Hari minggu lepas saya terima tetamu istimewa x-colleaque dulu. Saya pun nak jamu dia makan kek favourite saya ni iaitu non-bake cheesecake. Memang saya suka sungguh buat kek ni sebab tak yah nak masak dalam oven, chill dalam peti ais je and rasa macam ais cream. Resepi yang sama juga saya buat macam sebelum ni tapi bahagian bawah tu saya letak kek tapi kali ni saya letak oreo yang dimampatkan. Resepi yang sebelum ni klik sini.
Alahai ada juga orang tak kenai apa tu passionfruit or bahasa melayu nya kata buah markisa, ish ish....
Buah ni saya beli kat uncle yang jual kat street market, curve damansara. Jauh sungguh beli buah. Kebetulan saya ada banyak urusan yang kena selesaikan di JPA, dan saya singgahla jalan-jalan kat curve sebelum balik tu. Kat kedah ni saya tak jumpa lagi orang jual buah ni tapi pokoknya banyak orang tanam kat sini.
Sampai je kat rumah, saya pun startla membaking eh tak baking sangat la kek ni.
Layer bawah sekali tu saya guna biskut oreo yang dihancurkan bersama krim dia so saya takyah la guna melt butter sebab krim dia akan buat oreo ni padat dalam loyang ni dah. Lepas padatkan oreo, simpan kejap dalam peti ais selama 30 minit. Sementara tu start buat lapisan kedua.
Layer tengah pula saya mix whipping cream+yogurt+cheese+gula+gelatin. Caranya saya masukkan 250g cream cheese dulu dalam mixer pukul sampai gebu then baru masukkan 1 cup vanila gula. Bila dah gebu rupanya baru saya masukkan whipping cream dan yogurt. Sementara dalam bekas lain saya guna sepeket gelatin jenama halalgel dan 3 sudu air panas, biar larut. Kalau tak larut saya panas kejap dalam microwave gelatin tu. Kemudian masukkan gelatin dalam adunan dan cepat-cepat kacau dan tuang atas lapisan oreo tadi. Simpan semula adunan ni dalam peti sejuk dan seterusnya buat pula lapisan atas sekali.
Top layer pula saya guna buah markisa+gula+gelatin. Gelatin pun serupa nak buatnya macam tadi. Dalam mangkuk saya campurkan buah markisa dan 1/4 cup vanila sugar. Kemudian saya campurkan gelatin bersama buah tu. Seterusnya saya tuangkan perlahan-lahan agar lapisan tengah tak pecah. Kemudian saya simpan kek ni kat bahagian frozen semalam. Barula jadi macam ais krim kan hehehe
Bila guna loyang spring form ni, selalunya lapisan atas tu akan meleleh kuar. Seeloknya lapikla loyang ni kalau tidak habis peti ais.
Awal-awal sesudah subuh juga saya jenguk tengok kek ni. Tadaa dah beku dah lehla potong makan.
Inila bahagian saya makan, beriya nak buat and makan tapi tak banyak mana pun makan, kesudahannya dok kalut bagi kat orang la kek ni sebab tak habis nak makan.
Memandangkan lapisan atas tu masih ada lebihan, saya simpan je dalam peti ais dan jadila jeli passionfruit.
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan