Saya masih bercuti lagi tapi banyakla kerja nak buat so seharian asyik menghadap buku dan monitor. Tetiba tengah-tengah buat kerja terlintas nak buat puding roti since roti gardenia yang dah expired tu saya simpan kat tempat frozen. Roti tu sebenarnya saya bekukan kat tempat frozen sebelum tarikh luput lagi jadi kulat tak sempat nak membiak lagi. Sebab tu saya suka buat roti sendiri sebab lebih tahan lama daripada beli roti kat kedai ni tapi sejak-sejak susah nak dapatkan tepung high protein yakni bahan utama dalam pembuatan roti, maka beli roti lebih mudah dan cepat jelah. Oh ya puding roti marble ni cubaan kali pertama. Masa tadi otak dah jammed, google jap cari resepi nak buat. Macam-macam versi pun ada tapi saya guna resepi kak hana Jepun sebab lebih simple.
Semua bahan ada cuma susu pekat ja tak ada. Oleh itu, saya kena lebihkan sikit gula dan lebihkan susu segar dalam puding ni tapi since saya pun tak suka manis, saya guna sukatan asal gula cuma lebihkan susu ja. Bahan-bahannya memang mudah sangat-sangat iaitu 4-6 keping roti+2 biji telur+2 sudu butter+8g agar-agar+2 sudu serbuk koko@ 1tsp coklat emulca+1/2 cup gula vanilla+31/2 cup air+1 kotak kecil susu+1 tsp esen vanila
Mula-mula didihkan 31/2 cup air bersama 8g agar-agar sampai mendidih.
Sementara nak tunggu air mendidih, dalam blender satukan semua bahan-bahan yang lain kecuali serbuk koko+butter
Ok dah siap blend semua. Air dan agar-agar pun nampaknya dah mendidih, saya masukkan butter dan kacau sampai sebati kemudian baru saya tuangkan bahan-bahan dalam blender ni dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
Bila dah mendidih tutup api dah bahagikan kepada 2bahagian. Satu bahagian kena masukkan serbuk koko atau coklat emulca. Kalau masukkan coklat emulca takdak masalah tapi kurang sedap sikit berbanding serbuk koko.
Serbuk koko pula kena cepat-cepat kacau bagi sebati, adunan saya pun tak sebati sangat sebab serbuk koko ada juga yang berketul tapi tak kisahla 1st time la katakan hehehe
Sendukkan adunan selang-seli sampai habis. Saya mulakan dengan 2senduk adunan biasa kemudian 2senduk adunan koko dan seterusnya sampai habis.
Tapi ada lebih lak adunan koko, saya masukkan dalam bekas puding. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam.
Ini rupanya masa saya terbalikkan bekas loyang
Berdebar jugak kot-kot tak menjadi sebab tak pernah buat sebelum ni, mana tau kot-kot tak jadi belang dia campur semua sekali. Alhamdullilah menjadi rupanya.
Selamat minum petang. Makan masa sejuk-sejuk lagi best.
6 ulasan:
perhhh...cantekk..sure sedap dimakan
lagi sedap makan masa sejuk-sejuk dan makan masa tengahari panas-panas ni
lahaii..sedapnya...
terima kasih, try buat sb cara buat senang ja
salam kenal dan berziarah disini..wahhh byk resepi menarik disini sy follow :)
salam kenal...terima kasih
Catat Ulasan