tak suka bergantung kat gps, saya suka tengok map lagi dari bergantung harap kat gps. Best apa kalau tengok map sebab kita tau kedudukan kat mana2 dan tau mana arah utara, selatan,timur, barat.
Destinasi pertama kami gerak ke Kilang halal pie iaitu Danish Patisserie beli roti dan pie untuk bekalan nanti. Dari Danish Patisserie gerak ke Carvensham Wildlife Park dekat Whiteman Park. Yang bestnya sekadar berpandukan map ja kami dah sampai tempat yang ditujui, senang sebab banyak signboard. Tengok map dan alert dengan signboard sepanjang jalan, insyallah tak sesat. Bateri Ipad lak dok lip lap nak habis. Lepas bincang-bincang memang kena ambik juga la gps kat bayswater sebab bateri gps tu direct caj kat kereta.Bunga-bunga liar kat traffic light
Inilah Caversham, destinasi wajib kunjung kalau sampai di Perth. |
"Incik Kangaroo yang comel, boleh dak hang tunjuk sat jalan tang mana nak jumpa incik kaola yang suka mengeloh siang malam tu?" kangaroo balas balik tapi dalam hati ja "Cakap kedah dengan aku sorila nak layan, cakap omputih bolehla layan" hahaha padahal hakikat sebenarnya masa mula-mula sampai ni heran pasaipa la kangaroo ni mai serbu seolah-olah macam minta sesuatu or nak bagitau something je. Padahal itula cara diorang welcome pengunjung hehehe tipu lagi...sebenarnya diorang lapar. Datang nak minta makanan kat pengunjung.
Tengok tu lapar sungguh maklumla tak brekfes lagi. Kecoh betul saya marahkan kangaroo tu suruh pelan-pelan makan jangan berebut macam marah kucing kat rumah je. Ranjer kat sebelah tu kata gila ka apa dok marah kangaroo dia. Mula-mula takut juga tapi bila layan depa ni rasa syok la pula macam layan kucing sebab depa ni manja-manja semuanya.
Tangan sebelah dia siap minta kita turunkan sikit level tapak tangan sebab senang nak makan katanya hehehe
Masuk je dalam caversham tu teruja habis kot 1st time jumpa kangaroo. Rupanya kat caversham pagi tu ramai la rakyat Malaysia yang naik flight sekali ada jugak kat situ. Saya tanya mr.soulmate awat tak rasa macam kat ostrolia, rasa macam kat msia ja sebab semua orang melayu pagi tu. Apa lagi riuh rendah cik kiah sekali lagi la hahaha lawak lawak. Hampir setiap family kami beramah mesra, masing-masing tanya apa plan next, tido mana bagai.
Ada juga yang sesat masa nak datang sini sebab gps bagi jalan salah hehehe itula jangan percayakan 100% kat gps. Tengok kami berpandukan map ja boleh juga sampai, riak la pulak. Bila bagitau depa kami tak book mana-mana tempat penginapan dan masih tak tau nak menginap kat mana, depa pula kalut risaukan kami hehehe sebab depa ni mai sini siap ambik pakej semua dan siap ada tourist guide juga. Takpa kalau ada duit, kami ni bajet ciput je main redah sendiri la cari yang termurah. Konon ala-ala backpacker tapi bawa bag troli hehehe.
Rupanya yang ambik pakej ni diorang tak banyak buat reseach pun masa datang sini semuanya bergantung pakej nak bawa ke mana je dan saya sempat bagi alamat-alamat tempat menarik terutamanya kilang pie halal tu. Saya bawak buku kecik sepanjang masa sebab dalam buku tu info-info dan alamat-alamat penting kat Perth semua ada, kalau hilang buku tu jenuh la.
Pukul 10pagi kami menyaksikan show. Menarik jugk show ni. Masa nak start show, saya asyik ketawakan kambing biri-biri yang tengah bersiap sedia nak mulakan lakonan kat padang tu. Muka cuak pun ada sebab nak kena hambat dengan anjing nama Jack dan bapaknya namanya billy. Anjing ni memang cerdik senangla kerja tuannya dapat anjing pandai ni. Kat show ni dia tunjuk macam mana cara nak motong bulu kambing cara klasik dan moden. Kecian kambing tu dibogelkan bulu dia tapi bulu dia nanti akan cepat tumbuh balik nanti.
Habis show pukul 10pagi jangan lupa tengok show pukul 11pagi pula iaitu show wombat and friends. Yang kena dukung tula wombat tapi wombat ni bad mood sikit jenuh penjaga dia nak tenangkan dia. Kelaku dia asyik nak bebai macam budak-budak ja. Nanti ada ayat baru kalau budak-budak suka merajuk or bebai ni nak panggil "Jangan dok bebai macam wombat la, buruk laku" hahahaha....
Lepas tengok show semua, kami pun jalan-jalan tengok banyak lagi binatang ada kat sini. Bestnya tempat ni sebab kebanyakan binatang kat sini memang tak dak kat Malaysia, macam-macam binatang pelik ada kat sini yela benua Australia ni besar sebab tu banyak binatang pelik-pelik ada sini.
Lepas puas main-main dengan binatang-binatang ni semua, kami pun berpicnic la ala-ala omputih jugak kat whiteman park makan pie kambing biri-biri yang beli tadi kat Danish Patisserie. Sangat lazat pie dia ni rasa nak kena try buat kat rumah ni tapi mana nak cari daging kambing biri-biri kat kedah.
Lepas tengok show semua, kami pun jalan-jalan tengok banyak lagi binatang ada kat sini. Bestnya tempat ni sebab kebanyakan binatang kat sini memang tak dak kat Malaysia, macam-macam binatang pelik ada kat sini yela benua Australia ni besar sebab tu banyak binatang pelik-pelik ada sini.
Lepas puas main-main dengan binatang-binatang ni semua, kami pun berpicnic la ala-ala omputih jugak kat whiteman park makan pie kambing biri-biri yang beli tadi kat Danish Patisserie. Sangat lazat pie dia ni rasa nak kena try buat kat rumah ni tapi mana nak cari daging kambing biri-biri kat kedah.
Lepas bincang dengan mr.soulmate kami decide ambik jugak gps sebab kami nak travel 409km ke selatan ni dan mungkin perjalanan lebih mudah kan dengan gps tapi apa pun saya tetap buka map sepanjang jalan sebab tak suka bergantung sepenuhnya kat gps. Kalau melencong nak singgah mana-mana ja mula gps ni bising
suruh turn balik, sibuk ja suka hati orang la nak pi mana pun.
suruh turn balik, sibuk ja suka hati orang la nak pi mana pun.
Ini map Albany Highway kalau dari Perth ke Albany. Lebih kurang pukul 1pm, dengan lafas bismillah kami mulakan perjalanan nun ke Albany melalui Albany Highway yang sangat sunyi tu.
Kat York berenti sekali sebab driver nak beli coke sebotol $3 dan tumpang toilet.
Sekali lagi berenti kat North Bannister isi minyak bagi full balik. Sejuk tergetar-getar kat sini, cek suhu kat keta menunjukkan 12C, nampak je panas terik padahal sejuk gedi ni. Ok sambung semula perjalanan. Walaupun letih gila dari semalam dok travelling dari Kedah lagi tapi tak boleh nak lelap mata sebab terkagum dengan keindahan semulajadi kat sini. Ladang bunga canora jauh mata memandang dan hamparan bunga lavender pun saujana mata memandang. Bukan saja indah tapi harum pula tu, syurga dunia.
Sebenarnya memang cuak nak lalu kat albany highway ni sebab jauh dari town dan kiri kanan hutan ja masa tengok dalam google earth. Sangkaan meleset sama sekali bila dah sampai sini, sebenarnya albany highway indah sangat dengan tanaman lavender dan bunga canola sepanjang jalan. Bau yang harum memang tak boleh nak gambarkan. Lepas tu sepanjang jalan memang banyak town comel-comel, stesen minyak, toilet dan tempat picnic. Boleh kata setiap town kami singgah kot sebab best.
Sekali lagi singgah kat town Arthur River minum kopi latte buat panaskan badan sebab sejuk sangat tambah-tambah bila angin tiup, alahai sejuk sampai ke tulang hitam.
Singgah kat town Mount Barker, solat jamak. Sambung perjalanan semula. Sepanjang jalan ni banyak sangat rainbow, dalam satu tempat ada sampai tiga rainbow dan ada juga dua rainbow sekali, canti sangat. Mungkin masa tu baru lepas hujan kot. Ada sekali rainbow merentasi jalan macam gerbang jalan dan kami melalui bawah rainbow. Sayangnya camera tak berapa nak canggih tak dapat gambar rainbow, hampa dan sedih sekali.
Bila nampak matahari pun mula nak tenggelamkan diri baru kami sibuk tengok signboard accommodation sepanjang jalan ni. Motel ni semalam $90, mahal tak nak la. Kami gerak lagi mudah-mudahan dapat penginapan yang murah nanti.
Masa nak sampai pekan Albany nampak sekor wombat duduk kat tepi jalan macam anak bear pulak rupanya. Kemudian terpampang signboard Ace Motor Inn kat tepi jalan. Gumbiranya sebab memang niat nak menginap kat situ pun sebab baca review ramai yang puji melambung tempat ni. Masa tu sejuk tak terkata, tak sanggup nak keluar dari kereta dah. Mr.soulmate je keluar register apa yang patut. Bilik ni semalam $78 untuk 3orang sebab bilik untuk dua orang dah habis. Puas hati bilik ni sebab heater dia memang panas, ruang bilik besar, ada tv, peti ais, iron, internet free, hair dryer,dan lain-lain.
So dinner malam tu makan big mac, bun danish patisserie dan ayam minang dan pekena air nescafe panas.
Sebelah bilik ada pokok lemon. Banyak buah sampai buruk-buruk jatuh atas tanah tu. Tak ada orang kutip ka, rembat sebiji dua hehehe
Ok good nite sambung esok plak, zzzzzzzz.......
TOTAL EXPENSES FOR DAY 1
Cab from airport = $30
Kereta sewa including insurance and GPS untuk 5hari = $310
Pie n bun at Danish Patisseries = $12.50
Caversham Wildlife Park entry = $23x2 = $46
Isi minyak kat North Bannister = $30
Minum kopi latte kat Arthur River = $4.50
Minum coke = $3
Check in Ace Motor Inn semalam = $78
TOTAL = $514
Tiada ulasan:
Catat Ulasan