Isnin, 25 Februari 2013

Oh Medan, Indonesia....Day 2

*Semua isi kandungan dalam entry dalam blog ni adalah bertujuan sebagai personal koleksi dan sebagai rujukan bagi sesapa yang nak melancong di Medan. Bukan niat nak memburukkan mana-mana pihak tapi sebagai pengajaran agar tak mengulangi kesilapan yang saya telah buat sepanjang journey di Medan. Saya sendiri pun banyak baca blog-blog sebagai rujukan untuk ke sesuatu tempat sebab belajar melalui pengalaman orang lain lebih mudah daripada menonong redah sendiri. Ini kerana ada pihak telah mempersendakan musibah yang berlaku pada hari pertama saya. Kalau tak suka baca pengalaman yang saya kongsi ni silala klik tanda pangkah pada hujung kanan anda, sekian. Tiada paksaan sama sekali untuk membaca entry-entry dalam blog ni.

where will we go next?cekkidautt....
Selepas melaui cabaran pada hari pertama, saya mengumpulkan cakra positif sebanyak yang mungkin untuk menempuh cabaran pada hari kedua ni. Pukul 7 pagi saya dan mr.soulmate dah siap dan turun sarapan sebab dah janji dengan bapak rahmat pukul 8.30pagi nak gerak meneruskan perjalanan.




Breakfast takla best mana pun setakat nak lapik perut okla tapi saya makan sikit je sebab takut sakit perut. Hari tu saya ke Surabaya memang sakit perut, muntah sampaikan demam sementara perut nak adjust dengan makanan kat sini hehehe. Satu lagi bila jatuh sakit kat negara orang ni memang seksa sangat sebab pergerakan dah terbatas pastu semua plan pun tunggang langgang la jadinya.

Akhirnya selepas makan dan bergambar-gambar kat area hotel ni, bapak rahmat pun sampai. Syukur sangat sebab bapak rahmat tak tinggalkan kami. Mulakan hari anda dengan positif

Ok sekarang dari Berastagi kami nak gerak ke tempat lebih tinggi iaitu Gundaling. Kata bapak rahmat Gundaling adalah tempat paling tinggi di sini. Gambar di atas ni adalah pemandangan seluruh bandar Berastagi.

Seperti dijanjikan pagi ni destinasi pertama ialah Gundaling. So hari kedua taknak letak harapan terlalu tinggi untuk mencari wow faktor. 


Gundaling ni macam bukit tapi boleh nampak view gunung berapi bertentangan dengan dia. Tak nampakla lava cuma nampak puncak gunung berapi tu berasap jela. Berasap-asap tu bukan awan tapi asap panas dari gunung berapi yang masih aktif. Tetiba seram bila membayangkan lava dia membuak-buak keluar, alhamdulillah syukur Malaysia selamat daripada lingkaran gunung berapi. Gundaling ni memang tak dak apa-apa pun, kalau tak singgah pun tak pa sebab memang takdak apa yang menarik pun kat sini. Macam biasala entry fee dan parking harusla sediakan duit yang mencukupi ya.


Tetiba tempat ni penuh dengan bubble dan menarik gak leh tambah efek dalam gambar kan. Mamat belakang tu punya bubble hehehe main sorang-sorang kesannya habis baju bau sabun plak. Kat sini juga kalau nak bergambar berlatar belakangkan gunung berapi dan gambar siap on the spot macam kat Langkawi tu pun ada. Mamat jurugambar punyala dok pujuk rayu minta kami bergambar dengan camera dia tapi takpala rasa macam ambik gambar sendiri lagi special sebab ada signature value dalam gambar tu :)
 

Perjalanan diteruskan dari Gundaling ke Spiso piso waterfall melalui jalan yang sungguh mencabar jugak.


Saya suka view ni sebab menggambarkan identiti dan budaya Indonesia. Tempat ni unik dan banyak perkara yang bermain di fikiran bila tengok gambar ni. Kadang-kadang bila berada kat tempat ni membuatkan saya insaf dan betapa syukurnya saya sekarang. Kalau nak singgah beli buah-buahan kat sini pun boleh gak tapi saya malas nak singgah sebab takut dengan anjing-anjing berkeliaran.



Tak lama kemudian kami disajikan pemandangan tasik toba yang luas terbentang di atas gunung. Cantikkan kejadian ciptaan tuhan yang tak leh jumpa kat tempat sendiri ni. Sebab tasik ni unik kerana berasal dari supervolcano yang sudah tak aktif. This is thousands of times larger than normal volcanic eruptions yang terhasil lebih 74,000 tahun dulu. Nak tau lebih lanjut boleh tanya sama mr.google.

Nak masuk sini silala sediakan duit untuk entry fee dan parking juga ye. Kalau boleh kena sediakan duit cukup-cukup sebab kalau ada duit besar, diorang akan anggap selebihnya adalah donation. Asyik bagi donation je kan bila plak orang sini nak bagi donation kat saya plak.



Pertengahan jalan tu kami singgah sebentar di Spiso piso Waterfall. Waterfall ni pelik sikit sebab airnya terus keluar dalam tanah, cantik dan unik.  Lama jugak saya perhatikan macam mana air yang banyak tu terus keluar dari tanah macam tu. Tanah kat atas tu yang merupakan laluan air ni tak pecah or lembik ke?or memang ada anak sungai

 Ini copy paste dari link sini "Set in the beautiful highlands of North Sumatra, the stunning Sipiso-piso waterfall is located on the North side of Lake Toba, 24 kms from Kabanjahe. This long but narrow waterfall drops 120 meters into an impressive gorge below.
This thundering waterfal is popular with visitors who come to photograph this magnificent natural wonder. Surrounded by a lush green mountainscape and with a rainbow forming at the base of the waterfall, it’s hard to imagine a more impressive subject for a photograph.
The waterfall can be viewed from gazebos near the food and souvenir stands.
From Berastagi it is a 45 minute to Sipiso-Piso waterfall."


Kat sini ramai jugak pelancong Malaysia tapi sejujurnya saya tengok pelancong Malaysia yang datang sini semuanya macam sombong je. Bila fikir balik mungkin kadang-kadang kena jadi sombong supaya tak mudah diperdaya oleh orang tempatan agaknya. Jangan jadi macam saya sebab sepanjang jalan asyik senyum dan orang jual-jual souvenir dan peminta sedekah asyik mai dekat paksa suruh bagi duit. Saya benci gak dengan diri saya sendiri sebab lembut hati sangat dan mudah kesian bila orang datang minta duit ni sampaikan mr.soulmate bagi warning berkali-kali jangan mudah kesian dan jangan ada eye contact dengan diorang. So peringatan kalau nak datang sini kena jadi keras hati sikit, tapi susah nak tukar identiti yang bukan jadi diri sendiri.

Memandangkan sampai sini dah tengahari dan kami pun cari tempat untuk picnic sebab saya bawa bekalan roti dan tuna. Sementara tu bapak rahmat dah hilang ke mana tak tau, mungkin dia pun makan kat restoren area sini kot. Nampak macam awan dekat sangat kan tapi cuaca tak sejuk pun.

Perjalanan diteruskan ke Perapat. Kali ni jalanraya banyak yang rosak teruk. Bapak rahmat ambik jalan shortcut melalui kaki bukit yang sangat menakutkan.


Jangan tak tau ye rumah atas tebing tu masih ada penghuninya lagi. Kenapala nak menggadaikan nyawa lagi dengan tanah yang boleh runtuh bila-bila masa.


Sepanjang jalan melalui kaki bukit ke Perapat sangat menakutkan bila beberapa tempat terjadi tanah runtuh. Manakala jalan tersangatla sempit dan sebelah kanan pula terus jurang. Sepanjang perjalanan ni saya perasan kami semua mendiamkan diri dan saya terus berdoa agar tak berlaku kejadian tak diingini. Tanah semakin lembut bila keadaan hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan.


Lepas tu baru kami gerak ke Perapat. Perjalanan ke Perapat tersangatla mencabar sangat-sangat. Satu, jalan tak elok sebab lopak-lopak jalan dalam sangat. Kedua, disebabkan ambik jalan shortcut jalan dia kecik sangat melalui kaki bukit yang sepanjang jalan ada tanah runtuh (saya memang banyak berdoa je sebab masa kami lalu tu hujan renyai dan banyak tempat tanah runtuh). Ketiga disebabkan kedua-dua faktor tu bapak rahmat boleh drive 30km/j iaitu memakan perjalanan sehingga 5jam. Setiap kali lalu kat tempat tanah runtuh dan penduduk kampung alihkan tanah kena bagi donation kat depa. Mana-mana ada lopak yang dalam dan kalau nampak ada orang kambus lopak kena bagi donation lagi. Nama je donation tapi bapak rahmat yang dok minta duit kat kami suruh bagi 5 ribu setiap kali. Hari terakhir baru tau rupanya lopak-lopak sepanjang jalan tu ada orang-orang kat situ yang sengaja korek tanah dan bila nampak kenderaan lalu, diorang berlakon seolah-olah kambus lopak tu supaya kita bagi donation kat depa. Laaa.... lagu tu pun ada ka punya terdesak nak duit. Macam tu jela cara diorang dapat duit dari pelancong. Yang tanah runtuh tu takpa la sebab mother nature kan.

 Selepas menempuh segala cabaran atas jalanraya akhirnya kami berenti rehat sebentar minum kopi+bandrek+pisang goreng

 Masa saya sampai ni angin kuat sangat rasa nyaman sangat bila minum kopi panas plak kan. Kopi ni memang sedap bukan kopi tahik musang arrr
Harga semua ni ialah 32 ribu, harga ikut standard hotel.

Akhirnya sampaila juga destinasi akhir pada hari ni iaitu Perapat.







Agak lewat petang baru kami sampai ke penginapan kedua di Perapat. Kali ni penginapan ni betul-betul mengadap Toba Lake. Harapan saya nak menginap di Carolina di Semosir Island hampa sama sekali bila penginapan kat sana semuanya fully book. Penginapan malam ni pun mahal dengan caj semalam 400 ribu bersamaan rm140 sebab imlek, Chinese New Year dan memang kali ni hotel ni penuh pun cuma ada 2bilik je kosong. Satu bilik lagi pun dah ada orang booked. Memang ramai dan meriah gak Perapat ni tak macam Berastagi yang sunyi sepi. Duit rupiah cuma ada 100ribu je ni dan kami minta bapak rahmat cari money changer sebab saya bawa spare duit USD. Untung jugakla saya tukar duit USD ke rupiah sebab saya untung lebih 5%. Duit USD ni saya tukar banyak juga sebab nak bawa ke Korea nanti tapi memandangkan budget kat Medan ni lari banyak maka kena pakai duit spare jugala walaupun baru 2hari kat sini. Lagi 3hari ni macam mana pula perbelanjaan ni. Kemudian bapak rahmat tinggalkan kami di hotel dan jumpa kami esok pagi pula.

Beginila view di balkoni bilik saya, agak rimas sebab banyak anjing berkeliaran, tak suka. Masa saya keluar bilik terserempat dengan cleaner dan cleaner tu siap tanya saya dah tutup belum suis tv, kipas dan lampu dalam bilik. Ini first time saya jumpa staf penginapan yang pesan tutup suis bilik. Memangla niat dia nak save letrik tapi sebelum dia pesan kita pun tau nak tutup semua suis kan tapi kalau tak tutup pun awatnya bukan ke dah bayar semua kos letrik.

Lepas simpan barang semua kami keluar jalan kaki kat town Perapat sebab nak cari  cyber cafe or mana-mana tempat yang boleh excess internet. Jalan punya jalan dengan cabaran mengelak banyak anjing besar-besar sepanjang jalan dan tanya orang semua maka jumpa juga kedai telefon dan cyber cafe. Tujuan saya ialah nak book mana-mana hotel kat area Medan sebab esok kami kena menginap di Medan. Hotel Ibunda yang saya booked seminggu sebelum berangkat  balas email saya kata hotel tu ada program rumah sakit sepanjang tarikh yang saya nak menginap dan dia suggest kat Hotel Menara Exus.

Comel je cyber cafe ni, pakai kadboard je nak divide skrin. Oh ya masa punya khusyuk ambik nombor fon hotel tetiba blackout plak tak sempat nak sign out email.

So saya pun beli nombor simpati dan call untuk book hotel menara Exus tu. Kedai-kedai kat Perapat ni banyak dah tutup sebab dah maghrib kan. Ingat nak juga window shopping tapi semua kedai nak tutup dah so kami decide nak beli nasi kosong je dan makan dengan sambal ikan bilis brahim buat dinner malam ni. Nasi kosong dua bungkus harga 10 ribu bersamaan rm3.40. Nasi kosong kat sini memang jauh lebih mahal dari Malaysia. Bekalan sambal ikan bilis dan tuna kami makan dengan nasi kosong, sedap juga la walaupun simple je. Selesai sudah day 2, esok taktau nak tempuh apa lagi ni.  
Terima kasih bapak rahmat ambikkan gambar kami berdua.

Tiada ulasan: