Memandangkan saya ni penggemar cooking show so, saya ada chef favorite saya sendiri di tv. Saya suka chef yang simple, selamber, suka merapu (making joke in front of camera) dan bukan jenis yang terlalu teliti macam Martha Stewart. Saya suka ikut talk show Martha Stewart tapi tak suka bila dia start masak sebab dia ni terlalu teliti dan agak cerewet kat dapur.
Chef yang paling best kat dapur di tempat yang pertama ialah........
Chef Wan memang best.....kelakar, selamber dan yang paling penting masakan dia simple tapi menarik. Apa pun diala satu-satunya jejaka malaya top chef yang mendapat tempat dihatiku, kalau tak caya klik la sini
Jamie Oliver pun tak kurang hebatnya, dia dah menghasilkan berpuluh-puluh buku dan tv show masakan. First time kenal Jamie melalui tv show 'the naked chef', masa zaman dia dok bercinta, belum kahwin lagi dgn wife dia. Jamie bukan saja chef yang memperkenalkan masakannya tapi dia juga memupuk anak-anak muda untuk pemakanan sihat (kat sana kan terlampau banyak obesity di kalangan kanak-kanak). Sekarang ni tv show yang terbaru dia 30 minute meals dan jamie's dream school. Respect la kat dia sebab dia di antara chef yang sangat humble walau kat mana saja dia berada. Sebab tula dia dapat tempat pertama dalam '10 Most Famous Chefs in the world' klik
Sapala tak kenal dengan Rachael Ray kan.....
Dia bukanlah seorang chef dan tak masuk sekolah culinary pun tapi sebab minat yang mendalam tentang masakan, dia jadi famous. Dia ni sorang lagi jenis merapu depan camera. Dia masak mana ada sukatan main campak-campak je tapi hasilnya wahhhh selalu sedap je nampak. Tengok resepi dalam web site pun dah menyelerakan.
Ni sorang lagi nenek selamber yang famous.......PAULA DEEN y'll
Walaupun cara dia masak macam merapu je tapi hasilnya memang bestla, kalau dia buat dessert lagila macam nak meleleh air liur tengok masakan dia
Suka jugak dengar dia punya accent Savannah, Southern American. Macam accent orang kedah dan orang kelantan cakap la, ada loghat yang tersendiri.
Nama blog ni ilham dari Chef Michael Smith jugak...tv show dia Chef at Home memang sempoila. Kata-kata dia “My secret recipe? Cooking without a recipe. This will set you free. Choose ingredients that fire your imagination. Let your instincts be your guide. Find other flavours that match. Find the best way to prepare. Simple is best.”
dan
“Remember words have no flavour, you have to add your own!”
dalam Chef at Home
Giada De Laurentiis.....nama secantik orangnya. Jarangla jumpa tukang masak yang terror masak memiliki badan dan raut wajah yang cantik macam Giada. Nama pun orang Rome, Italy. Masakan Giada simple je, tengok show dia memang bolehla try masak sendiri kat rumah. Kalau ikut resepi dalam blog dia pun senang gak
Mula-mula tengok Alton Brown dalam 'good eats' macam chef psycho je tapi dia ni selamber sampai nampak macam tu. Nampak dia masak macam merapu gak tapi menjadi hasilnya, walaupun nampak psycho tapi dah terror masak tu bagi apa pun dia boleh masak. http://www.foodnetwork.com/good-eats/index.html
Bobby Flay pun best gak...dia ada gaya tersendiri. Dia ni famous jugak la kat US tapi cara masakan dia macam remeh sikit. klik
Nigella Lawson pun tukang masak yang cantik. Dia punya masakan pun simple dan best. Haritu saya buat Coklat croissant saya letakkan link dia jugak kat situ, mudahkan cara dia masak? klik
Nama dia macam orang melayu, Ina. Tv show dia famous dalam Food Network ialah Barefoot Contessa. Cara dia masak pun nampak mudah nak ikut walaupun sometime dia agak cerewet skit
Bobby Chin ni antara travelling Chef yang pernah datang Malaysia. Dia pernah masak kat Melacca. klik sini
ROBERT IRVINE.....sapa yang tengok Dinner Impossible mesti kenal dia kan. Memang terrorla chef ni masak tambah-tambah lagi dalam waktu tertekan klik
Inilah antara tukang masak yang best setakat ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan