Pernah dengar tak “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.” Tajuk berat untuk entry blog masakan ni. Entry kali pun tak dak kaitan dengan masak memasak tapi saja nak bercerita tentang menuntut ilmu. Kali ni saja nak bercerita dengan ilmu yang saya mula-mula menuntut sampaikan ke hari ni. Cerita nak buat tajuk mencari ilmu ni sebab ramai kawan-kawan yang terdekat suka benar menyoalkan saya. Semoga entry ni menjadi jawapan kepada semua persoalan. Bagi pendapat sayala, hidup ni tak pernah berhenti sedikit pun dari menuntut ilmu. Selagi masih bernafas carilah ilmu, moga-moga ilmu tu disampaikan kepada orang lain pula
Gambar hiasan sumber dari google |
Pendidikan awal saya ialah di Sekolah Rendah Sultanah Asma. Sekolah ni memang popular di Kedah sebab ini salah sebuah sekolah yang tertua di Kedah. Sekolah ni semuanya perempuan.
Gambar hiasan sumber dari google |
Selepas habis darjah 6, saya bersekolah di Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah. Masa saya tingkatan dua di sekolah ni, saya kehilangan kedua ibu bapa dalam kemalangan jalan raya. Saya bersekolah sampai tingkatan tiga je sebab saya apply sekolah lain lepas dapat result PMR. FYI, sekolah ni sekolah perempuan juga.
Gambar hiasan sumber dari google |
Selain pendidikan akademik, saya juga belajar untuk membuat baju. Baju pertama yang saya buat ialah baju kurung jahitan tangan sepenuhnya. Best tau bila buat baju sendiri. Favorite saya bila buat baju kurung ialah suka jahit mata lalat di bahagian leher. Baju kurung jahitan tangan saya yang pertama masih ada sehingga kini.
Gambar hiasan sumber dari google |
Selepas PMR, saya meneruskan pengajian dalam bidang pengajian kejuruteraan awam di Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium sampaila SPM. Selepas dapat result SPM, saya pun meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di UiTM.
Gambar hiasan sumber dari google |
Saya ambil diploma Kejuruteraan Awam di UiTM kampus Arau selama 3tahun. Disebabkan saya hidup berdikari, sesudah tamat pengajian saya terus cari kerja untuk menimba pengalaman. Ramai kawan-kawan saya sambung pengajian di peringkat ijazah tapi masa tu fikiran saya cuma nak cari duit. Selepas habis belajar, saya bekerja dengan kontraktor selama setahun kemudian saya cari kerja lain. Kali ni tukar angin kerja dengan Mat Saleh Photographer London ni.
Gambar hiasan sumber dari google |
Syarikat ni beroperasi di Alor Setar walaupun bos Mat Saleh. Namanya Dennis Alan. Sunspot Production Sdn Bhd ialah syarikat yang buat poskad, map dan khidmat photography. Saya pernah ikut Dennis ni ke Cameron Highlands untuk ambik gambar. Banyak juga saya belajar mengenai gambar ni. Dia bukan saja bos tapi macam cikgu sebab setiap gambar dia ambil, dia akan ajar saya macam mana nak cari subjek, angle dan lighting yang betul. Dia juga ajar macam mana nak edit gambar balik dalam computer. Kalau tidak saya pun tak tau apa-apa pasal gambar-gambar ni. Mana reti nak ambik gambar view ja, kalau ambik gambar tu mesti ada orang yang control ayu depan camera barula gambar diambil tapi rupanya macam-macam lagi benda yang cantik bila ambik gambar selain ambik gambar orang. Mula dari situ saya dah mula berminat dengan bidang photography tapi saya tak mampu nak beli camera lagi masa tu. Tapi sampai sekarang saya ingat pesan dia, kalau nak ambil gambar yang cantik tak perlu camera DSLR, camera biasa pun cantik asalkan amalkan petua-petua yang dia bagi seperti di atas. Pasang angan-angan dulula. Kesimpulannya dari sini, saya belajar bagaimana untuk mengambil gambar menggunakan camera.
Gambar hiasan sumber dari google |
Seterusnya saya bekerja aka menuntut ilmu sebab masa saya kerja ni saya banyak belajar bidang yang tak pernah terfikir pun nak buat iaitu buat wiring pasang chandelier. Agar mencabar dan menuntut kesabaran nak setup chandelier ni sebenarnya. Masa ni saya kerja di Elegant Lighting di Alor Setar. Kali ni bos cina pula tapi bos saya sangat-sangat baik dan tak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman lighting dengan saya. Masa ni jugala baru saya tau macam mana nak buat wiring untuk pemasangan lampu-lampu deco ni. Senang ja, janji tau wayar mana nak kena sambung dan paling penting utamakan keselamatan. Memang saya suka interior design ni dan kerja dalam bidang ni memang sangat best. Saya pernah buat site visit ikut bos ke rumah banglow mewah yang 80% nak siap sebab nak pasang lighting dalam rumah tu. Disebabkan bos saya tau saya ada diploma kejuruteraan awam, dia bawa saya sebab minta pendapat nak letak lighting apa?kat mana? macam tula. Sebenarnya kejuruteraan awam tak belajar lighting-lighting, deco-deco, interior design ni semua tapi disebabkan saya selalu menonton rancangan interior design dan selalu beli majalah id dan selalu buat research pasal id, so saya tak lokek juga berkongsi idea dengan bos saya. Saya kerja tak lama sebab saya dapat keja kat Wisma AIA kat masjid jamek as financial planning. Kesimpulannya, dari kerja ni saya belajar wiring lighting dan interior design.
Sebenarnya saya tak sempat kerja lagi sebab sebelum kerja kami kena attend kursus financial planning ni selama seminggu. Selepas habis kursus, saya bagi alasan tak nak kerja. Masa kursus tu kami diberi gambaran belajar insurans di Malaysia. Hari terakhir baru kami diajar untuk menyakinkan rakyat Malaysia untuk memiliki insurans or easy word nya nak jual insurans la. So, habis kursus insurans saya pun chaw balik ke Alor Setar. Walaupun cuma sebentar tapi saya belajar tentang insurans di Malaysia dan bagaimana strategi untuk mendapatkan pelanggan.
Gambar hiasan sumber google |
Sebenarnya saya tak sempat kerja lagi sebab sebelum kerja kami kena attend kursus financial planning ni selama seminggu. Selepas habis kursus, saya bagi alasan tak nak kerja. Masa kursus tu kami diberi gambaran belajar insurans di Malaysia. Hari terakhir baru kami diajar untuk menyakinkan rakyat Malaysia untuk memiliki insurans or easy word nya nak jual insurans la. So, habis kursus insurans saya pun chaw balik ke Alor Setar. Walaupun cuma sebentar tapi saya belajar tentang insurans di Malaysia dan bagaimana strategi untuk mendapatkan pelanggan.
Gambar hiasan sumber dari google |
Kemudian saya bekerja di Wetra Marketing iaitu syarikat membuat kopi. Kerja saya seharian menerima duit dari salesman dan kira stok kopi kat salesman ni semua. Saya kira stok kopi dengan software EMAS (electronic management account system). Software ni lebih senang berbanding UBS. Saya sangat tak suka guna UBS sebab sangat menyakitkan mata dan sakit kepala sebab software dia tak mesra user. Disini saya belajar account buat pertama kalinya dan guna software yang berkaitan dengan inventory. Saya kerja tak lama sebab syarikat ni bos dia agak resist dengan melayu. Pekerja melayu kerja temporary ja sebab cukup 3 bulan dia akan bagi surat cinta suruh berenti kerja. Alasan dalam surat tu, kerja tak perform dan kena berenti. Pelik juga alasan tu sebab saya ni kalau kerja memang bersungguh-sungguh tambahan lagi belajar benda baru ni sangatla bersemangat waja belajar sambil kerja. Lepas tu baru tau yang dia memang tak kekalkan pekerja melayu sebab diorang ni resist, top management cakap melayu senang keja gomen berbanding bangsa depa. Ok, no comment tapi setahu saya la gomen memang menggalakkan bangsa selain melayu kerja dalam gomen. Kesimpulannya, kerja sini saya belajar guna software EMAS, account dan inventory.
Gambar hiasan sumber dari google |
Dah kena pecat kan apa lagi mula cari kerja lain pula. Masa ni saya tak pernah terlintas di fikiran nak minta kerja gomen pun sebab TAK MINAT. Waktu break lunch merayau-rayau la saya di pekan Simpang Kuala maka bertemula jodoh dengan Antar Holiday. Syarikat ni syarikat perlancongan di dalam dan ke luar negara tapi bisnes utamanya ialah kemudahan bas ke Genting Highlands setiap hari. Kebetulan tanya ada kerja kosong ke tak, bosnya Lim Pok Lok ada. Lim bagi test kat saya iaitu buat surat taip computer dan print bagi kat dia, tajuk bebas asalkan surat rasmi. Ok buat jela bohong-bohong. Masa nak bagi surat tu, dia keluar makan plak, yela time lunch kan. Masa ni bulan Ramadhan so saya takla pi makan jugak sebab tu ada masa merayau cari kerja. Saya tinggalkan no. fon saya dan gerak ke tempat lain pula cari kerja lagi. Tengah drive dah mana hala dah, Lim call saya tanya saya kat mana sekarang. Rupanya dia nak hire saya on the spot juga siap suruh masuk kerja haritu jugak. LOL...disebabkan penat sangat saya cakap esok jela masuk kerja sebab hari tu actually last day kerja kat tempat sebelumnya.
Maka bermula kerja sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat perlancongan. Seriously kerja ni memang fun sebab syarikat ni tak cari customer tapi customer selalu datang sampaikan kena tunggu turn untuk berbincang dengan saya untuk pakej perlancongan yang Antar Holiday sediakan. Shif kerja saya pukul 3ptg-11mlm. Kerja ni sebenarnya bos tak kisah masuk pukul berapa pun sebab kami tak ada punch kad langsung tapi semua pekerja tau tanggungjawab masing-masing. Kalau ada kesempatan saya pun jadi tourist guide ke Genting Highlands. Customer Antar bukan saja orang local tapi international, jadi bos sangat menggalakkan pekerjanya fasih berbahasa Inggeris walaupun dia punya english pun ermmmm....
Bos ni suka buat kenduri. Masa Ramadhan, dia akan minta org Islam masak dan dia buat majlis berbuka puasa. Masa Raya Cina pula, dia buat kenduri arak pulak. Ala kenduri ala-ala bagi arak kat dragon dancer mai minta angpau tu. Lama juga saya kerja kat sini sebab best dan banyak benda yang saya belajar. Kemudian saya dapat tawaran kerja sebagai penjawat awam maka dengan hati yang sedih saya maklumkan kat bos. Memandangkan kerja ni kerja malam, saya minta kat bos untuk kerja part time belah malam selepas waktu kerja sebab saya memang suka sangat kerja sini. Bos lagila suka sebab kalau nak ambil orang baru kena train lagi. Kesimpulannya kat Antar, saya belajar berkomunikasi secara langsung di counter service dengan customer, pemandu pelancong yang tak bertauliah untuk peak season only, membuat account harian dan lain-lain kerja admin.
Gambar hiasan sumber dari google |
Secara rasminya bermula kehidupan saya sebagi penjawat awam. Sejujurnya kerja penjawat awam ni sangat berbeza dengan kerja di private sector sebab tak banyak cabaran dan lain-lain alasan yang tak boleh umumkan di sini. Apa-apa pun kerja ni menjamin masa hadapan sebab banyak benefit dan salah satunya pencen di hari tua. Akhirnya saya berserah juga walaupun sebelum ni saya kata saya tak minat kerja kerajaan kan. Demi masa hadapan yang belum tentu dan saya pula sebatang kara yang hidup berdikari sorang-sorang ni patut fikir untuk kerjaya yang lebih selesa. Saya ditempatkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sangkaan saya tentang kerja kerajaan ni sama sekali meleset bila saya ditempatkan di bahagian Hal Ehwal Pengguna. Kerja saya menerima aduan pengguna dan menguruskan majlis-majlis rasmi. Kebanyakkan masa kerja saya buat kat luar berbanding dalam pejabat sebab sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan termasuk membuat pameran-pameran kesedaran pengguna. Okla kan agak menyeronokkan juga. Disini saya belajar bersikap profesional bila berhadapan dengan pengguna yang emosi marah sebab kena tipu oleh peniaga dan juga pengguna yang menangisi kesedihan akibat terlalu percayakan skim cepat kaya. Melalui cerita-cerita pengadu ni banyak memberi pengajaran kepada saya betapa pentingnya kita menjadi pengguna bijak, berfikir secara waras untuk membuat keputusan dan yang penting dalam dunia ni tak ada sapa nak bagi hadiah free kat kita buta-buta melainkan orang yang mengenali kita la kan.
Gambar hiasan sumber dari google |
Kerja di jabatan ni semestinya lebih ramai staf dan staf perempuan ramai juga. Disebabkan ramai wanita-wanita bersifat feminin, saya pun terikut-ikut dengan aktiviti sambilan di opis iaitu memjahit manik di baju kurung masa lunch hour bulan Ramadhan. Aktiviti jahit manik ni memang addicted dan memberi impak juga sebab hampir kesemua baju kurung lama atau baru saya akan jahitkan manik bukan saja di pergelangan tangan, malah sampai buat corak manik kat seluruh kain. Corak manik tak payah bagitaula macam-macam jenis dengan pelbagai color. Corak kat atas ni paling mudah nak buat dan cantik asalkan kita pandai buat ton color kat corak manik. Petua jahit manik pula jangan cari manik yang color seakan-akan kain, kalau boleh cari color manik yang menyerlahkan manik kat kain.
Gambar hiasan sumber dari google |
Sesambil jahit manik aktiviti pot luck memang kerapla buat. Memasing tunjuk bakat memasak ke pejabat. Start buat pot luck ni saya semakin minat dengan masak memasak. Sebelum ni memang saya jarang sangat-sangat masuk dapur. Nak masak pun tak reti. Tapi memandangkan ada season pot luck ni, saya berusaha juga masak sebab nak bawa juga masakan sendiri ke pejabat. Bersungguh tak saya ni. Kan saya dah cakap sebelum ni, kalau saya dah terjebak ni, saya akan buat bersungguh-sungguh sampai jayanya. Bagi saya usaha tangga kejayaan or mat salehnya kata nothing impossible. Tak tau, belajar sampai tau. Tak tau banyak, tau sikit pun jadila asalkan berusaha untuk tau. Sejak-sejak saya terror masak spaghetti bolognese, apa lagi setiap kali pot luck takdan nak buat orang lain dah request saya bawa spaghetti bolognese. Bukan nak riakkan diri la tapi sapa saja yang pernah makan spaghetti saya kata spaghetti saya yang terbaik walaupun orang yang pernah makan spghetti kat Paris sekali pun kata benda yang sama. Alhamdullilah la saya pandai masak ni saja, satu-satunya masakan yang reti buat.
Selain kelas belly dancing, saya ambil kelas swimming juga. Saya belajar berenang dengan cikgu Wong di ASRC. Sebelum ni saya sangat fobia dengan air yang dalam tapi bila belajar berenang sikit sebanyak membina kekuatan dalam diri. Saya suka swim sebab salah satu senaman yang tak rasa peluh keluar dari badan tapi sangat cepat membina muscle terutamanya di bahagian paha, lengan dan perut. Selalunya selepas habis waktu kerja, saya akan ke kolam renang atau ke studio.
Sekali lagi ilmu yang saya dapat masa saya kerja di KPDNHEP ialah belajar berhadapan dengan manusia yang emosi, menguruskan majlis-majlis rasmi, belajar jahit manik, masak spaghetti bolognese, belajar belly dancing dan swimming.
Gambar hiasan sumber dari google |
Kehidupan mesti diteruskan, betoi tak? Maka saya bertemu jodoh dan berkahwin dan harusla mengikut mr.soulmate ke kota metropolitan di lembah klang. Kali ni saya ditempatkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kali ni memang saya betul-betul belajar di bahagian pentadbiran as know as Human Resource Department la. Sambil kerja dan sambil belajar dan banyak lagi yang tak sempat saya pelajari lagi.
Gambar hiasan sumber dari myfoodathome.blogspot.com |
Minat memasak dari Jabatan sebelum ni terbawa-bawa sehingga kini. Dari masakan pelbagai pasta saya cuba-cuba buat kek pula. Gambar kat atas tu kek strawberi yogurt cheese yang yummy. Betul la kalau tak pandai jangan tanamkan dalam diri tak pandai selamanya sebab sampai bila-bila pun tak akan pandai. Saya tak pandai masak sebelum ni tapi disebabkan tak pandai, saya kena belajar bagi pandai masak. Kek ni bukannya ada tok guru tolong ajarkan pun, saya belajar sendiri dalam internet. Kesemua masakan saya ni, saya berpandukan resepi-resepi free yang dikongsikan dalam internet. Rupa-rupanya ramai manusia yang tak kedekut ilmu share resepi dan petua dengan orang lain secara free of charge tanpa bayar sesen pun. Disebabkan saya belajar masak secara free kat internet, saya pun berhasrat nak berkongsi ilmu masakan saya secara free kat orang lain juga. Semoga kita sama-sama kongsi ilmu yang ada.
Kemudian saya dan mr.soulmate mengambil keputusan untuk saya sambung semula pengajian di peringkat ijazah. Dulu tak sempat nak sambung belajar sebab kekangan kewangan dan perlunya hidup berdikari sorang-sorang. Tapi sekarang keadaan sudah berbeda. Dah ada teman hidup yang sanggup bersama-sama susah senang, ada orang yang tak pernah putus-putus memberi inspirasi dan semangat, orang yang sanggup menghabiskan gaji bulanannya untuk saya dan orang yang sanggup pinjamkan bahu tatkala saya menangis kesedihan. Soweet tak?hehehee....Currently saya adalah pelajar sepenuh masa dan secara sepenuh masa menuntut ilmu. Moga-moga ilmu yang saya pelajari berkat dan saya dapat manfaatkan ilmu di dikemudian hari. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan